Most Recent

Tuesday, January 14, 2020

13 Januari - Selamat Hari Lahir Untuk Diri Sendiri

13 Januari - Selamat Hari Lahir Untuk Diri Sendiri | Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup dan bernafas di dunia ini. Semalam bertambah lagi usia Mimi. Semakin bertambah usia semakin pendek masa kita hidup di dunia.


Dapat GIF card daripada adik adik dan adik ipar.


Seperti tahun yang sudah sudah, Mimi tak sambut sangat ulang tahun kelahiran ni. Selalu buat sekali harung dengan anak dan suami sebab kami semua lahir bulan Januari. Tunggu birthday anak 27 haribulan nanti sambut sekali senang.

E-Card daripada ejen AIA. Eh eh 😍


Terima kasih kepada kawan kawan yang beri ucapan hari lahir di whatsapp dan facebook. Family pun masing masing beri ucapan di group whatsapp. Suami pulak, malam malam pukul 12.00 dia dah wish. Orang pertama yang wish. Tak berani minta hadiah dekat dia sebab kalau minta dia jawab, "Tuh dalam perutlah hadiah." hahaha... Setiap kali sambut hari lahir bila time preggy jawapan sama dia bagi. Sabar jelah. 

Lagipun dari dulu lagi, Mimi dan suami tak amalkan bagi hadiah untuk hari istimewa semata mata. Kalau rasa nak bagi hadiah, kitorang bagi je. Tak tunggu pun hari istimewa ke apa. 

Semalam Mimi lambat respon semua ucapan sebab sibuk menanti giliran appointment di HTJ. Semalam juga dapat berita dari Doktor Klinik Kesihatan yang bacaan iron dalam darah Mimi rendah. Kena datang ambil surat untuk tahan wad di HTJ esok. Berhuhuhu sajalah dengar berita sedih di hari lahir.

Tapi tak apalah kan ujian seorang Mimi bila mengandung. In shaa Allah ada kemanisan di sebalik kesedihan, betul tak? Semalam sementara tunggu waktu appointment sempat jugak duduk lepak di kawasan parking dan snap gambar. Bosan punya pasal.







Eh korang! Doakan semoga urusan bersalin Mimi dipermudahkan tau! Due Date sepatutnya 20.02.2020 tapi disebabkan ada masalah kesihatan, Mimi dinasihatkan untuk bersalin awal. Doakan supaya urusan Mimi dipermudahkan serta Mimi dan baby selamat ya. 

13 comments:

  1. Selamat hari lahir Mimi, parking tu banyak betul kenangan masa mak masuk ward 2018 lepas..lama mak kat ward sampai macam dah berumah tangga kat situ..hehehe...semoga dipermudahkan buat mimi..

    ReplyDelete
  2. selamat harijadi cikak mimie tuuhh.. :p

    ReplyDelete
  3. selamat harijadi cikak mimie tuuhh.. :p

    ReplyDelete
  4. Happy Birhday Mimi..Moga dipermudahkan proses bersalin & selamat kedua2 mak dan anak..

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir Mimi..moga sentiasa bahgia ceria bersama mereka yang tersayang...

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir Mimi dan selamat bersalin jugak. semoga dipermudahkan urusan Mimi bersalin dan berpantang, aamiin ^_^

    ReplyDelete
  7. Selamat ulang tahun kelahiran Mimie semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti didoakan ibu dan baby selamat. Sehari awal dari birthday Yam Tuan kalau tak boleh ferfeeling rakyat N9 cuti celebrate birthday Mimie jugak hiks!

    ReplyDelete
  8. Happy Birthday k.mimi. Semoga yg indah2 belaka buat k.mimi.

    Semoga selamat semuanya waktu bersalkn nanti k.mimi.

    ReplyDelete
  9. happy birthday mimie semoga panjang umur dan murah rezeki

    ReplyDelete
  10. selamat hari jadi, mimie, mommy gojes.
    moga dipermudahkan juga utk bersalin ye.
    byk kan selawat nabi, istighfar, baca Quran.
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.