Tukar Aeon Member Card ke Aeon Member Plus Visa Card

Tukar Aeon Member Card ke Aeon Member Plus Visa Card | Assalamualaikum. Hai semua! Nak dijadikan cerita, suatu hari tu Mimi beli roti di kedai bakeri Aeon. Masa nak bayar tu hulurlah Aeon Member Card, sekali budak cashier tegur kad dah lama expired. Sekali tengok, dah expired tahun 2018. Ni dah tahun 2019. Aduh teruk betul manusia bernama Mimi ni. Nampak sangat tak ambil tahu kad expired bila. 

Aeon Member Card Lama


Bila dah expired bukan jam tu jugak pergi renew kad. Ambil masa jugak nak renew sebab penyakit M menjadi jadi. Tiga minggu lepas baru sempat nak buat sebab dah alang alang shopping baju baby kat Aeon terus renew sekali.

Nak renew card Mimi pergi di bahagian customer service di tingkat bawah. Nak buat kad sekejap je tak lama pun. Just bagi kad pengenalan dan tandatangan borang dan masukkan pin dah siap. 

Cantik pulak Aeon Member Plus Visa Card ni kalau dibandingkan dengan kad ahli yang lama. Nak view point kad boleh semak di web Aeon. Yang bestnya kad ni korang boleh topup prepaid. Kalau ada kredit dalam kad lagi senang nak shopping. Hulur je kad, potong terus. Kira Aeon Member Plus Visa Card ni fungsi macam debit card tau korang.

Aeon Member Card vs Aeon Member Plus Visa Card


Aeon Member Plus Visa Card

Lepas ni tak payah dah bawa cash nak pergi mana mana. Bawa saja Aeon Member Plus Visa Card ni shopping dengan senang hati. Tapi pastikan duit dalam kad tu mencukupi kalau tak buat malu saja shopping bagai nak rak duit dalam kad tak ada. Lepas ni bolehlah Mimi topup sikit sikit duit dalam kad ni sebab Mimi sejenis malas nak bawa cash banyak banyak dalam purse. Bawa kad ni rasa selamat sikit sebab ada pin diperlukan. Kalau tak ada pin bahaya jugak kan.


Point ada 25 saja. Adik customer service tu ada ajar cara nak transfer points dari kad lama ke kad baru ni tapi Mimi lupa pula caranya. Nantilah buat. Hahaha, nampak tak kemalasan di situ. 

Banyak benefit yang korang boleh dapat dari Aeon Member Plus Visa Card ni tau. Kalau nak tahu apa benefitnya layari https://www.aeoncredit.com.my/

Post a Comment

8 Comments

  1. Akk xtransfer lg point. Dh pakai juga kad baru ni. Senang debit mcm ni kan

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Lawa sangat design kad baru tu 😍

    ReplyDelete
  3. nasib baik bukan tahun 2020 baru perasan.hehe

    ReplyDelete
  4. Semoga di tahun 2020 dapat berbelanja dengan lebih lagi dengan penggunaan Aeon Member Plus Card tu.. Hehe.. Jangan lupa kita ye.. Kihkihkih

    ReplyDelete
  5. teruk bebeno ko dik, tahun 2018 lagi dah expirednya ehehehe... akka pun baru jugak tukar kad tuh... tapi akak perasan macam tak boleh nk buat bayar kad parking tu, kalau kad aeon sebelum ni kan 2jam pertama tu free kan... ni macam dh takde je yg free tuh

    ReplyDelete
  6. best.. aritu akak nak buat tapi ada masalah laa nyampah

    ReplyDelete
  7. oic. kena buat jugak ni.
    aida ingatkan ia kredit kad tau.
    tu yg tak buat :) hi hi hi...
    tq for sharing...

    ReplyDelete
  8. Wah nak kena tukar juga nanti nie.. tq for sharing Mimi..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com