Monday, January 27, 2020

Nikmati Kepedasan dan Kesedapan LAVA Crunchy dan Sambal MOOK dari Kayu Tiga

January 27, 2020 10 Comments
Nikmati Kepedasan dan Kesedapan LAVA Crunchy dan Sambal MOOK dari Kayu Tiga | Assalamualaikum. Hai semua! Siapa kat sini suka makan sambal dan "hantu" pedas angkat tangan. Boleh geng dengan Mimi. Memang sejenis Mimi kalau nak makan mesti kena ada menu pedas. Kalau tak, rasa tak lengkap hidup. Hah gitu!

LAVA Crunchy dan Sambal MOOK dari Kayu Tiga

Contohnya kalau masak Sup Ayam wajib ada sambal kicap. Kalau tak ada rasa tak lengkap menu tu kan. Hah buat korang yang suka makan pedas tu Mimi nak kongsi dengan korang kepedasan dan kesedapan sambal dari Kayu Tiga. Mimi nak juga korang NIKMATI KEPEDASAN DAN KESEDAPAN LAVA CRUNCHY DAN SAMBAL MOOK DARI KAYU TIGA ni sama sama. 

Apa istimewanya sambal dari Kayu Tiga ni? Sambal dari Kayu Tiga ni ada dua jenis tau korang iaitu LAVA Crunchy dan Sambal MOOK. Istimewanya sambal dari Kayu Tiga ni korang boleh pilih tahap kepedasan yang korang nak. Nak pedas kaw kaw sampai berpeluh peluh meleleh air mata pilih saja LAVA Crunchy. Kalau nak pedas yang biasa biasa saja pilih Sambal MOOK. Yang penting sedap!

Sambal MOOK dan LAVA Crunchy


LAVA Crunchy (Berat 150gm)

LAVA Crunchy yang 100% pedas


Sambal LAVA Cruncy mempunyai tahap pedas 100%. Diperbuat daripada bahan bahan seperti cili, bawang, ikan bilis, minyak, belacan, asam keping, garam, gula dan perasa yang dibenarkan.

Perlu diingatkan, tarikh luput bagi LAVA Crunchy ialah setahun selagi mana seal tidak di buka. Jika dah buka seal hanya bertahan selama sebulan sahaja. Harga sebungkus LAVA Crunchy ialah RM20.00 sahaja.

Lava Crunchy yang 100% pedas


Sambal MOOK (Berat 150gm)

Sambal MOOK yang 60% pedas


Sambal MOOK pula mempunyai tahap pedas 60% sahaja. Maknanya kepedasannya kurang sikit dari kepedasan LAVA Crunchy. Bahan bahan Sambal MOOK pula ialah ikan bilis, bawang, cili, minyak, belimbing buluh dan perasa yang dibenarkan.

Sama seperti LAVA Crunchy, Sambal MOOK juga tahan sehingga setahun selagi tidak dibuka seal. Jika seal dah dibuka tahan hanya sebulan sahaja.
Harga sebungkus Sambal MOOK ialah RM20.00.

Sambal MOOK yang 60% pedas


Berita baik semua! Sekarang ni Kayu Tiga adakan promosi di mana setiap pembelian LAVA Crunchy atau Sambal MOOK, korang akan nikmati harga sebungkus sambal RM15.00. Hah untungkan!

Harga murah saja korang! Nak beli banyak banyak buat stok pun boleh. Dah murahkan boronglah banyak, ya tak?

Pendapat Mimi Mengenai LAVA Crunchy dan Sambal MOOK

Semalam masa makan tengahari, Mimi makan LAVA Crunchy. Memang sedap dan boleh tahan pedasnya. Yang tak tahan pedas sangat ambil sikit saja tau. Macam Mimi ambil banyak pun tak apa sebab memang "hantu" pedas uols!

Nampak tak ada LAVA Crunchy di situ 


Mimi dah cuba kedua dua sambal. Bagi Mimi kedua dua sambal memang sedap dan mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. LAVA Crunchy memang lagi pedas dari Sambal MOOK. Tapi bagi Mimi yang memang "hantu" pedas ni memang rasa okeylah tak ada sampai kena sediakan air satu jag. Masih boleh tahan tau. Makan bertambah lagi ada. Kalau tak ada lauk lain pun tak apa. Janji sambal ni kena ada. Makan dengan nasi panas memang bertambah.

Sukatan tahap kepedasan LAVA Crunchy

Sukatan tahap kepedasan Sambal MOOK

Tapi buat korang yang sejenis tak tahan pedas Mimi galakkan korang makan Sambal MOOK. Kalau nak makan LAVA Crunchy tu boleh tapi ambil dengan kuantiti yang sedikit. Boleh tengok sukatan sambal yang disyorkan seperti gambar di atas!

Kalau korang ambil dalam kuantiti yang banyak, korang berpeluh peluh dan tak tahan pedas jangan salahkan Mimi ya. Dah beritahu awal awal ni. Masa nak makan tu sediakan air banyak ya takut korang menangis tersedu sedu nanti menahan pedas.

Cara order di linktree


Dekat mana nak beli sambal pedas yang sedap ni? Korang boleh saja beli di platform Shopee dengan klik link ini https://shopee.com.my/watie_ahnan
atau whatsapp terus dengan klik ini Wasap.my/601110106740 atau linktr.ee/kayu.tiga

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Facebook : Kayu Tiga
Instagram : @kayu.tiga
Whatsapp : 011 1010 6740

Saturday, January 25, 2020

Kejutan Sambutan Hari Lahir Januari 2020

January 25, 2020 3 Comments
Kejutan Sambutan Hari Lahir Januari 2020 | Assalamualaikum. Hai semua! Hari Khamis baru ni ada kawan pejabat buatkan KEJUTAN SAMBUTAN HARI LAHIR JANUARI 2020. Entah bila dia buat plan tu tak tahulah.

Tahu tahu kena panggil datang pantry. Sekali tengok eh ada kek dan beberapa personal Domino's Pizza ada atas meja. Walaupun kawan pejabat yang sponsor tu tak cakap apa apa tapi Mimi tahu dia mastermind plan ni.

Kek untuk Januari babies


KEJUTAN SAMBUTAN HARI LAHIR JANUARI 2020 ni kawan pejabat buat hari terakhir Mimi kerja. Tak silap dalam pukul 11 lebih pagi dia buat. Mulanya dia kata nak buat petang tapi Mimi cakap petang dah tak ada pergi check up. Terus dia ubah plan.

Di pejabat Mimi ada tiga orang yang sambut hari lahir bulan Januari. 2 anggota dan seorang pegawai awam. Yang awam tu Mimi lah. Di apit dua orang lelaki. Hahaha.. Yang berpangkat Sarjan tu hari lahirnya pada 01.01, Mimi pula 13.01 dan yang lagi seorang tu 30.01.

Domino’s pizza juadah pilihan

Mak buyung diapit dua orang jejaka idaman Malaya.. Hahaha... Dua dua bapa orang okey

Kitorang di pejabat dah macam satu family tau. Macam anak dan bapa dan adik beradik. Tapi busy semua memang senyap. Time bergurau riuh satu pejabat.

Rasa terharu pula bila ada yang buat kejutan hari lahir. Tak mengharap pun kan sebab bila umur makin meningkat ni dah tak fikir nak sambut hari lahir ni. Lebih fikirkan keperluan anak anak. Tapi bila ada yang sudi sambut rasa terharu. 

Mini love untuk korang


Nak nak kawan kawan pejabat Mimi dah bersuara sunyi sepilah pejabat selama Mimi bercuti 4 bulan ni. Kalau tak suara Mimi dan kawan lagi seorang tu memang meriuhkan suasana pejabat. Kadang buat kerja terlalu serius, pengatuh emosi juga. Kita buat kerja nak happy kan.

Terima kasih buat kawan kawan pejabat yang sudi sambut hari lahir kitorang bulan Januari ni. Kenangan yang tak dapat dilupakan. 

Menu Lunch Hari Ini

January 25, 2020 2 Comments
Menu Lunch Hari Ini | Hai semua! Selamat Tahun Baru Cina buat kawan kawan yang menyambutnya dan selamat cuti di hujung minggu buat kawan kawan yang lain. Mimi tak ke mana mana pun. Duduk terperap dekat rumah saja. Nak nak sekarang ni tengah hangat isu Coronavirus yang sedang menular ni kan. Baik ambil langkah berjaga jaga. 

Bila dah duduk di rumah ni buat rutin macam biasalah kan. Sediakan sarapan dan masak untuk lunch. Hari ni Mimi masak yang simple simple saja. Nak tahu apa MENU LUNCH HARI INI jom te gok gambar gambar yang Mimi tepek. 

Ayam Masak Lemak Cili Api requested by suami

Ulam ulaman. Salad dan timun

Terlur dadar berlada yang tak pedas 

Sayur kangkung dan ikan bilis


Ni jelah menu simple yang Mimi masak. Ayam masak lemak cili api tu suami yang nak makan. So, kita masak aje. Versi Nismilan ye. Cili padi dan kunyit semata. No bawangsssss. 

Hah korang masak menu apa pulak hari ni? Ke gantung kuali sebab pergi beraya di rumah kawan kawan yang sambut CNY...

Thursday, January 23, 2020

Random Food Photos

January 23, 2020 8 Comments
Random Food Photos | Hai semua! Hari ni Mimi update entry santai santai dulu. Sebelum sambung memerah otak up entry review sebelum bersalin nanti. Mimi nak up gambar makanan yang ada dalam handphone ni. Nak clearkan memori.

Hi Tea masa event Chap Goh Mei IJM Land PC

Lunch hari Sabtu lepas Nasi Lemak

Salad dengan Hellmann's salad dressing

Ikan Masak Pindang

Sup Sawi dan Lobak

Ulam timun dan tomato ceri

Sambal ketuk favourite suami

Street Churros dan aiskrim coklat

Filling Churros

Kerabu Maggi lunch hari Isnin
Sementara belum bersalin ni makanlah puas puas ye tak. Dah bersalin nanti tak dapat makan sedap sedap macam ni. Kena control semua makan. 

Tuesday, January 21, 2020

Hellmann's Smoky Thousand Island Salad Dressing

January 21, 2020 23 Comments
Hellmann's Smoky Thousand Island Salad Dressing | Hai semua! Siapa suka makan salad angkat tangan! Percaya tak dulu Mimi tak suka makan sayur tapi semakin umur meningkat baru suka makan sayur. Dulu nak masuk sayur dalam tekak pun tak boleh, loya. Sekarang dah okay.

Salad campur dengan Hellmann's Smoky Thousand Island Salad Dressing

Bila dah boleh makan sayur ni, Mimi paling suka makan salad. Kadang makan salad Mimi suka makan kosong macam tu. Kadang kadang je bubuh mayonis. Baru baru ni, Mimi buat salad. Buat snek nak kunyah kunyah. Bahan utama salad Mimi ialah salad, kobis merah, tomato ceri dan nanas. Kali nih Mimi makan salad dengan HELLMANN'S SMOKY THOUSAND ISLAND SALAD DRESSING.

Pertama kali Mimi sediakan salad guna HELLMANN' SMOKY THOUSAND ISLAND SALAD DRESSING ni tau. Tak sangka pula rasanya sedap tau korang. Bukan makan dengan salad saja sesuai tapi dengan sandwich pun boleh. Ni tekak Mimi lah kalau orang lain Mimi tak tahu.

Salad dressing Hellmann's ni ada 3 jenis tau iaitu :

🥗 Hellmann's Roasted Sesame
🥗 Hellmann's Smoky Caesar
🥗 Hellmann's Smoky Thousand Island

Ada lagi dua jenis Mimi belum try lagi rasanya. Nanti dah habis Hellmann's Smoky Thousand Island ni Mimi nak beli yang Roasted Sesame dann Smoky Caesar pulak.

Salad campur dengan Hellmann's Smoky Thousand Island Salad Dressing 
Gigih seorang Mimi sediakan salad untuk snek di malam hari. Kunyah kunyah sambil tengok tv. Mula mula makan sikit je. Sekali eh sedap pulak terus makan dan makan lagi tak ingat dunia.

Makan salad semata pun kenyang tau. Lepas habis pantang nanti nak sambung amalkan makanan sihat macam ni. Makan salad macam ni pun dah kenyang. Yang nak berdiet elok sangat amalkan makan makanan sihat macam ni. Nak nak ada salad dressing Hellmann's ni lagi bertambah sedap dan kenyang.

