Makan Makan di Tanjung Emas, Muar

Makan Makan di Tanjung Emas, Muar | Assalamualaikum, hai semua! Sabtu lepas Mimi dan family singgah makan makan di Tanjung Emas, Muar. Suami teringin nak makan rojak petis. Mimi on je. Sebelum sampai kampung suami kitorang decide pergi Tanjung Emas, Muar makan di sana dulu. 

Sebelum sampai kampung kitorang singgah Tanjung Emas, Muar dulu. Tanjung Emas, Muar ni tak kira masa memang sentiasa ada saja orang yang singgah datang tau. Baik yang tinggal jauh mahupun dekat. Memang jadi tumpuan. 



Sampai di Tanjung Emas, Muar kitorang terus pergi gerai dan makan. Suami order laici kang dan rojak petis. Mimi, Aina dan Auni order ABC, Cendol dan Nasi Ayam. Nasi Ayam dekat sini berbeza dengan nasi ayam yang dijual di luar tau. Rasanya lain dari yang lain dan yang penting sedap. 

Muka budak lapar

Laici Kang suami dah sampai dulu. Kitorang tukang tengok je

Rojak petis

ABC

Cendol

Candid gambar dia makan

ABC untuk kakak Aina tapi Adhwa yang pulun semua. Ultraman wajib ya kena beli. 

Ayam untuk Nasi Ayam. Lain dari yang lain kan. Siap ada lobak parut lagi

Nasi Ayam
Jumlah harga makanan dan minuman termasuk mainan Ultraman tu RM40.00. Ultraman tu harga RM8. Jadi, jumlah harga makanan dan minuman semuanya RM32.00 untuk 5 orang makan. Kira murahlah kan. 

Puas hati makan dekat sini sebab portion banyak. Tu pun tak habis makan tau. Perut dah penuh. Lepas makan Mimi dan suami bawa anak anak main di taman permainan berhampiran. Cerita tu entry lainlah Mimi kongsi okay. 


Post a Comment

9 Comments

  1. terliur tengok rojak petis tuh, ni balik kampung nanti nak suruh adik buat lah rojak petis tu makan sampai puas hehehe... nak buat sendiri kadang malas

    ReplyDelete
  2. lama aida x ke tg emas, muar tu.
    kalu ke muar, gi sarapan sate jer.

    ReplyDelete
  3. waaa sama la menu kita kalau ke tanjung mas.. cuma tambahan mee bandung je

    ReplyDelete
  4. uiiiit lapar pulak tgk makanannya...

    ReplyDelete
  5. sedap2 tengok menu dia. nasib baru lepas makan. hehe.

    ReplyDelete
  6. sedap2 tengok menu dia. nasib baru lepas makan. hehe.

    ReplyDelete
  7. Apesal la x tau kat sini ada tempat makan best..akak x ikut plak adik2 akak bawak anak- anak diorang ke Tanjung Emas Sabtu lepas..next time nak pi la kat sini...

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok rojak petis tu Mimie...

    ReplyDelete
  9. Rojak petis tak pernah lagi rasa mcm mna. Hehe..
    Sedap je tgk Abc dia. Nasi ayam. Aduhai.. Leleh airliur..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com