Tambah Lagi Koleksi Epik Laksamana Sunan | Novel Saifudin Jalis Kini Dalam Genggaman

Tambah Lagi Koleksi Epik Laksamana Sunan | Novel Saifudin Jalis Kini Dalam Genggaman

Assalamualaikum dan hai semua!

Yeay akhirnya bertambah lagi koleksi novel Mimi. Kali ni Mimi TAMBAH LAGI KOLEKSI EPIK LAKSAMANA SUNAN | NOVEL SAIFUDIN JALIS KINI DALAM GENGGAMAN Mimi. Lama tau korang nak tunggu sambungan cerita Laksamana Sunan ni.

Koleksi Epik Laksamana Sunan ni merupakan hasil penulisan penulis thriller no. 1 iaitu Ramlee Awang Murshid. Mimi memang  peminat RAM ni tau siap join kelab lagi. Hasil penulisan beliau memang superb! Novel Saifudin Jalis ni novel ke 9 dari koleksi Epik Laksamana Sunan. 

Sumber : Page FB RAM


Selain daripada koleksi Epik Laksamana Sunan ada lagi satu koleksi beliau yang best iaitu Anding Ayangan. Kalau baca novel beliau, seolah olah kita pun masuk sekali dalam cerita tu tau. 

Novel Saifudin Jalis ni Mimi order online. Pre order yang dibuka buat peminat koleksi epik Laksamana Sunan di page fb RAM. Mimi batch ke 3 order novel ni. Ikutkan turn pengeposan batch 3 pada 1hb Disember tapi dapat cepat pulak. Order 17 Oktober tapi semalam dah dapat.

Masih berbungkus lagi


Lupa nak bagitahu korang novel ni tak ada dijual di kedai buku Popular ke MPH dan sewaktu dengannya. Hanya dijual secara online. Rasanya pre order novel ni dah tutup. Tapi dengar dengar nak buka semula pre order di page RAM. 

Apa yang bestnya kan korang beli novel ni, dapat fridge magnet dan bookmark berbentuk keris. Yang paling best sekali ada tandatangan daripada penulis sendiri, Ramlee Awang Murshid. Setakat ni Mimi ada dua novel beliau yang siap tandatangan.

Kulit depan novel Saifudin Jalis


Ada tandatangan daripada RAM. Teruja betul

Fridge magnet dan bookmark keris. Cantik kan? 


Harga novel ni RM35 plus postage RM10, jadi jumlah Mimi bayar RM45. Kalau dah minat, harga tu tolak ketepi. Tak kisah berapa janji dapat kumpul novel epik Laksama Sunan ni. Tak sabar nak tunggu novel lain keluaran RAM. Novel novel beliau tak pernah mengecewakan bila beli. 

Siapa peminat RAM angkat tangan! Kita geng! 

Post a Comment

1 Comments

  1. Ayoyo apesai akak xtau.. nl beli jug la.. koleksi lksamna suman semua dah ad kecuali Ni.. Ni oasal nak dia kan

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com