Air Jambu Johor 318 Segar dan Sedap di Muar

Air Jambu Johor 318 Segar dan Sedap di Muar

Air Jambu Johor 318 Segsr dan Sedap di Muar | Assalamuaikum dan hai semua. Semalam Mimi dan keluarga bertolak balik ke Sg Rambai kampung suami nak hantar Aina dan Auni balik kampung. Mulanya plan asal tak nak hantar diorang balik kampung. Tali bila mak dan ayah mertua asyik tanya cucu cucu diorang tak balik kampung ke. Last last kitorang mengalah juga. Hantar balik tapi 2 mi ggu saja. Sebelum2 ni sebulan duduk kat kampung. Kali ni cukuplah 2 minggu memandangkan baju sekolah Aina tak beli lagi.

Kampung suami Mimi ni memang dah sempadan Muar. Orang kampung kat sini kalau nak shopping atau jalan jalan memang semua pergi Muar. Sebab tu masa lahirkan Aina, Mimi bersalin di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar bukan Hospital Melaka. 

Okey berbalik pada cerita asal, kitorang terus singgah Muar dulu sebab nak pergi Poliklinik nak dapatkan rawatan gatal gatal pada tangan, kaki dan badan Mimi yang makin bertambah teruk. Balik dari klinik, selang beberapa meter saja suami berhentikan kereta betul betul depan gerai jual air jambu batu dan buah jambu batu.



Dekat Muar gerai AIR JAMBU JOHOR 318 SEGAR DAN SEDAP DI MUAR ni jadi pilihan buat mereka yang suka air jambu batu dan buah jambu batu. Kira popular jugaklah apa yang suami Mimi bagitahu. Jadi, kitorang beli 3 air jambu batu special dan 5 bungkus buah jambu potong. Jumlah semua RM12 sahaja.

Bila minum airnya memang sedap tau korang. Kaw dan memang terasa sejuk di tekak. Nak nak minum time panas lit lit kan. Sebenarnya susah tau nak cati ait jambu batu yang kaw dan sedap. Pernah Mimi beli orang jual air jambu batu. Ingatkan sedap sebab nampak warna air tu kaw dan menarik perhatian. Sekali bila minum, alahai guna kordial jambu batu dan air gula semata.

Air Jambu Batu yang segar dan sedap

Jambu batu dan asam

Selain di Muar, di Seremban ada jugak air jambu batu sedap. Gerai tu terletak di tepi jalan Bukit Chedang laluan nak ke Seremban 2. Setakat ni dua gerai saja yang Mimi beli air jambu batu dan rasanya sedap dan kaw.

Hah kalau korang singgah Muar jangan lupa singgah gerai abang ni beli air jambu batu dan jambu batu yang dijual. In shaa Allah sedap. Kalau tak tahu lokasi kat mana. Call saja nombor telefon yang tertera pada sticker cawan (seperti gambar di atas) tu okay! 

7 Comments

  1. Wah sedapnya Mimi.. Kak Sue tak pernah rasa air jambu batu yang jual kat gerai. Nanti boleh lah cuba yang nie..

    ReplyDelete
  2. terliur nengok, jambu tu lak dapat yang ranggup dia punya asam pun sedap memang layan lah kan... akak pun spoil betul kalau oder air jambu batu tapi rasanya pakai kordial, terus takmo dah sianggah hheheh...

    ReplyDelete
  3. aduh.
    refreshing sungguh nampak nyer tu, mimi.
    best lah kalau dpt sedut seteguk dua.

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. area mana tu mimie

    ReplyDelete
  5. nampak sedap. kat kl ni susah nak cari orang jual jambu batu & air dia yang fresh camni. kdg risau nak beli sbb takut macam mimi cakap tu, guna kordial je. huhu.

    ReplyDelete
  6. Memang suka beli air jambu dan jambu potong kat tepi jalan macam ni..sedap dia tu lain macam...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie