Saturday, December 21, 2019

Makan Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop Berdua dengan Adhwa

Makan Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop Berdua dengan Adhwa | Assalamualaikum. Hai semua! Petang semalam Mimi keluar berdua dengan Adhwa pergi Aeon S2. Sebenarnya semalam Mimi teringin sangat nak makan kek di Secret Recipe. Adhwa pun nak makan di Secret Recipe jugak. Tuh yang gigih pergi Aeon S2. Baru duduk tak sampai 2 minit staf Secret Recipe beritahu diorang tutup sementara sebab stok kek baru sampai. Diorang nak kira stok. So, Mimi pun bangun dan ajak Adhwa makan di The Chicken Rice Shop. 

Seti 1 ada nasi, sup, Pak Cjoy dan Grilled Butter Chicken. Air plak Lychee Tealicious


Sebelum ni Mimi ada juga baca kawan kawan blogger yang lain share mengenai Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop. Ramai cakap sedap dan rugi kalau tak cuba. Dah alang alang sampai Mimi order Set 1 yang terdiri daripada sepinggan nasi, sayur Pak Choy saiz kecil, sup dan Grilled Butter Chicken. Air pula Mimi order Lyche Tealicious. Cukuplah untuk berdua dengan Adhwa.


Grilled Butter Chicken

Pesanan pun sekejap saja sampai sebab The Chicken Rice Shop tak ramai orang sangat. Macam biasa air dan nasi Adhwa yang rasmikan. Mimi makan Grilled Butter Chicken dan sayur Pak Choy. 

Bagi dia ayam dengan sup tak nak. Nak makan nasi semata. Nasi tinggal suku baru dia stop makan dan nak cuci mulut. Lepas tu minum air dan sibuk nak main. Nasi yang tinggal suku tu Mimi makan dengan Grilled Butter Chicken dan sayur Pak Choy. 

Nak makan naso saja. Sup tak nak ayam pun tak nak.. Ish sabar jelah. 


MAKAN GRILLED BUTTER CHICKEN DI THE CHICKEN RICE SHOP BERDUA DENGAN ADHWA memang berbaloi sangat. Grilled Butter Chicken ni memang sedap. Kena sangat dengan tekak seorang Mimi. Rasa ayam yang juicy dan sosnya yang pekat memang sedaplah. Rasa nak repeat makan lagi tapi mengenang diri sendiri tengah diet a.k.a kawal makan mampu berhuhuhu jelah.

Selepas makan di The Chicken Rice Shop Mimi bawa Adhwa main di Kidzoona. Kesian asyik terperap di rumah main sorang sorang kalau hujung minggu. Kakak kakak pula balik kampung. 2 jam jugalah dia main di Kidzoona. 



Main sorang sorang pun boleh


Lepas tu, Mimi bawa dia singgah beli barang dapur. Cadangnya nak masak sup ayam, sayur kacang botor goreng dan sayur sawi. Jadi Mimi carilah beberapa barang basah yang tak ada di rumah tu beli kat Aeon S2.

Selesai semua terus balik sebab nak masak untuk dinner nanti. Suami balik kerja nanti nak makan. Nanti Mimi share gambar menu dinner di entry lain pula ya. Bye! 

21 comments:

  1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah berselera tu makana walaupun nasi ja. Takpa la nak buat camna dah dia nak camtu 😁

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap.Saya suka butter chicken. Nanti nak try lah

    ReplyDelete
  3. Alamak! Baru makan kt chicken rice shop semalam.tp tak tergerak plak nk try butter chicken ni..

    Kalut nk order sbb anak tanya mcm2.order menu biasa je.next time kena try la.

    ReplyDelete
  4. Emmm... nampak sedap tu. Belum pernah cuba ni ... pas ni bila ke The Chicken Rice Shop nak try la

    ReplyDelete
  5. Sedap ke grilled butter chicken dia? Dulu emi selalu jugak makan kat TCRS sebab masa tu dekat area rumah ada TCRS. Tapi tak pernah try yg butter chicken ni

    ReplyDelete
  6. Yuuuuuuuuummmmmmmm!!!!!!!!!! Sedan nyer nampak grilled butter chicken tu. Saya dan family pun suka Mayan kat chicken rice shop. Tetiba rasa nak Mak an grilled butter chicken la play. Ahax.

    ReplyDelete
  7. Waahhh sedapnya makan Grilled Butter Chicken. Nampak sedap jer tuu

    ReplyDelete
  8. I've not been to Aeon S2 but thanks for the recommendation will know what to eat and leisure for the kids.

    ReplyDelete
  9. Memang gemar juga makan di Chicken Rice Shop. Kalau ke sana mesti nak ada sayur pak choy dengan dish yang macam popia tu. Lepas ni nak try jugalah Grilled Butter Chicken kalau dah sedap. Yg penting sos butter tu kalao sedap, memang sedaplah kan.

    ReplyDelete
  10. Akak x berapa suka ngan menu baru ni..akak prefer yang biasa dan semestinya yang steam chicken..seronok la si bujang tu main puas2 kat Kidzoona tu..

    ReplyDelete
  11. Dah cuba jgk grilled butter chicken ni. Boleh tahan sedap sos n rangup ayam dia tu. Portion pon banyak n kenyang

    ReplyDelete
  12. Lama dah tak pekena chicken rice shop ni. Rasanya setengah tahun dah kot. Butter chicken tu nampak menarik, nak cuba nanti lah

    ReplyDelete
  13. sedapnya makan kat the chicken rice shop, dah lama BBL tak pergi sini. tetiba craving nak makan nasi ayam dengan grilled butter chicken tu

    ReplyDelete
  14. boleh cuba menu butter chicken ni nanti bila makan kat chicken rice

    ReplyDelete
  15. Boleh try nnti rasa butter chicken. Thanks for tue review

    ReplyDelete
  16. Kak Sue pun suka Grill Butter Chicken tu Mimi.. memang kena dengan tekak..

    ReplyDelete
  17. Sedap Grilled Butter Chicken tu. Qiss suka sangat. Minggu lepas baru makan. Ni nak pergi makan lagi. Sedapnya.. lepas makan dapat main tu mesti best kan. Kidzoona memang best..

    ReplyDelete
  18. Nampak bersekera Adhwa makan grill butter chiken tu, mesti sedapkan! bila nak serbu The chiken rice shop nih tak menyempat nak pergi

    ReplyDelete
  19. Biasa ke chicken rice shop makan nasi ayam je.. Tak pernah try lagi grilled butter chicken.. Macam best je

    ReplyDelete
  20. Chicken rice shop punya ayam mmg juicy dan teh tarik yang sedap! Kidzooona tu pun kegemaran ank mouse mommy jugak! Ibu bapa pun blh join skali!

    ReplyDelete
  21. Wow sedapnya dah lma akak.x jejak chicken rice shop teringin plak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.