Salad dressing Hellmann's ni bagi Mimi lah kan bukan hanya sesuai dimakan dengan salad saja tau tapi sesuai juga dijadikan sos sandwich, wedges atau chicken chop. Serius cakap Hellmann's Smoky Thousand Island ni memang sedap.



Ketiga tiga salad dressing ni berharga RM9.00 dan saiznya ialah 210ml. Korang yang suka makan salad jangan lupa cuba sekali salad dressing Hellman's ni gerenti korang berpuas hati. 

Monday, January 20, 2020

Sabun Ganso Sabun Viral Kedai Viral Eco Bersihkan Kotoran Baju Sekolah dan Karate Anak Anak

January 20, 2020 21 Comments
Sabun Ganso Sabun Viral Kedai Viral Eco Bersihkan Kotoran Baju Sekolah dan Karate Anak Anak| Hai semua! Sebelum ni viral tentang sabun mandi yang diparut untuk mengekalkan warna putih dan kebersihan baju sekolah anak anak. Yelah bila uniform baju sekolah warna putih agak stress dibuatnya nak kekalkan warna baju tu sampai hujung tahun.

Balik sekolah mesti ada saja kotoran yang melekat pada baju sekolah. Kesan aiskrim lah, sambal lah paling tak tahan tu kesan hitam pada bahagian lengan baju dan poket. Hoi! Terus jadi mak kau hijau bila tengok.

Sabun Ganso Sabun Viral Kedai Viral Eco


Setiap kali nak basuh baju sekolah anak anak, naik lenguh tangan duk sental guna sabun mandi tau. Kalau basuh terus dalam mesin basuh memang tak jalan. Tetap juga ada kotoran tu. Sampai naik give up dah nak sental baju anak anak. 

Tahun ni azam baru tau, tak nak dah sental baju anak anak sampai tangan lenguh. Kena buat sesuatu nak atasi masalah tu! Mimi siap warning anak anak jangan bagi baju kotor. Nak makan lipat lengan baju. Nak duduk angkat baju supaya tak kotor. Tapi kadang kadang terkotor juga tudung atau baju. Disebabkan tak nak dah lenguh tangan duk sental baju sekolah anak anak, Mimi nekad cari SABUN GANSO SABUN VIRAL KEDAI VIRAL ECO BERSIHKAN KOTORAN BAJU SEKOLAH DAN KARATE ANAK ANAK. 

Misi mencari Mimi mulakan dengan kedai Eco di Centre Point Seremban. Kalau tak ada baru pergi di kedai Eco tengah bandar pulak. Mula mula jenuh pusing satu kedai cari tak jumpa. Pusing kali kedua baru jumpa. Tuh pun dah tinggal sikit. Cepat cepat ambil sebungkus untuk permulaan. Lepas tu cari parut khas untuk sabun.

Eh lupa nak share dengan korang, kawan blogger kak Lynda a.k.a Azlinda Alin pun guna juga sabun Ganso ni tau. Korang boleh baca kat sini https://www.azlindaalin.com/2020/01/sabun-eco-kedai-rm2-untuk-basuh-baju-sekolah-putih-dhia.html?m=1

Sesi memarut Sabun Ganso Sabun Viral Kedai Viral Eco


Hasil parutan Sabun Ganso Sabun Viral Kedai Viral Eco


Balik rumah terus parut sabun Ganso ni. Bau memang wangi tau. Suka cium banyak kali sabun Ganso ni. Jenuh parut sebungkus. Dapatlah semangkuk tipuware aiskrim. Lepas parut terus tabur dalam baldi untuk rendam baju sekolah, tudung dan baju karate diorang. Rendam semalaman, esoknya basuh guna mesin basuh. Tabur lagi sabun Ganso yang diparut dalam mesin.



Tada!!! Hasilnya baju kekal putih dan bersih

Hasilnya... Eh memang puas hatilah. Baju sekolah dan karate anak anak kekal putih dan kotoran yang melekat semua hilang. Dahlah bersih putih, bau baju pun wangi oi. Tak payah susah payah dah duk sental lagi. Hah lepas ni boleh beli lagi sabun Ganso ni banyak banyak kat kedai viral Eco. Murah pun murah RM2.10 saja. 

