Tukar Prepaid UMobile ke Unifi Mobile™
Mimie
December 04, 2019
3 Comments
Tukar Prepaid UMobile ke Unifi Mobile™ | Hai semua! Dari sehari ke sehari duk tangguh nak tukar plan telco. Mimi memnag guna dua nombor. Satu tu XOX dan satu lagi UMobile. UMobile tu Mimi guna prepaid saja. Tiap tiap bulan spend RM30 untuk beli internet unlimited GX30 tu.
Tapi sejak kebelakangan ni line UMobile makin teruk tau. Sebelum ni kalau nak download gambar di whatsapp sekejap je sekarang ni kalau nak download gambar bukan main lama lagi...loading..Kadang tu tak boleh download.
Kalau balik rumah jangan cakap line dari 4G+ terus jadi E. Menyirap je darah ni tau. Ingatkan Mimi sorang je alami masalah yang sama. Rupanya ramai yang guna UMobile alami nasib yang sama. Adik Mimi pun mengeluh. Katanya makin teruk.
Selepas fikir semasak masaknya, Mimi decide nak tukar telco UMobile ke Unifi Mobile. Tapi masih kekalkan nombor sedia ada. Sebelum ni Mimi pernah guna Unifi Mobile tapi nombor lagi satu. Masa tu pakej yang Mimi ambil RM99. Campur SST 6% kena bayar RM100++ jugak.
Semalam juga Mimi buka web unifi dan daftar plan Unifi Mobile. Mimi ambil pakej Unifi Mobile 99 unlimited tapi disebabkan ada kempen yang sedang berlangsung, pakej tu jadi 59. Kelebihannya sama macam Unifi Mobile 99 tapi bulanan saja bayar 59. Nak daftar pakej ni mudah saja. Ikut saja langkah yang diberikan.
Mula mula klik je FIND OUT MORE. Nanti akan keluar paparan macam kat bawah.
Mula mula klik je FIND OUT MORE. Nanti akan keluar paparan macam kat bawah.
Mimi pilih Unifi Mobile™ 99 tapi bayar RM59 per month dan ada kontrak selama 12 bulan. Habis kontrak masohblagi bayar jumlah yang sama. Mimi skroll ke bahagian tepi keluar paparan macam kat bawah. So, terus klik BUY NOW yang atas tu, RM59 per month.
Lepas klik BUY NOW keluar paparan macam kat bawah. Korang akan nampak upfront payment dan bahagian bawah sekali grand total payable RM100.00 tu kan?Yang tu abaikan je jangan risau tak perlu bayar upfront payment pun. Nanti klik je Select Your Number tu terus.
Keluar saja paparan macam bawah ni pilih jela sama ada nak nombor baru atau kekalkan nombor sedia ada. Macam Mimi nak kekalkan nombor sedia ada, jadi Mimi klik switch to Unifi.
Kalau pilih nombor baru, akan keluar paparan nombor nombor yang diberikan untuk korang pilih.
Selepas Mimi pilih switch to Unifi, keluar paparan isi maklumat semua seperti nama seperti dalam kad pengenalan, no kad pengenalan, nombor telefon, alamat dan sebagainya. Nanti kena isi alamat penghantaran. Pastikan sebelum isi alamat penghantaran tu, korang memang ada di alamat tersebut sebab pihak mereka akan hantar simkad korang dan akan minta no kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Wakil tak dibenarkan ambil tau. Kalau korang tak ada di alamat yang korang berikan tu, pilih saja self pick up di TM berhampiran. Kalau simkad gagal diambil dalam tempoh 7 hari, permohonan dikira batal. Dan pastikan no telefon yang korang berikan mudah dihubungi.
Macam Mimi sebab Mimi bekerja, jadi Mimi pilih alamat pejabat. Mudah nak terima sendiri.
Selepas dah isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonanan. Selesai. Lepas tu akan terpapar Order Details. Penghantaran simkad ambil masa hari. Dalam tempoh 3 hari ni tunggu sajalah simkad Unifi sampai ke tangan korang ya. Ordsr details juga akan dihantar ke email yang korang daftar. Korang akan terima email macam kat bawah ni.
Senang dan mudah saja nak mohon Unifi Mobile ni. Sekarang ni semua hujung jari. Tak perlu dah nak pergi TM berhampiran atau cari agen sah yang dilantik. Dah selesai permohonan ni senang hati dah, Mimi tunggu jelah simkad sampai. Lepas ni bye bye UMobile.