Rezeki Hari Selasa Officemate Belanja Mini Donut dan Blueberry Cheese Tart

Rezeki Hari Selasa Officemate Belanja Mini Donut dan Blueberry Cheese Tart | Assalamualaikum. Hai semua! Selasa baru ni officemate datang pejabat bawa Mini Donut dan Blueberry Cheese Tart dari Mama One Stop. 

Dia cuti sibuk nak uruskan persiapan sekolah anak anak, jadi dia datang office sebab nak minta tandatangan pegawai pada borang sekolah anaknya. Dah alabg alang datang tu yang dia bawa donut dan blueberry cheese tart.

Nasib baik masa ni dah lepas buat bsp jadi Mimi derhaka sikit. Nak juga rasa makan mini donut ni. Rasanya lama juga tak makan donus dan blueberry cheese tart.

Macam macam perasa donut ada. 
Macam macam donut dia beli. Ada buuterscotch, green tea, oreo, cheese, mangga, durian, nestum, strawberry, kelapa dan macam macam yang ada.

Tengok pun geram je sebab colourful kan. Mimi try satu je yang butterscotch tuh. Memang sedap dan lembut je.

Kasi zoom sikit.. Hehehe

Mini Blueberry Cheese Tart ni pula untuk Mimi. 
Officemate Mimi memnag tahu ni favourite Mimi. Blueberry Cheese Tart ni memang tak rasa manis sangat. Sedang sedang saja rasanya. Tak manis tak tawar. Balance. Sebab ada sesetengah Blueberry Cheese Tart yang dijual manis sangat. Tapi hat ni alhamdulillah boleh makan. 

Hah jangan tak tahu, gambar nini donut yang first tu Mimi siap buat wallpaper untuk whatsapp lagi. Nampak cantik pulak.. Hahaha..

Sebelum jadikan wallpaper kenalah edit sikit sikit kan supaya nampak gambar tu nampak cantik dan menarik.

Bukti gambar mini donut dijadikan wallpaper whatsapp. 
Nampak menarik dan cantik kan bila jadi wallpaper. Tak dapat makan semua tengok gambar pun boleh. Asal boleh, ye tak? 

Post a Comment

7 Comments

  1. Sedapnya..nasib baik kak tengah cut sugar..jangan makan banyak sangat mimi..kang kantoi lagi ngan doc

    ReplyDelete
  2. Sedapnya... LeYa dah la peminat makan donut. Tapi pun tengah kurangkan makan manis-manis ni.. Jadinya... dah dua bulan juga tak jumpa batang hidung donut cecantik ni depan mata..hehe..

    ReplyDelete
  3. Haha aduh menarik pula donut tu bila tengok pepagi ni

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. alahai comey nya donut tu. terasa sayang lak kalau nak makan. haha

    ReplyDelete
  5. menarik donut2 n tart tu..mesti sedap kan

    ReplyDelete
  6. sedapnya.. murah rezeki mimie

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com