Sarapan di Warung Bambam Kg Chedang | Assalamualaikum! Hai semua! Pagi semalam Mimi ada appointment di Klinik Kesihatan Seremban 2. Selesai appointmemt dalam pukul 8.40 pagi. Selesai appointment, suami bawa Sarapan di Warung Bambam Kg Chedang.
Sepanjang menetap di kawasan Seremban, ini pertama kali Mimi sarapan di sini. Sebelum ni sekadar lalu dan tengok saja Warung Bambam ni.
Warung Bambam Kg Chedang yang terletak di tepi jalan |
Warung Bambam ni betul betul terletak di tepi jalan. Yang tinggal di sekitar kawasan dan tahu jalan shorcut memang akan tahu kewujudan Warung Bambam ni. Kalau orang luar memang takkan tahu ada warung di sini sebab kedudukannya agak terpencil.
Ramai tau yang SARAPAN DI WARUNG BAMBAM KG CHEDANG ni. Kadang payah nak cari parking sebab sentiasa penuh.
Warung Bambam ni sentiasa penuh dengan pelanggan kerana menunya yang pelbagai pilihan tau. Macam macam ada di sini.
Atas setiap meja ada disediakan menu untuk makanan dan minuman siap dengan harga.
Semalam Mimi dan suami order untuk sarapan Set Roti Jala dengan Kuah Kari Ayam, Telur Separuh Masak, Roti Bakar Telur Goyang Cheese, Nescafe Ais dan Milo Suam. Untuk anak anak kitorang bungkuskan mee goreng dan sambal kerang.
Sementara tunggu makanan sampai kita selfie satu kali |
Set Roti Jala Dengan Kuah Kari Ayam dan Telur Separuh Masak. Telur Separuh tu untuk suami Mimi. Kuah memnag pekat dan sedap. |
Serius cakap kuah karinya memang sedap. Pekat dan pedas. Isi ayam pun banyak. Puas hati tau.
Roti Bakar Telur Goyang Cheese dan Milo Suam untuk Mimi |
Roti Bakar Telur Goyang Cheese |
Kalau ada cheese memang sejenis Mimi akan pesan sebab Mimi hantu cheese. Tambah pula dengan telur goyang lagi perghhh. ROTI BAKAR TELUR GOYANG CHEESE ni memang sedap dan terbaik rasanya. Cukup rasa masin, lemak dan manis tu. No wonder lah menu ni jadi pilihan pelanggan di sini.
Korang yang nak datang makan di Warung Bambam ni dialu alulan datang. Kalau tak oasti lokasi di mana buka saja Maps dan taip saja "WARUNG BAMBAM".
Untuk maklumat lanjut korang boleh like dan follow media sosial "WARUNG BAMBAM"
Facebook : Warung Bambam
Instagram : @warung_bambam
21 Comments
Tak pernah tau pun ada warung best macam ni...boleh la akak terjah nanti
ReplyDeletesedapppnyaa roti bakar telur goyang cheese
ReplyDeleteWow sedapnyaaa
ReplyDeleteWahh sedapnye, telur cair tu kesukaan saya tuuuu!
ReplyDeleteMimi Kg Chedang ni masuk belah mana.
ReplyDeleteWalaupun sya dibesarkan di Seremban, tapi tak tau Kg Chedang ni wujud....
Warung ni masuk JJCM TV3 kan......
nampak kedai nya pun luas tuh, memanjang kebelakang...
ReplyDeletemenu dia pun banyak betul... geram nengok roti goyang tuh
Aduh. Terus teringin dan terliur Rawlins tengok Roti Bakar Telur Goyang Cheese tu. Roti Jala dan Kuah Kari tu pun boleh layan!
ReplyDeleteUishhh sedapnya roti bakar telur goyang tu. saya mmg suka telur yg sepruh masak macam tu. dah lama jugak tak makan ni hehe
ReplyDeleteBest Dan sedap tengok roti goyang tu. Mat Drat yakin sangat, mesti sedap makanan Kat sini sebab selalu penuh je pagi pagi
ReplyDeleteWah. Terliur tgk telur goyang ni. Mesti fevret org yang dtg sana kan. Hulu langat kan tmpt ni ?
ReplyDeleteJauh kalau sis nak bersarapan kat sana..:). Tapi kalau sis ke Seremban boleh le singgah, lagi pun abang sis pun ada dok sana
ReplyDeletesuke la ray tgk suasana kt ctu. bila duduk bndr ni, rindu nak balik kampung.
ReplyDeleteroti jala tu betul-betul buat zul terliur sekarang, dah lama mengidam nak makan dengan kari ayam tu. tapi jauh lah pula nak pergi sana untuk breakfast. insha-Allah kalau sampai sana boleh singgah kedai ni
ReplyDeletemacam-macam jugak menu yang diorang ada ya. tengok pun semuanya menyelerakan. ni boleh buat lapar ni hehe
ReplyDeletenampak menarik tapi jauhnya. mana tahu satu hari ke seremban 2 boleh cuba la kan
ReplyDeletepatut la ramai orang, menu dia macam-macam ada. Pastu harga murah pulak tu. Nampak dalam menu siap ada roti stim sang kaya lagi. Jarang warung ada menu ni
ReplyDeletesedapnya tengok telur dengan roti tu..suak telur cair macm tu..makan pagi-pagi memng layan ye..Harga murah pulak..
ReplyDeletetak pernah cuba, tapi kalau ke sana boleh lah cuba nanti
ReplyDeletePergh menariknya. Kt KL ni susah nk cri sarapan sedap mcm ni. Nak try lah nnti
ReplyDeletesedap nyer.
ReplyDeleteala2 roti titab ekk tu.
feveret aida tu.
baru semlm makan french toast dan half boiled egg.
warung bambamAda sarapan biasa, iaitu nasi lemak, kuih muih, dan roti canai. Tapi yang special adalah Roti Bakar Telur Goyang. tak lupa ada roti jala dan roti stim. Roti stim ni sangat enak. tak tipu.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com