Ejen Ali The Movie Filem Animasi Terbaik 2019

Ejen Ali The Movie Animasi Terbaik 2019 | Assalamualaikum dan hai semua! Siapa dah tengok Ejen Ali The Movie angkat tangan! Yang belum tengok tu cepat cepat pergi tengok. Memang tak rugi labur duit tengok EJEN ALI THE MOVIE FILEM ANIMASI TERBAIK 2019 ni.


Kenapa Mimi katakan EJEN ALI THE MOVIE FILEM ANIMASI TERBAIK 2019? Mesti korang tertanya tanya kan?Dipendekkan cerita, filem animasi Ejen Ali The Movie ni memang cukup rencahnya. Ada lawak, aksi dan sedih. Nak tengok detail ataupun tidak mereka yang bekerja di belakang tabir untuk hasilkan animasi Ejen Ali The Movie korang tengoklah cepat cepat.

Mimi dah tengok Ejen Ali The Movie ni malam semalam. Suami suruh book tiket pukul 8.40 malam. Dah isteri dia jadi ahli TGV, apa lagi cepat cepat book tiket.


Kali ni book single seat plak untuk 5 orang. Jumlah bayar RM65.50 termasuk booking fee. Sampai je TGV di Aeon Seremban 2 terus order set popcorn Family Feast dan satu Pringles. Jumlah semua RM40.90. Lepas dah beli popcorn dan air terus scan kod bar booking dan masuk hall. 

Sinopsis Ejen Ali The Movie

Ejen Ali semakin cergas dengan misinya di MATA. Tetapi, konflik timbul apabila Ali tahu bukan lagi dia seorang sahaja yang mampu menguasai IRIS. Kini MATA telah menaiktarafkan IRIS kepada IRIS NEO yang akan dijadikan peranti asas bagi semua ejen. Ini membuatkan Ali persoalkan kegunaannya di MATA. Ketika ini, seorang individu bernama Niki mendekati Ali dan mendakwa dia tahu sebab kehilangan ibunya. Sekarang, Ejen Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri ini yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada MATA sebelum terlewat.

Nak tahu selanjutnya apa yang jadi korang kena tonton Ejen Ali The Movie. Part lawak bila scene di kedai Mamak Maju. Siap lagu tau korang. Korang akan enjoy punya dengar lagu tu. Part sedih mestilah waktu Ali bertemu dan ibunya Aliya. Masa ni Ali dah tahu identiti sebenar ibunya Aliya dan kenapa ibunya boleh terkorban.

Selfie sebelum movie start

Aina dan Adhwa bergambar dengan prop yang disediakan. Auni tak nak.. 

Muka seronok lepas tengok Ejen Ali The Movie


Masa tengok tu Mimi rileks je tapi lama lama eh eh bertakung air mata jadinya. Sedih pulak. Nak nak part Ali nak berpisah dengan ibunya. Bab aksi Mimi memang tak nak komen sebab memang terbaik. Rasa seolah olah Mimi pun ada sekali dalam aksi tu. Nak juga jadi ejen.. Hahaha..

Apa apa pun memang kitorang enjoy tengok Ejen Ali The Movie nihlah. Kira filem animasi Malaysia yang Mimi dah tonton sebelum ni, Ejen Ali The Movie yang terbaik sebab filem animasi ni telah mencapai satu tahap yang cemerlang kalau nak dibandingkan dengan filem animasi yang ada. Tak percaya silalah tonton ya. Ramai yang bagi review yang bagus. 

Untuk filem animasi EJEN ALI THE MOVIE ni Mimi bagi 10/10. Hah tunggu apa lagi, silalah terjah pawagam berhampiran korang ya. 

Post a Comment

30 Comments

  1. boleh laa bawa anak2 p tgk wayang ejen ali ni nanti :-)

    ReplyDelete
  2. Belum berkesempatan lagi nak pergi. masa begitu mencemburui hehe. anak2 dah panas bontot nak ajak tgk. semua bg review terbaik. wajib tgk nihh!

    ReplyDelete
  3. saya baharu tengok bersama anak-anak tempohari..

    seronok untuk anak-anak boleh la

    untuk saya agak kurang juga kerana tiada unsur pencintaan hahaha

    ReplyDelete
  4. blom tengok lagi ejen ali ni. tak tahu bila lah nak bawak anak pi tengok. hihiih ramai share review best.

    ReplyDelete
  5. Saya dah tengok masa hari pertama tayangan sebab memang niat dah nak belanja adik baru habis UPSR. Fuh, kita yang dewasa pun teruja dengan filem ni. Cukup terbaik dan membanggakan! Efek, lagu, plot dia semua serba gempak!