Sunday, January 19, 2020

Meraikan Valentine Chinese A 'Squeaky' di Festival Chap Goh Mei Tahunan IJM Land

January 19, 2020 24 Comments
Meraikan Valentine Chinese A 'Squeaky' di Festival Chap Goh Mei Tahunan IJM Land | Hai semua! Petang semalam memang free jadi Mimi berkesempatan hadir ke sidang media Sambutan Chap Goh Mei di IJM Land, Seremban 2.

Kehadiran Mimi di sambut mesra oleh staff IJM Land. Mimi berkesempatan hadir majlis ni untuk sama sama kongsi dengan semua mengenai festival menarik yang akan berlangsung tidak lama lagi sempena Sambutan Chap Goh Mei di tahun tikus ini.






Semua orang tahu, mengikut kalendar Cina tahun ini merupakan tahun Tikus. Tikus merupakan bintang haiwan yang pertama dalam kitaran 132haiwan zodiak Cina. Bintang tikus dilambangkan oleh dahan duniawi . Pada zaman silam, tikus disanjung sebagai pelindung pembawa kekayaan. 




Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengacara majlis dan seterusnya pengacara majlis menjemput Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land, Dato' Hoo Kim See untuk memberi sepatah dua kata mengenai sambutan Festival Chap Goh Mei yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Memandangkan kita semakin dekat musim perayaan yang meriah, pemaju terkemuka IJM Land Berhad akan menjadi tuan rumah sambutan Chap Goh Mei tahunan dengan tema "Reunion in S2 with Joys Anew" pada 8 Februari 2020. Perayaan Chap Goh Mei menjadi hari yang ditunggu tunggu oleh warga Seremban yang berbilang kaum selepas enam tahun berturut turut diraikan.



Terletak di tengah tengah pembangunan perdana milik IJM Land Berhad sendiri, City Park Seremban 2, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan zon foto khusus dengan tema "Kerlipan Tikus di Lautan Bunga"  di sepanjang taman yang akan menarik perhatian warga Seremban. 

Mimi dah dapat bayangkan kemeriahan pada malam 8 Februari 2020 nanti. Mesti City Park Seremban 2 sesak dengan kenderaan pengunjung yang datang. Sambutan Festival Chap Goh Mei belum tiba tapi dah dapat rasa bahang kemeriahannya.

Buat pengunjung yang aktif di Instagram memang sesuai sangat datang ke Festival Chap Goh Mei ni sebab banyak dekorasi dan tempat yang disediakan "Instagrammable Shot". 

Ucapan daripada Dato' Hoo Kim See Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land 


Para pengunjung yang datang pada malam tersebut akan dapat melihat pelbagai persembahan yang menakjubkan yang akan dimulakan pada 7.45 malam dengan persembahan Tarian Kebudayaan.

Kemudian diikuti dengan persembahan 24 Seasons Drum dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa dimana ia merupakan satu bentuk seni yang dirancang oleh IJM Land kerana ia merupakan sebahagian daripada warisan dan budaya bangsa komuniti tempatan. 

Pada malam itu juga, pengunjung berpeluang belajar dan mengetahui mengenai teka teki Cina dalam usaha untuk menjaga tradisi budaya Cina agar ia terus dikenali oleh generasi muda. Teruja pula Mimi bila tahu ada teka teki Cina. Yalah, selalu main teka teki Bahasa Melayu kan. Rasa beruntung sangat jadi rakyat Malaysia kan sebab banyak budaya dan tradisi yang tak ada di negara lain.


Yang paling seronok pada malam tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan yang akan diadakan dimana pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan band live. Para pengunjung boleh mengambil peluang untuk mendedikasikan lagu dan menghantar mesej kepada orang yang tersayang. 

Sudah menjadi tradisi, Festival Chap Goh Mei tahun ini sekali lagi bakal bekerjasama dengan artis dan selebriti ASTRO Cina. Antaranya ialah Jentzen, Phei Yong, Kien Yong, Yih Ching, Hua Hee Avengers sepwrti Hock Chye, Hsiao Ling dan ramai lagi dengan konsert bertema Astro, "Say Cheese, Fortune is Yours"



Apa maknanya Festival Chap Goh Mei kalau tiada persembahan tarian singa yang bagi Mimi cukup unik. Dari dulu memang suka tengok tarian singa ni sebab kelincahan dan kecekapan penarinya. Pada malam tersebut pengunjung juga akan dihiburkan denganpersembahan tarian singa akrobatik LED  High-Pole.

