Tukar Prepaid UMobile ke Unifi Mobile™ | Hai semua! Dari sehari ke sehari duk tangguh nak tukar plan telco. Mimi memang guna dua nombor. Satu tu XOX dan satu lagi UMobile. UMobile tu Mimi guna prepaid saja. Tiap tiap bulan spend RM30 untuk beli internet unlimited GX30 tu.
Tapi sejak kebelakangan ni line UMobile makin teruk tau. Sebelum ni kalau nak download gambar di whatsapp sekejap je sekarang ni kalau nak download gambar bukan main lama lagi...loading..Kadang tu tak boleh download.
Kalau balik rumah jangan cakap line dari 4G+ terus jadi E. Menyirap je darah ni tau. Ingatkan Mimi sorang je alami masalah yang sama. Rupanya ramai yang guna UMobile alami nasib yang sama. Adik Mimi pun mengeluh. Katanya makin teruk.
Selepas fikir semasak masaknya, Mimi decide nak tukar telco UMobile ke Unifi Mobile. Tapi masih kekalkan nombor sedia ada. Sebelum ni Mimi pernah guna Unifi Mobile tapi nombor lagi satu. Masa tu pakej yang Mimi ambil RM99. Campur SST 6% kena bayar RM100++ jugak.
Semalam juga Mimi buka web unifi dan daftar plan Unifi Mobile. Mimi ambil pakej Unifi Mobile 99 unlimited tapi disebabkan ada kempen yang sedang berlangsung, pakej tu jadi 59. Kelebihannya sama macam Unifi Mobile 99 tapi bulanan saja bayar 59. Nak daftar pakej ni mudah saja. Ikut saja langkah yang diberikan.
Mula mula klik je FIND OUT MORE. Nanti akan keluar paparan macam kat bawah.
Mula mula klik je FIND OUT MORE. Nanti akan keluar paparan macam kat bawah.
Mimi pilih Unifi Mobile™ 99 tapi bayar RM59 per month dan ada kontrak selama 12 bulan. Habis kontrak masih lagi bayar jumlah yang sama. Mimi skroll ke bahagian tepi keluar paparan macam kat bawah. So, terus klik BUY NOW yang atas tu, RM59 per month.
Lepas klik BUY NOW keluar paparan macam kat bawah. Korang akan nampak upfront payment dan bahagian bawah sekali grand total payable RM100.00 tu kan?Yang tu abaikan je jangan risau tak perlu bayar upfront payment pun. Nanti klik je Select Your Number tu terus.
Keluar saja paparan macam bawah ni pilih jela sama ada nak nombor baru atau kekalkan nombor sedia ada. Macam Mimi nak kekalkan nombor sedia ada, jadi Mimi klik switch to Unifi.
Kalau pilih nombor baru, akan keluar paparan nombor nombor yang diberikan untuk korang pilih.
Selepas Mimi pilih switch to Unifi, keluar paparan isi maklumat semua seperti nama seperti dalam kad pengenalan, no kad pengenalan, nombor telefon, alamat dan sebagainya. Nanti kena isi alamat penghantaran. Pastikan sebelum isi alamat penghantaran tu, korang memang ada di alamat tersebut sebab pihak mereka akan hantar simkad korang dan akan minta no kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Wakil tak dibenarkan ambil tau. Kalau korang tak ada di alamat yang korang berikan tu, pilih saja self pick up di TM berhampiran. Kalau simkad gagal diambil dalam tempoh 7 hari, permohonan dikira batal. Dan pastikan no telefon yang korang berikan mudah dihubungi.
Macam Mimi sebab Mimi bekerja, jadi Mimi pilih alamat pejabat. Mudah nak terima sendiri.
Selepas dah isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonanan. Selesai. Lepas tu akan terpapar Order Details. Penghantaran simkad ambil masa 3 hari. Dalam tempoh 3 hari ni tunggu sajalah simkad Unifi sampai ke tangan korang ya. Order details juga akan dihantar ke email yang korang daftar. Korang akan terima email macam kat bawah ni.
Senang dan mudah saja nak mohon Unifi Mobile ni. Sekarang ni semua hujung jari. Tak perlu dah nak pergi TM berhampiran atau cari agen sah yang dilantik. Dah selesai permohonan ni senang hati dah, Mimi tunggu jelah simkad sampai. Lepas ni bye bye UMobile.
27 Comments
Ana lama dah putus dgn umobile. Makin lama makin teruk coverage walau plan dia antara yang termurah.
ReplyDeletesalam kenal..
