Naik Biji Biji Halus dan Gatal di Tangan

Naik Biji Biji Halus dan Gatal di Tangan | Assalamualaikum dan hai semua! Preggy kali ni macam macam Mimi hadap tau. Mula mula preggy dulu, masuk usia kandungan 2 bulan mabuk teruk. Mabuk dah hilang Mimi kena tanggung pula ptialisme atau air liur yang banyak.

Lama juga la Mimi alami ptialisme ni. Siap standby plastik kat tepi sebab asyik nak meludah dan buang air liur yang banyak. Masuk saja kandungan 6 bulan baru okey. Sekarang dah 7 bulan air liur tak banyak dah tapi still kadang kadang meludah. Ingatkan dah hilang terus rupanya ada balik. Bertabah sajalah. Salah satu cara nak kurangkan tabiat membuang air liur ni Mimi memang standby chewing gum. 

Lepas tu bukan itu saja yang Mimi alami, jerawat tumbuh banyak tau. Mula mula tumbuh kat muka, dah hilang dekat muka tumbuh kat belakang badan pula. Sampai pinggang, perut dan lengan habis tumbuh jerawat.

Biji biji halus yang di tangan kiri


Jerawat dah okey, kali ni tangan pula naik biji biji halus dan gatal gatal. Bila dah gatal memang bestlah kan menggaru saja. Mula mula tumbuh sebiji dua. Lama lama makin banyak pula timbul. 

Kat tangan kanan pun dah naik dua biji halus. Adik Mimi cakap bila Mimi menggaru air yang keluar tu yang menyebabkan ia merebak dan tumbuh kat kawasan lain. Kalau tak menggaru gatal tau korang. Bila dah garu tu nikmat tu tak terkata.

Kat tangan kanan pun dah timbul biji halus ni


Korang tahu tak NAIK BIJI BIJI HALUS DAN GATAL DI TANGAN ni punca dari apa ya...Ada yang kata kena gigit semut api, ada yang kata alahan. Pening kepala memikirkannya. Bila preggy ni macam macam pula yang timbul macam ni lah kan ujian perempuan mengandung ni. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Alahai kesinannya Mimi.. allergy ke.. mungkin Ada Makanan yktau environment yg Mimi allergy tu. Anyway mimie di tag

    http://www.mamapipie.com/2019/11/7th-anniversary-giveaway-by-atul-hamid.html

    ReplyDelete
  2. Allahu. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan kesihatan kepada keadaan baik seperti sediakala. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Mimie allergic ke...mesti gatal kan...kadang sebab sabun serbuk pun ye gak tu mimie

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com