Gara Gara Bacaan BSP 3 Kali Merah Kena Serah Diri di PAC untuk Insulin

Gara Gara Bacaan BSP 3 Kali Merah Kena Serah Diri di PAC untuk Insulin

Gara Gara Bacaan BSP 3 Kali Merah Kena Serah Diri di PAC untuk Insulin | Assalamualaikum. Hai semua! Semalam Mimi ada check up dan BSP di klinik kesihatan. Semalam bacaan BSP untuk prebreakfast tinggi.

Di ruang menunggu PAC


Semalam pun bacaan prebreakfast dah tinggi tau iaitu 5.8. Sepatutnya bacaan normal 5.3. Lepas tu bacaan ok, masuk bacaan untuk lunch tinggi balik. Memandangkan sebelum ni pun ada sekali bacaan BSP merah, maknanya dah capai 3 kali merah. Semalam juga dapat MC dan doktor keluarkan surat rujuk ke PAC. Hari ni, Mimi datang ke unit PAC untuk rawatan susulan.

Macam biasa mula mula sampai kena daftar dulu. Lepas daftar terus masuk PAC untuk rawatan seterusnya. Jururawat interview serba sedikit dan check tekanan darah dan jantung baby. Dah selesai, kena duduk sekejap tunggu doktor panggil. 

Mimi di consult dua orang doktor. Mula mula doktor perempuan Melayu tengok buku pink dan kad yang dibuka tadi dan interview Mimi beberapa soalan yang penting berkaitan kesihatan. Kemudian, dia proceed untuk scan baby nak tengok tumbesaran baby. Yang scan baby doktor perempuan Chinese. Dua dua sangat friendly. Alhamdulillah result scan tumbesaran baby just nice, tak besar pun.

Berdasarkan pada keputusan BSP Mimi yang sebelum sebelum ni, doktor putuskan untuk Mimi cucuk insulin sekali sahaja mula pukul 8.30 malam ni. Seterusnya on BSP. Sebab katanya result BSP Mimi yang sebelum ni cantik. Result BSP semalam tak cantik sebab Mimi makan tak ikut time. Yelah sehari sebelum semalam Mimi agak busy dan stress dengan kerja sampai waktu makan Mimi main langgar je. No wonderlah result tak cantik kan.

Hari ni mekap light light je. Selfie dulu sementara tunggu kena ambil darah. 


Lepas dah scan dan doktor consult mengenai cucuk insulin, doktor bagitahu diorang nak ambil darah untuk check tahap gula dalam badan. Tak tahulah keputusannya macam mana. Harap harap keputusan gula dalam darah okey. 

Malas sebenarnya nak warded ni. Bila kena warded faham faham sajalah kan. Doakan supaya semua okay hari ni. 

6 Comments

  1. Alahai...bab insulin tu yang x suka tu...harap semuanya ok dan dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. walaupun dah tua ni, seram jugak kalau nk cucuk insulin sendiri...
    kalau kene ambil darah pun akak masih lagi rasa serius huhuhu...
    moga di permudahkan semua nya ya mimi n baby

    ReplyDelete
  3. Semoga semuanya baik baik sahaja ye mimi..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
πŸ’œIn shaa Allah kunjungan anda akan dibalasπŸ’œ

Lots of πŸ’–
Mimie