Hadir Majlis Perkahwinan Anak Ex Bos dan Anak Officemate

Hadir Majlis Perkahwinan Anak Ex Bos dan Anak Officemate | Assalamualaikum. Hai semua! Hari Sabtu hari gantung kuali. Memang hari Sabtu lepas Mimi tak masak langsung sebab ada dua jempitan majlis kahwin hari yang sama. Satu sebelah tengahari satu lagi sebelah malam.

Tengahari tu majlis perkahwinan di Seremban 2 dekat saja dengan rumah. Malam pula di Lukut, dekat juga dengan rumah. 

Selfie dengan anak anak dalam kereta. Masa ni on the way pergi kenduri kahwin S2

Dengan Aina
Masa dekat majkis kahwin rumah ex bos Mimi tak bergambar sangat pun. Sebab crowded sangat rasa rimas pulak nak bergambar. Makanan kat sini sedap. Goodies bag yang kitorang dapat ada bunga telur, air mineral, mini biskut chipsmore dan marshmallow. Lepas tu dapat sekotak kuih bahulu. 

Sebelum balik sempat salam salam dengan isteri ex bos dan cakap terima kasih. Terus balik rumah, malam nanti sambung pergi kenduri kat tempat lain. 
Dewan The Grand Lukut
Sebelah malam selepas maghrib kitorang hadir majlis perkahwinan anak officemate pula di Dewan The Grand di Lukut. Punyalah excited nak pergi, sampai saja depan rumah officemates tengok lengang. Tak ada khemah bagai. Sebab officemates cakap buat majlis kecil kecil saja. Jemput saudara mara dan kawan kawan pejabat. Memang assume buat dekat rumah lah. 

Memnag dia ada jemput, kad pun ada tampal kat dinding pejabat tapi Mimi tak tergerak hati pulak nak tengok maps majlis. Punya confident buat dekat rumah. Sekali salah tempat. Call officemates dua kali tak berjawab. Last last call officemates lagi sorang tanya majlis dekat mana. Rupanya buat dekat Dewan The Grand. 

Wefie dengan anak anak. Tudung yang sama macam tengahari tadi baju saja lain. Anak anak je recycle baju dan tudung yang sama

Penuh dewan dengan tetamu

Sempat snap gambar candid pengantin
Alhamdulillah kenyang malam ni. Menu pun sedap sedap. Hari ni memang cheat day dak Mimi. Langsung tak control makan. Mentang mentang check bsp minggu depan. Kemain makan sakan. Tapi hari Isnin siaplah memang kawal makan semula. 

Post a Comment

7 Comments

  1. bestnya dapat makan nasi minyak

    ReplyDelete
  2. Boleh plak silap tempat ye..apapun seronok pi kenduri kawen, selain seronok makan, seronok gak la tengok pengantin...

    ReplyDelete
  3. wahh sonoknyer gi tgk org kawen kann., ;p

    ReplyDelete
  4. makin berseri-seri mak yong nih

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam. Takpa inshaAllah sempat tu nak control sementara nak buat bsp. Hehe

    ReplyDelete
  6. Rindu nak makan nasi minyak.. Yummmss

    ReplyDelete
  7. aduh salah pula tempat ye.. nasib baik tak jadi macam akak.. salah kenduri haha

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com