Menu Lunch Hari Ini

Menu Lunch Hari Ini | Assalamualaikum. Hai semua! Hari ni Mimi bersiaran langsung dari rumah. Hahaha.. Alhamdulillah semalam dalam 2 petang macam tu Mimi dah discharged. Bosan duk lama lama dekat hospital. Ada sorang Indian patient sama juga dengan Mimi masuk hospital sebab gdm on diet tapi memandangkan dia tak cucuk insulin macam yang doktor suruh, dia kena tahan lagi. Mujur Mimi ikut nasihat doktor. Kalau tak mahu kena tahan sehari lagi.

Alhamdulillah hari ni dah start rutin biasa masak lauk pauk untuk suami. Dua hari lebih Mimi di hospital dia dengan Adhwa asyik makan luar je. Dia cakap nak masak macam tak berbaloi.

Hari ni Mimi masak 3 jenis lauk iaitu Siakap Masak Stim Limau, Kailan Ikan Masin dan Sup Buncis dan Lobak. Hah keluar dari hospital dah wajib ada dua jenis lauk sayur dalam menu masakan. Keluar je dari hospital suami ajak beli sayur banyak banyak. Dia suruh Mimi makan banyak sayur untuk bantu turunkan kadar gula dalam darah.

Okay jom tengok MENU LUNCH HARI INI yang Mimi masak.

Ikan Siakap Masak Stim Limau

Kailan Ikan Masin

Sup Buncis dan Lobak

Kailan Ikan Masin tu Mimi tak makan pun. Masak untuk suami sebab tu favourite dia. Mimi cuma makan siakap dan sup buncis saja. Sejak bertapa dua hari lebih di hospital, perut ni dah terbiasa makan nasi putih lauk ayam/ikan dan sayur plus buah. 

Jadi apa yang Mimi makan di hospital, Mimi praktikkan di rumah. Ikut portion yang disyorkan oleh dietitian. Memandangkan kandungan dah 30 minggu ke atas so portion makan tu naik sikit. 

Nih portion lunch Mimi tadi. 

Portion lunch tadi memang sayur Mimi letak lebih. Nasi dah habis sayur tak habis lagi. Portion pun separuh dari pinggan. Kalau dulu penuh pinggan sekarang kena catu. 

Hasil 2 hari lebih duduk di hospital, berat Mimi turun lagi 900 gram. Dari 86.5kg jadi 85.6kg. Sepatutnya berat badan tak boleh turun sangatkan tapi dah duduk hospital ni bila makan bercatu memang berat turunlah jawabnya. Kalau tidak mahu cecah 90kg sebab makan je apa ada selagi boleh. 

Jadi, inilah menu lunch hari ini yang Mimi masak. Tinggal bertiga masak banyak banyak membazir pulak. Kalau Aina dan Auni ada memang masak lebih sebab Auni terutamanya kuat makan. Korang pula masak apa hari ni? 

Post a Comment

12 Comments

  1. Sedap tu menu siakap Stim. Hari hari kena lebihkan sayur lah macam ni. Take care ye

    ReplyDelete
  2. Sedap jugak lauk-lauk tu. Apa-apa pun semoga sihat ye

    ReplyDelete
  3. sama menu siakap limau tu tp akak mkn kt kedai hehe

    ReplyDelete
  4. sedap ikan siakap stim tuh... susah jugak kan... janji mimi potong air manis semua, buah manis pun bercatu sikit makan nya... beberapa bulan lagi kan... insyallah boleh

    ReplyDelete
  5. Akak x bawak bekal..dah sebulan ni x bawak bekal..maleh masak..eh mimi akak nak suggest makan nasi beras basmati..beras tu xde kanji kan..mana tau membantu...

    ReplyDelete
  6. Sedap lauk macam nie Mimi.. semoga sihat-sihat aja lepas nie tau..

    ReplyDelete
  7. alahai sedapnya Siakap Masak Stim Limau, Kailan Ikan Masin dan Sup Buncis dan Lobak terbaik la mimie masak

    ReplyDelete
  8. Sedap kailan ikan masin tu.. memang makan bertambah tu kalau ada..

    ReplyDelete
  9. x pe. kena kontrol demi kesihatan diri & baby. lagipun elok untuk kesihatan. pikir dari positive side. hehe

    ReplyDelete
  10. sedap nyer, mimi.
    menyelerakan. menu mcm kat restoran :)
    moga mimi sihat sihat sentiasa ye.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com