ReplyDeleteakak dari dulu sampai la, gua post paid celcom.
so far ok lah. cuma bila balik kg je.. mmg makan hati lah.
kami kat pedalaman ni memang takleh la nak guna umobile. huhu
ReplyDeleteMenarik juga nie, nanti nak tukar Unifi jugak lah untuk anak dara Kak Sue..
ReplyDeleteBelum lagi berhajat nak tukar ke telco lain masih guna Digi huhu
ReplyDeletesekarang banyak telco yang offer servis yg bagus.. cuma kita sendiri kena pandai pilih sebab setiap kali ambil plan yang tiada upfront payment akan terikat dengan kontrak.
ReplyDeleteCoverage telco memang sangat penting sekarang, di mana pun berada kan. Macam Rawlins, setia bersama Max*s dek kerana coverage yang powerful ketika balik kampung. Maka guna la pakej satu keluarga sekali biar senang kan.
ReplyDeleteKalau umobile tu, memang menangis nak tunggu ada coverage ke tak
Eh, senang ya.. Nk suruh mak tkr
ReplyDeleteDulu guna umobile, sebb ada msalh telan internet je. Terus gnti digi.. Dekt kl mmg guna unify
ReplyDeleteMasih fikir-fikir nak tukar ke telco lain... maybe satu hari... ramai pakai u-mobile sekarang...
ReplyDeleteAtul pun dah tukar dari line UM ke telco lain. Masalah line internet juga. Kalau ikutkan puas hati masa awal2 guna, sebab jimat sangat tapi lepas tu line asyik problem je, kerja pun banyak tertangguh. Tu yang tukar juga tu.
ReplyDeleteapat juga info berkenaan pakej2 dalam ni, menarik juga la pakej dia. kena study lagi
ReplyDeleteaida pengguna unifi mobile.
ReplyDeletedah beberapa bulan. so far, tiada masalah.
nak byr bil pun ok, ada apps nya.
everything unlimited. tu yg best skali. terbaik!!!
coverage, guna line celcom. menumpang lah...
unifi mobile - aida recommend!!!
wah mudahnya nak apply boleh lah guna step ni kalau nak tukar nanti
ReplyDeleteNak share. dengan suami lah nanti. Dia pun guna umobile. Geram je bila call manjang tak dapat..line tak masuk.
ReplyDeleteKita dah lama guna Unifi Mobile sejak daripada mula ia dikeluakan dulu lagi heheheh memang meyakinkan dan juga bagus mudah kerana sebab segalanya online tak perlu nak beli topup wakakakaka..
ReplyDeletewah dh ada unifi mobile.. menarik.. leh cuba ni..
ReplyDeleteLaa mcm tu je ke nk tukar? Senang je rupanya. Boleh la tukar sbb plan nmpk lagi murah
ReplyDeleteDulu kat tempat TB macam tak kuat coverage UMobile ni. Tapi sekarang ni dah ok kot
ReplyDeleteunifi mobile ni memang puas hati sebab unlimited call & data. tak payah risau data cepat habis.. sebelum ni BBL pun pakai unifi mobile tapi dah tukar sebab tak fully utilise.. sayang kan
ReplyDeleteMenarik dan midah. Terima lasih atas perkongsian ini. Nak fahamkan juga. Nanti boleh share dengan kawan2 ttg tawarabmn menarik ini
ReplyDeleteAdik akak dah tukar ke unifi mobile ni..akak mmg x la nak tukar sebab area rumah akak kuat maxis dari telco lain..
ReplyDeletebagus kan? hari tu unifi ada datang ofis untuk kempen tapi mek tak bersedia nak tukar daripada redone ni. kat rumah memang menggunakan perkhidmatan TM.
ReplyDeleteMenarik juga pakej dan harga yg ditawarkan yea.. Cuma rm59 sebulan.. Tapi yg paling Best nombor masih dikekalkan cuma line je beralih arah..
ReplyDeleteNot bad pakej dia. Tapi umobile ni kalau kat bandar okay la. Bila balik ke kampung emi, memang takde line sangat. Pernah pakai kejap. Terus tukar ke telco lain sebab susah bila duk ceruk kampung ni. Hehe
ReplyDeletehai , just nak tanya if kita dah order sim unifi tu apa kan , yang umobile ni tak perlu buat apa apa tindakan eh ? biar ja eh ?
ReplyDeleteNanti awak akan terima sms dr umobile untuk tamatkan servis. Ikut je arahan sms tu. Nti yang lain semua unifi yang uruskan.. Bila berjaya, unifi akan hantar sms.
Delete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
šIn shaa Allah kunjungan anda akan dibalasš
Lots of š
www.mimiazirah.com