Bubur Cha Cha Santapan di Pagi Hari

Bubur Cha Cha Santapan di Pagi Hari | Hai semua! Pagi Jumaat ni Mimi makan bubur Cha Cha. Sarapan tadi Mimi dah makan nasi goreng. Awal jugaklah sarapan. Pukul 7.45 dah sarapan. Hari ni tak sempat bawa bekal. Beli saja di gerai makan PERKEP. 

Kebetulan rezeki pelanggan yang singgah di gerai makan PERKEP hari ni di mana owner gerai beri sedekah bubur Cha Cha. Setiap jumaat memang owner gerai beri sedekah kepada pelanggan. Sebelum ni dapat pisang dan bubur kacang hijau. Hari ni bubur Cha Cha pulak. 

Bubur Cja Cha


Jadi, pagi ni Mimi untuk minum pagi Mimi makan bubur Cha Cha yang Mimi dapat tadi. Ni pun tak habis tau. Makan separuh saja. Sedap dan cukup rasa. Tapi tu lah dah nama pun GDM On Diet kan, makan kena beringat. Tak boleh habiskan. Minggu depan kena ambil darah BSP.

Bubur Cha Cha


Korang percaya tak, yang Mimi baru pertama kali makan bubur Cha Cha ni. Sebelum ni tak pernah makan pun. Selalu makan bubur nasi, bubur lambuk dan bubur kacang hijau. Bubur Cha Cha memang tak pernah makan. Sadis sungguhkan.. Hahaha.. Tapi percayalah hari ni pertama kali Mimi makan bubur Cha Cha. Sedap juga. Sebelum ni orang buat Mimi tengok je. Namun nak cuba makan memang taklah.

Hah korang pulak sarapan atau makan pagi apa hari Jumaat ni? Sharelah. 

Post a Comment

8 Comments

  1. nyummmm sedapnya bubur cha cha. selalu jumpa bubur ni kat rumah kenduri. hehe

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya lama x pekena bubur cha cha

    ReplyDelete
  3. Sedap bubur chacha ni.. Warna warni dia punya tu.. Dah lama tak makn

    ReplyDelete
  4. akak pun..tak pernah makan bubur cha cha ni..kalau bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur jagung..selalu je makan. kalau ada pilihan bubur cha cha ni, tak pilih. sian bubur cha cha. apa lah salah dia. haha.

    ReplyDelete
  5. Tekak akak mengada skit..bab bubur2 ni x suka sangat kecuali bubur jagung..hahaha...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com