Melawat Adik Ke 5 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat

Melawat Adik Ke 5 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat | Assalamualaikum. Hai semua! Cuti Krismas lepas Mimi dan mama ayah berkesempatan melawat adik ke 5 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Adik Mimi ke 5 ni Amin namanya. Dari kampung dekat sangat. Kampung Mimi dekat batu 7, PUSASDA ni dekat batu 4.

Waktu lawatan bermula jam 1000 pagi tapi Mimi sampai kampung pukul 9. Sebelum tu suami bawa Mimi anak beranak sarapan dulu. Oh ya, ayah Mimi masa ni tak join sekali sebab dia gantikan kawan yang ditugaskan hantar makanan untuk perajurit muda. Ayah Mimi dah tak kerja pun dia cuma kerja sambil sambil bila orang minta ganti. Kitorang jumpa dia dalam kem je nanti. 

Masa ni on the way nak jemput Mama

Lepas sarapan, terus gerak pergi PUSASDA. Macam biasalah ramai yang nak melawat anak masing masing memang jammed jalan. Masa masuk kena parking kereta di padang kawad untuk daftar dan ambil nombor. Lepas tu baru pergi ke kawasan yang dibenarkan untuk parking berhampiran dengan hostel perajurit muda.

Dah sampai sini bukan boleh jumpa lagi, kena daftar pula di khemah ikut kompeni. Kena bagi nombor badan dan tandatangan dan tinggalkan kad pengenalan salah sorang ahli keluarga. Dah sudah daftar, salah sorang perajurit muda yang ditanggungjawabkan bahagian pendaftaran akan berlari ke hostel maklum pada jurulatih dan barulah jurulatih lepaskan adik keluar. Selagi keluarga tak sampai, diorang kena "kurung" dalam hostel.

Bukan senang nak jumpa banyak sangat prosedur tapi Mimi okey je sebab faham sangat. Dari jauh mama Mimi dah nampak Amin. Mimi cakap bukan tapi mama cakap memang tu Amin. Tengok jalan pun mama tahu. Mimi tak cam sebab dia dah gelap sangat. Bila dah dekat baru perasan dia. Terus cakap kat dia " Eeee...Dah bertukar jadi anak k*****." Dia senyum je.

Dengan abam botak i. Jangan tanya askar boleh botak ke? Kenapa dia botak? 

Masa ni Amin nak keluarkan pnco dari beg

Mama dan Amin


Kitorang lepak di kaki lima berhampiran hostel Amin. Masa perjumpaan ni Perajurit Muda boleh makan saja makanan yang diorang request daripada family. Adik Mimi request nak makan lempeng. Punya banyak makanan yang boleh masak dia boleh request nak makan lempeng. Memang betul rindu dia dengan lempeng.

Masa jumpa dia, dia tak sihat sangat. Masih batuk dan demam. Tapi bila dah jumpa family kurang sikit tak sihat dia tuh. Mama siap bekalkan ubat untuk dia. Mimi pula belikan roti dan air mineral. Lama juga duk lepak dengan dia. Borak borak biasa. Lepas tu dia beritahu tarikh dia passing out. 

Bergambar kenangan bersama. Ayah, Amin, Mama dan Mimi. 

Kecewa pula masa dia passing out Mimi tak boleh tengok sebab mungkin masa tu Mimi dah dalam pantang. Takpelah dapat tengok dia masa lawatan ni pun dah kira syukur walaupun tetap rasa rugi. Mimi awal awal minta maaf dekat dia cakap tak dapat datang tengok sebab bila bila masa bersalin. Dia pun faham. Dah pesan dengan adik adik lain share video dan gambar dengan dia nanti masa passing out.

Semua adik adik Mimi sayang tapi yang Amin ni memang dah banyak Mimi suami isteri berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Tapi bila tak dapat tengok dia passing out memang sedih sangat. Takpelah kan takde rezeki. Alhamdulillah dapat jugak jumpa dia. Lawatan ni sampai pukul 4.00 petang tapi pukul 2.00 macam tuh kitorang dah balik. Sebelum balik sempat juga macam macam amanat Mimi pesan dekat dia. Tak ada apa Mimi harapkan, semoga dia berjaya menamatkan latihan sebagai perajurit muda pada 15 Februari 2020 nanti. Aamiin. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Waalaikumussalam. Saya tak penah ada pengalaman camni. Jadi bila baca rasa best ja 😁

    ReplyDelete
  2. macam tgk anak2 di asrama je tapi lagi strict di kem ye.. mesti seronok dapat jumpa kan

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com