Para pengunjung juga boleh bersiar siar di taman yang dihiasi dengan perhiasan yang cantik dan menakjubkan sambil mengambil gambar yang boleh dimuatkan di Zon Foto Dedikasi seperti Jambatan Cinta, 3 Brother's Tower  dan banyak lagi pameran yang mempesonakan.

Paling best malam itu juga ada Meet & Greet dan persembahan khas dari Mickey dan Minnie Mouse dan ada giveaways kejutan untuk para pengunjung.

Untuk 800 orang pengunjung pertama pada malam tersebut juga berpeluang menerima hadiah perayaan di kaunter penebusan mulai jam 7 malam sehingga stok hadiah masih ada. Acara pada malam itu akan berakhir dengan pertunjukan bunga api pada pukul 11 malam.

"Sambutan tahunan Chap Goh Mei ini diadakan tahun demi tahun selaras dengan komitmen kami untuk mewujudkan kesan positif terhadap masyarakat. Dengan berbuat demikian, kami berharap ini akan mengukuhkan perpaduan dan ikatan komuniti di kalangan masyarakat multinasional Seremban 2 dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang menyenangkan," kata Dato' Hoo Kim See.

"Sambutan tahunan Chap Goh Mei ini dilakukan tahun demi tahun selaras dengan komitmen berterusan kami untuk mewujudkan kesan positif terhadap masyarakat. Dengan berbuat demikian, kami berharap ini akan mengukuhkan perpaduan dan ikatan komuniti di kalangan masyarakat multinasional Seremban 2 dan seterusnya, mewujudkan persekitaran yang sangat menyenangkan bagi semua orang." simpul Dato Hoo Kim See mengakhiri ucapan beliau.

Setelah itu majlis diserikan dengan penyerahan Chinese Paper Cut kepada Dato' Hoo Kim See. Seterusnya para artis dan selebriti ASTRO Cina dijemput ke pentas untuk berkongsi dengan para tetamu mengenai konsert Chap Goh Mei "Say Cheese, Fortune is Yours" oleh ASTRO dan seterusnya kami para jemputan dihiburkan dengan nyanyian artis dan selebriti ASTRO Cina. Rasa terhibur pula dengar lagu nyanyian mereka. Muziknya yang catchy dan sedap di dengar. Tak percaya korang boleh dengar lagu yang dinyanyikan di video yang Mimi sertakan.

Penyerahan Chinese Paper Cut kepada Dato' Hoo Kim See




Sesi bergambar bersama Dato' Hoo Kim See bersama para artis dan selebriti ASTRO Cina dan para jemputan turut diadakan menandakan berakhirnya majlis sidang media pada petang itu.

Sesi bergambar bersama Dato' Hoo Kee Sim, artis dan selebriti ASTRO Cina dan para tetamu


Sesi bergambar bersama Dato' Hoo Kee Sim, artis dan selebriti ASTRO Cina dan para tetamu

Jangan lupa datang beramai ramai pada 8 Februari 2020 di City Park Seremban 2 untuk sama sama memeriahkan Festival Chap Goh Mei nanti. Pasti meriah dan menyeronokkan! 

Thursday, January 16, 2020

Tuntut E-Tunai Rakyat RM30 di Aplikasi Touch N Go EWallet, Boost dan Grab

January 16, 2020 9 Comments
Tuntut E-Tunai Rakyat RM30 di Aplikasi Touch N Go EWallet, Boost dan Grab | Semalam semua sibuk tuntut E-Tunai Rakyat RM30 seperti yang dijanjikan oleh kerajaan pada pembentangan bajet yang lepas. Bila dah satu Malaysia tuntut faham faham sajalah apa jadi.

Kasi tutup itu duit dalam akaun. Hahaha


Mimi pun tak terkecuali tuntut RM30 tu. Rugi kalau tak tuntut, at least bertambah kredit dalam aplikasi yang Mimi ada. Mimi memang ada akaun Touch N Go EWallet dan Boost. Grab memang tak ada. Semalam Mimi tuntut melalui aplikasi Touch N Go. Dari pagi cuba tak lepas lepas. Sistem down lah, internet tak connected lah, angin betul. 

Tengoklah ni.. Asyik jeluar warning something went wrong. Angin je masa ni. 


Cuba punya cuba dalam pukul 11 lebih baru lepas. Timeline Facebook pun ramai update pasal isu ni. Ada yang tuntut melalui Boost dan Grab. Paling bermasalah Touch N Go lah. Yang lagi dua aplikasi okey. Mana kawan kawan yang RM30 masuk dalam akaun Boost dah merasa kan duit tu. Touch N Go kena tunggu dalam masa 5 hari bekerja.

Yeayyy!!! Akhirnya berjaya tuntut RM30. 


Mimi okey je tunggu duit tu masuk. Sebab bukan guna sangat pun. Kalau guna pun nak buat bayar bil air takpun beli apa yang patut guna duit tu. Boleh beli barang dapur ke kan, jimat sikit duit.

Yang belum tuntut tu cepat cepat tuntut. Pagi tadi saja saja tengok sistem down lagi atau tak. Hari ni sistem dah okey pun. Laju lagi. Hah cepat cepat tuntut. Rugi kalau tak grab peluang yang ada. Sekarang ni nilai RM30 tu besar tau. 

Tahan Wad Lagi kerana Mild Anemia

January 16, 2020 6 Comments
Tahan Wad Lagi kerana Mild Anemia | Assalamualaikum. Hai semua! Minggu lepas hari Selasa dan Rabu Mimi sekali kena tahan wad. Kalau sebelum ni kena tahan wad sebab GDM. Kali kedua kena TAHAN WAD LAGI KERANA MILD ANEMIA.

Pasal kes GDM tu sebelum ni Mimi BSP on Diet Control. Bila 3 kali bacaan bsp tak cantik, kena tahan wad terus on insulin. Korang boleh baca cerita selanjutnya seperti di bawah :

12.12 Genap Kandungan 30 Minggu Kena Tahan Wad

Pengalaman Cucuk Insulin. Sakit Ke!?

Masa kandungan 3 bulan Mimi dah buat buku pink masa tu bacaan HB okey lagi 11.7. Lepas tu check up kali kedua turun 11.5. Check up kali ke 3 naik semula 11.7. Hah start check up kali ke 4 dan seterusnya sampailah latest check up 9hb baru ni bacaan terus drop 10.1. Doktor KK minta ambil darah untuk tengok kandungan zat besi dalam darah. Sekali hah hamek, doktor call Isnin hari tu bagitahu ambil surat tahan wad sebab bacaan zat besi dalam darah terlalu rendah.



Ikut doktor KK kalau datang pagi, petang Mimi dah boleh keluar wad. Sebab datang untuk masukkan ubat iron saja. Tapi gerak hati kita tak pernah salahkan. Pagi pagi semalam bangun tidur terus kejut anak anak suruh mandi pergi sekolah. Lepas tu terus Mimi siapkan barang keperluan untuk bawa ke hospital. Hati tu dapat rasa memang kena tahan wad.

Sampai HTJ, daftar semua terus masuk wad. Kali ni tunggu giliran nak dapat katil pun tak lama sebab ramai yang bersalin dah boleh balik. Masa doktor datang, dia tanya semua makkumat pada Mimi dan beritahu kena masuk ubat iron 13ml untuk 2 hari. Semalam 7ml, hari ni masuk lagi 6ml. Maknanya memang kena tahan wad untuk sehari. Gerak hati tak pernah salah. Nasib baik dah bawa siap siap semua keperluan.




Bila mengandung pada usia dah cecah 35 tahun ke atas ni faham faham sajalah kan. Macam macam kena hadap. Kandungan sebelum ni alhamdulillah tak ada masalah macam sekarang. Tapi kali ni memang kaw kaw Mimi dapat. Hahaha... Hadapa dengan pasrah dan redha sajalah. Nak buat macam mana kan. Walaupun sakit dan tak larat tapi dah kita kandungkan anak sendiri hadap sajalah kan. Ada lah hikmahnya betul tak?