Bawa Anak Anak Main di Taman Permainan Tanjung Emas


Bawa Anak Anak Main di Taman Permainan Tanjung Emas | Assalamualaikum. Hai semua! Sebelum ni Mimi ada update entry makan di gerai Tanjung Emas, Muar masa kitorang balik kampung di Sg. Rambai, Melaka. Korang boleh baca entry makan makan kitorang di bawah. 


Selepas makan, Mimi bawa anak anak main di taman permainan berhampiran. Tak sabar sabar diorang nak main. Ikutkan tak nak bagi sebab cuaca panas tapi tak nak hampakan diorang bawa jugaklah diorang main sekejap kat taman permainan tu. 

Umi dan abi jadi mandur, perhatikan anak anak dan pantau diorang main. Tak boleh leka walau sesaat. Tapi sempat juga curi masa snap gambar. 


Tak ramai pun yang main kat taman permainan masa ni. 

Auni memang suka main Monkey Climbing ni

Mimi suka dengan pemandangan sini. Langit tu nampak cantik
Masa ni cuaca memang panas dan berangin. Walaupun berangin tetap rasa berbahang. Memang tak tahan dah rasa bahang tu. Pelik betul dengan budak budak ni boleh tahan rasa bahang. 


Bukan main seronok lagi diorang dapat main gelongsor


Makn jongkang jongkit pulak



Pintu Gerbang Dataran Tanjung Emas

Lepas dah main kat taman permainan, kitorang bergambar pulak kat tanda mercu Tanjung Emas, Muar. Dulu masa datang tak ada pun tapi sekarang dah ada. Yela tempat jadi tarikan pengunjung mestilah kena ada penambahbaikan, betul tak?



Kami berempat. Adhwa selalu macam ni bila nak bergambar. Merosakkan gambar sungguh

Tak sanggup nak tengok gambar ni. Kepandaan menjadi jadi pulak
Walaupun sekejap je kat sini janji anak anak puas. Sebab apa yang diorang hajatkan, tertunai jugak. Jangan langsung tidak kan. Lagipun kalau balik Sg Rambai, memang tempat nih kitorang tuju.

Paling best waktu malam sebab meriah dengan pengunjung yang datang. Selain tu dapat juga tengok lampu lampu yang berwarna warni, main  buih belon dan kereta control. Jadi, tak kisah lah kalau sekejap je kat sini sebab lain kali boleh datang lagi bawa anak anak. Kalau singgah Muar, jangan lupa datang Dataran Tanjung Emas ni tau! Memang best! 

Post a Comment

1 Comments

  1. budak-budak kalau dah jumpa taman permainan panas ke apa bukan halangan.. janji dapat main

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com