Monday, December 16, 2019

Farm Fresh Susu Segar Kurma Memang Sedap dan Segar

Farm Fresh Susu Segar Kurma Memang Sedap dan Segar | Assalamualaikum. Hai semua! Mimi ni bukan jenis yang suka minum susu sangat. Kalau susu berperisa tu boleh juga telan kalau susu plain memang taklah nak minum.

Preggy yang ke 4 ni Mimi ada GDM on diet control jadi segala susu berperisa Mimi tak boleh nak minum. Kena stop! Kalau nak minum susu low fat. Adeh susu jenis macam tu payah betul nak telan. Dietitian nasihatkan kalau nak minum susu, minum susu low fat dan less sugar atau tak ada sugar langsung.

Bila dah cakap macam tu Mimi mulalah menjalankan misi cari susu yang sesuai dengan keadaan Mimi yang sekarang. Nak dijadikan cerita Mimi memang setia tengok Live Konsert Gegar Vaganza Musim ke 6 ni. Kalau time rehatkan ada selingan iklan daripada sponsor utama iaitu Farm Fresh. Erm apa lagi terus google maklumat pasal Farm Fresh.

Serba Sedikit Mengenai Produk Tenusu Farm Fresh

Korang boleh baca serba sedikit mengenai pengasas Farm Fresh dan rahsia disebalik kejayaan susu Farm Fresh ni. 






Bila dah baca serba sedikit mengenai susu Farm Fresh ni Mimi tengok pula produk yang dikeluarkan di bawah jenama Farm Fresh. Memang banyak jenis susu dan yogurt yang ada.

Mimi fokus pada susu yang sesuai untuk Mimi. Memandangkan Mimi sarat mengandung plus GDM on diet dan sejenis tak minum susu plain, Mimi cari susu yang boleh masuk dengan tekak. 

Sebelum ni ada kawan kawan syorkan minum susu kurma. Kebetulan susu Farm Fresh ada susu kurma, Mimi pun ushar pasal FARM FRESH SUSU SEGAR KURMA.





Bila baca maklumat mengenai FARM FRESH SUSU SEGAR KURMA ni macam sesuai untuk Mimi je. Jadi, tak buang masa lepas discharged dari hospital kebetulan suami ajak pergi NSK beli sayur, apa lagi Mimi pergi bahagian air kotak misi mencari susu Farm Fresh. Alhamdulillah rezeki, ada susu Farm Feesh Kurma. Tak fikir banyak terus grab dua botol. Harga sebotol tak mahal mana pun. RM4. ++, tak ingat pula exact amount.

Balik rumah, goncang botol minum sikit nak rasa. Sekali perghhhhh FARM FRESH SUSU SEGAR KURMA. MEMANG SEDAP DAN SEGAR. Tak tawar tak manis. Kalah susu perisa kurma lain yang ada di pasaran. Pernah juga minum susu kurma lain tapi tak kena dengan tekak. 




Memandangkan Mimi GDM on diet control jadi kandungan minuman ni memang Mimi ambil tahu. Setiap waktu makan ada sukatan yang Mimi perlu ikut dan ambil seperti disyorkan. Setiap 100ml susu ni ada 8 gram karbohidrat so Mimi kena pastikan minum tak lebih dari tu sebab Mimi kena ambil dengan makan lain juga. 

Dietitian syorkan sarapan pagi yang Mimi ambil mesti ada susu. Jumlah karbohidrat untuk sarapan pagi mesti tidak lebih dari jumlah yang disyorkan. Kadang Mimi tak minum susu ni waktu sarapan pagi. Mimi minum waktu petang atau sebelum tidur. Kalau tengok susu ni pun 0 sukrosa. Hah elok sangat. Dietitian pun pesan kebanyakan susu di luar mengandungi kandungan gula yang memang Mimi tak boleh minum.

Kena banyak minum air suam dan susu low fat dan tiada gula. Lepas ni boleh amalkan minum susu ni jela. Tapi taklah hari hari kan. Seminggu dua minum kemudian stop sekejap then sambung balik. Korang yang belum pernah minum susu dari Farm Fresh ni eloklah beli dan rasa sendiri kesedapan dan kesegaran susu Farm Fresh ni. Berbaloi kalau beli. 

Korang yang nak tahu lebih maklumat mengenai produk tenusu dari FARM FRESH boleh layari web : https://www.farmfresh.com.my

6 comments:

  1. haah..akak pun suka minum susu farm fresh perisa kurma ni. rasa dia tak manis sangat. just nice.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Suka minum susu berperisa juga. Ada cuba susu kurma tapi lagi suka kalau makan kurma semata-mata.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Memang dah jadi feveret šŸ˜

    ReplyDelete
  4. aida beli yg kotak kecik2 tu, mimi.
    senang letak dlm fridge.
    anak2 minum dgn begitu berselera :)

    ReplyDelete
  5. mmg fav susu kurma ni..sukaaaaaaa sgttttttttttt

    ReplyDelete
  6. ini mmg favourite akak ni. boleh habis sekotak besar sekali minum tau

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.