Review Filem Jumanji The Next Level

Review Filem Jumanji The Next Level

Review Filem Jumanji The Next Level | Assalamualaikum dan hai semua! Semalam lepas mesyuarat PERKEP, Mimi terus balik. Yelah sekarang kan ibu mengandung boleh balik awal sejam tapi mesti usia kandungan 22 minggu ke atas okay. On the way nak balik tu, terfikir nak ajak suami tengok wayang JUMANJI THE NEXT LEVEL.

Sumber : Google


Jemput Adhwa dari rumah pengasuh, sampai saja rumah terus whatsapp suami ajak dia tengok Jumanji. Mula mula dia ajak tengok hari ni tapi memandangkan hari ni ada check up di klinik, so tak jadi. Suami kata on je. Dia suruh book siap siap tiket. 

Bila dah jadi ahli TGV apa lagi, book online sajalah. Lagi senang kerja. Semua hujung jari, pilih masa pilih seat bayar terus. Sap sap soi terus selesai!

Sementara tunggu suami balik kerja, Mimi mandi dan bersiap siap. Si bujang kecik tu pun sekali. Suami sampai rumah tunggu dia bersiap je. Kitorang decide pergi naik motor saja memandangkan tinggal bertiga saja di rumah. Lagipun TGV Aeon S2 tak jauh mana dari rumah. 

Sampai saja di TGV, terus beli set popcorn dan 2 air. Lepas tu bergambar sakan dekat prop yang disediakan. Paling excited sekali si Adhwa lah.

Adhwa pun nak jugak

Eh eh samalah abam botak i dengan The Rock punya kepala.. Hahaha

Mak yong nak jugak tapi ada pulak budak yang photobomb gambar ni.. Ishhh! 


Sinopsis Jumanji The Next Level

Tanpa diketahui oleh kawan-kawannya, Spencer telah menyimpan kepingan video permainan Jumanji dan satu hari membaiki sistem itu di ruangan bawah tanah rumahnya. Apabila rakan-rakan Spencer iaitu Bethany, Fridge dan Martha tiba di rumah Spencer, mereka menyedari Spencer telah hilang selepas mendengar bunyi yang dikeluarkan dari permainan Jumanji. Mereka memutuskan untuk memasuki semula dalam permainan Jumanji untuk menyelamatkan Spencer. Dan tanpa disedari datuk Spencer Eddie dan kawannya Milo Walker yang turut mendengar bunyi tersebut dan secara tidak sengaja tersedut ke dalam permainan Jumanji. Mereka disedut ke permainan tanpa sempat memilih avatar masing masing. 

Di Jumanji berlaku kekeliruan antara mereka kerana mereka bertukar watak avatar kecuali Martha. Manakla Bethany tidak disedut masuknke dalam permainan. Dengan usaha baru yang ditawarkan kepada mereka oleh Nigel Billingsley yang mendakwa bahawa salah seorang daripada mereka tidak akan keluar dari pengembaraan ini hidup-hidup, rakan-rakan remaja harus membantu Eddie dan Milo membiasakan diri dalam avatar dalam permainan mereka. Dapatkah mereka membantu mencari Spencer dan menyelamatkan Jumanji sekali lagi sekaligus keluar dari permainan tersebut?

Komen Mimi Mengenai Jumanji The Next Level

Nak bergambar lagi

Selfie satu kali sebelum turn masuk hall


So far, jalan cerita Jumanji The Next Level memang best. Tak jemu tengok. Walaupun ada babak lawak tapi lawaknya kureng sikit lah dari Jumanji Welcome To The Jungle tapi still best okay. Jalan ceritanya mantap. Rasa berdebar bila part diorang perlu selamatkan diri dari sekawan burung unta  yang mneyerang dan part perlu menyeberangi jambatan gantung yang banyak sambil diserang oleh sekumpulan monyet Mandrill. Masa ni rasa gayat ada, takut pun ada.. Hahahaha..

Cuma ada scene yang tak berapa sesuai di tonton anak anak bawah 13 tahun. Scene kiss Dwayne Johnson bersama dua pelakon wanita yang agak "gelojoh" bagi Mimi. Nasib baik pergi tengok dengan suami. Adhwa pulak dah leka tengok Ultraman dekat handphone abi dia, cerita kat skrin punya besar dia tak peduli dah. Dia dengan dunia Ultraman jelah. Cuma itu saja part yang agak kureng yang lainnya okay je korang.

Untuk Jumanji The Next Level ni Mimi bagi 9/10. Rasanya Jumanji The Next Level filem penutup 2019 Mimi tengok dekat wayang. Lepas ni dah tak tengok sebab nak tumpu pada persiapan bersalin nanti. Korang yang belum tengok tu pergilah tengok Jumanji The Next Level. Memang tak mengecewakan. 

25 Comments

  1. Wah sempat lagi tu dak mimi layan jumanji. Ana kena tggu astro first je sbb kalau bawa syafi, xkusyuk tgk bila dia dok suruh kita translate. Hehe

    ReplyDelete
  2. Ingat Sabtu ni nak pi tengok ngan kakak Dania..reward dia sebelum amik keputusan PT3..

    ReplyDelete
  3. Wah dah tengok Jumanji dah ya Mimi. Kak Sue nie plan nak pegi juga tapi nak tunggu anak dara cuti. Entah sempat ke tak nak tengok nanti..

    ReplyDelete
  4. Syoknya dia dh tgk Jumanji. Rindu bau cinema tau. Hehehe best jugak cerita ni. Zarra pn dh sebut byk kali lama dh xtgk wyg katanya. Hehehe sian anak kite.

    ReplyDelete
  5. akak tak pernah layan movie jumanji nih, so tak berapa paham... kene tengok dari yang movie 1 baru paham kot...

    ReplyDelete
  6. Jumanji pertama nad dah tengok..memang best..nak tengok pulak yang ekdua ni la..tapi kene tunggu masuk tv la..hehee

    ReplyDelete
  7. Ramai kata jumanji skrg best. Kita xsempat nak tengok lagi... Dari bulan 9 nak tengok wayang tak dpt2 hahah

    ReplyDelete
  8. Belum sempat lagi nak tengok wayang..tp cite ni best tgk trailer dia

    ReplyDelete
  9. Best gak layan time cuti cuti ni kan.. Kumpul2 dulu, Sabtu Ahad kita pi cinema.

    ReplyDelete
  10. wahh ada jumanji baru ke.. alaaaa.. nak tengok gak.. hahaha.. sebab yang sebelum ni ada tengok.. so nak tengok apa citer next nya pulak.. hehehe.. ingatkan takde sambung dah.. huhu

    ReplyDelete
  11. Wahh dah tonton jumanji dah dia. Anak2 kita pon sibuk ajak tonton Jumanji jugak sebab diaorang dah tonton Jumanji versi dulu. Satu lagi sebab dioarang nak tgk The Rock hehehe

    ReplyDelete
  12. Malam tadi baru je tonton Jumanji Welcome To The Jungle dekat AXN... itu pun dah gelak guling2 dah

    ReplyDelete
  13. OMG! Tak sabar nak tengok citer ni. Tomorrow memang dah plan nak pi tonton.

    ReplyDelete
  14. thankyou untuk review ni. mek pun bercadang nak tengok Jumanji ni esok. Ada juga suara cakap movie ni tak best. Tapi apa pun kena tengok sendiri.

    ReplyDelete
  15. Nak sgt tengok tapi belum sempat nak tengok. Biasa tengok wayang bila balik rumah mak. Anak kasi mak jaga kejap hehe. Nak bawak g wayang belum berani lagi sbb anaknya pun kecik lg. Dah baca review ni jadi makin tak sabar nak tengok!

    ReplyDelete
  16. Menarik juga jalan cerita. Tq sharing. Anak² ajak pegi tengok tapi bila fikir ade babak yang tak sepatutnya ditonton oleh anak² bawah umur tu buat terdiam seketika.

    ReplyDelete
  17. Best cerita ni. Akak2 dan anak2 mmg layan cerita kelakar. Mmg 10 bintang

    ReplyDelete
  18. Dah tengok jugak jumanji the next level ni. Starting dia macam agak bosan sikit. Dah masuk part game, best

    ReplyDelete
  19. Saya dah tengok. Memang best !! Walaupun sy x tengok yg first movie tp somewhow still boleh faham. Best best !

    ReplyDelete
  20. Dh tgk jugak jumanji haritu. Seperti biasa the rock dgn kwn dia tu yang lawak. Baru anak2 sesuai

    ReplyDelete
  21. Akak kalau tengok Jumanji ni sebab the rock je le kot..sb minat gan dia..hehehe. Kalau dia x ada rasanya tak le pergi utk tgok cite cam gini..mayb faktor usia

    ReplyDelete
  22. Akak pun dah tengok. Rasanya kali ni kurang kick sebab plot cite dia pendek sikit

    ReplyDelete
  23. Tak berkesempatan lagi nak tengok..

    ReplyDelete
  24. bestkan cerita ni, perasaan cambur baur masa tengok, dengan kelakar + geram + sedih. memang terbaikk

    ReplyDelete
  25. Bestnya... Kita tak tengok lagi... Takut anak2 bosan. Sbb review ckp boring utk Budak2 kan

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie