Hasil Check Up Minggu ke 30 dan BSP PreBreakfast di Klinik Kesihatan

Hasil Check Up Minggu ke 30 dan BSP PreBreakfast di Klinik Kesihatan | Assalamualaikum. Hai semua! Dah breakfast ke tu? Mimi dah breakfast tapi sekarang tunggu turn nak ambil BSP pukul 10 pagi nanti.

Pagi ni seawal 7.35 pagi Mimi dah terpacak kat depan klinik. Si bujang kecil Adhwa pun Mimi bawa sekali sebab pengasuh dia ada appointment. Dah alang alang buat BSP memang dapat MC tu yang bawa dia.

Sedih tengok bacaan HB merah. Berat turun 700g


Hari ni check up plus check BSP sekali. Masa ambil darah tadi siap doa biarlah HB naik. Bulan lepas bacaan HB 10.3. Lepas ambil darah dan buang air kecil dapat keputusan dah. Bacaan urin cantik, negatif tapi bacaan HB sedih. Naik 0.1 je dari yang lepas. Bertabahlah hati seorang Mimi. Still merah tau. 

Bacaan BSP pukul 8 tadi dah merah


Lepas tu, ambil tekanan darah dan ukur berat. Tekanan darah cantik tapi berat pulak turun 700g. Nurse tengok pun dia risau. Awal awal nurse dah cakap lepas ni kena repeat BSP dalam tempoh 3 hari. Andaikata bacaan BSP yang repeat pun merah juga faham faham sajalah. Tu hotel 5 bintang dah tunggu nak check in.

Bila dengar kena check in hotel 5 bintang mulalah lemah segala sendi ni oi... Bila mengandung kali ke 5 anak yang ke 4 ni, macam macam Mimi kena hadap. GDM, HB low, alahan, asma dan bla..bla..bla...

Wefie dengan Adhwa depan klinik sementara tunggu pukul 10.00 pagi nak ambil BSP


Lain anak lain pembawakannya betul tak? Korang doakanlah perjalanan Mimi sepanjang mengandung ni dipermudahkan. Semoga baby sihat hendaknya. 

Post a Comment

7 Comments

  1. moga dipermudahkan semuanya, teringat masa peknen kan aiyan, akak dok risau berat asik naik je... mimi lak asik turun yek... jaga diri dan makan yg berkhasiat ya

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan. saya risau juga sangkut kencing manis. bru minum air gula smlm. takut kena repeat je. bila umur makin meningkat risiko dan penyakit pun makin banyak nak singgah...hehe

    ReplyDelete
  3. Semoga yang baik2 aje untuk mimi...insyaallah allah permudahkan

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya baik² je mimi. Fiza pregnant kali ni pun macam² masalah. Bp la... Bsp la. Hb low la.

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan semuanya mimi. Take care tau.

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan semua ya Mimi, take care ya..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com