    ReplyDelete
  6. Ejen Ali ni memang movie kami sekeluarga tunggu. Sebab dia tak pelik sangat la merepek dia tu kan. Ejen, forensik, spy dan cerita pakaian seragam ni memang fav movie kami. So Ejen Ali kami dah pergi first day Hahaha. Animasi dia smooth giler. Saya rasa dah tiba TV3 ada channel HD. sebab kartun di tv tu still pecah-pecah. Memang wow la kita tengok kat movie even panggung 2D je kak. Kami repeat Ejen Ali sebab tak puas tengok dua kali. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Yaya memang follow Ejen Ali ni dari start siri mereka di TV3 dari Season 1, Season 2 sehinggalah dah masuk pawagam! Husband Yaya pun terjebak. Yaya bagi husband tengok dulu kat wayang and Yaya jaga anak kat rumah. By this week Yaya nak pergi tengok pulak hee

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat menonton filem animasi ni.. saya belum ada kesempatan lagi.. anak-anak dah mula hint

    ReplyDelete
  9. Seronoklah anak-anak dapat tengok movie pada musim cuti sekolah nih! sekurang-kurang ada pengisian musim cuti sekolah nih!

    ReplyDelete
  10. serious best giler movie ajen Ali ni. Sumpah saya bagi 10/10 sbb sangat best, bayangkan azriel fokus sepenuhnya mata kat movie so maknnya citer tu sampai pada anak ank kita. mmg best

    ReplyDelete
  11. Terlepas tayangan premiere Ejen ali. Sentap sebab cuti kena tarik balik sebab tak cukup staff kat opis. Esok nak pegi tengok. Hmmmm. Semua filem animasi tahun ni best-best! Tahniah produksi Malaysia!

    ReplyDelete
  12. Hujung mggu nie mmg plan nak bawa anak2 tgk agen ali.. Tgk ramai review yg menarik.. AM pun rasa xsabar nak menonton sekali bersama anak2..

    ReplyDelete
  13. Sebuah filem animasi yang sesuai ditonton kanak kanak, sekurang/kurangnya ada filem kita yg boleh dibanggakan.

    ReplyDelete
  14. Still didnt have the cchance to watch it but from you review it looks great. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  15. uwauuuu tak shabar nak pergi tengok Ejen Ali weekend ni, weekend lepas tengok frozen 2, Ramai cakap cerita n plot Ejen Ali ni menarik dan best. tak boleh lepas peluang ni.

    ReplyDelete
  16. Sis x pernah tgok pun agen ali ni sb x ada anak kecik nk layan tgok. Nak jugak tgok sb ramai kata best..kena curi anak buah le nampaknya ni..:)

    ReplyDelete
  17. Tak tengok lagi ejen ali ni...si kembar tu x suka plak...next nak tengok Jumanji....yeay...

    ReplyDelete
  18. Belum ada kesempatan lagi nak tengok.. Skg tengah jaga anak buah kat kl.. Nanti tunggu ibu ayah nya cuti blh la pergi tgk

    ReplyDelete
  19. memang best. saya pun tengok turut terkesan

    ReplyDelete
  20. kebetulan pulak kan time cuti sekolahlah dia premier. insyaAllah nak bawa anak2 pi menonton nanti

    ReplyDelete
  21. Tak bawak pun lagi budak²ni. Masing2 dah asyik dok zikir tepi telinga ajak tengok ejen ali. Cadangnya nak tunggu balik kampung nanti baru bawak diaorang sekali dengan sepupu2 nya. Ramai2 baru syok

    ReplyDelete
  22. banyak review positif ini.. ni buat nk tgk ni

    ReplyDelete
  23. Sally gigih ya tgk kat TV yg ula gan season 1,2...harini nak g tgk projen, ejen ali sekaliiii... Heheheh

    ReplyDelete
  24. Lagu dia pun kelakar... Mamak maju, servis laju hahaha

    ReplyDelete
  25. Disebabkan saya tak tengok lagi filem ini, saya perlu skroll laju2 bila bukak artikel ni. Haha. sebab tak nak ada spoiler. apa2pun ramai yang cakap best.

    ReplyDelete
  26. Terima kasih untuk review ni. Nak pergi dengan anak untuk tgk, sambil2 support juga :D

    ReplyDelete
  27. disebabkan ramai yang bagi 5 bintang ramai yg cakap bagus tengok ejen ali compare dengan frozen sambil support movie malaysia, so yeah, ejen ali masuk list untuk wayang disember 2019.

    ReplyDelete
  28. tak tengok lagi citer ni..baca gak review, sume cakap best & bagi rating tinggi.

    ReplyDelete
  29. The rating is quite high for this movie! Kudos to the directors and the team behind this movie it’s a huge improvement in Malaysia’s movie industry 😊

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com