Menu Ringkas Makan Tengahari di Hujung Minggu

Menu Ringkas Makan Tengahari di Hujung Minggu | Bila hujung mi ggu memang wajib masak sebab tak bekerja kan. Melainkan keluar jalan jalan dengan suami dan anak anak baru makan di luar. Kalau hari bekerja biasa Mimi akan masak juga tapi masak untuk makan malam lah.

Bila hujung minggu mula pening kepala fikir nak masak menu apa. Kadang apa yang tercetus dekat otak tu tak menjadi sebab bahan tak cukup. Kadang masak juga dengan bahan yang ada. Selalunya kalau nak masak Mimi akan tanya suami dulu. Kalau dia bagi idea masak apa, Mimi masaklah ikut kehendak dia. Tapi kalau dia cakap masak ajelah apa apa, memang ikut ajelah otak ni nak masak apa.

Semalam dan hari ni masak MENU RINGKAS MAKAN TENGAHARI DI HUJUNG MINGGU. Mungkin bagi ornag tak ringkas tapi bgai Mimi dah cukup ringkas sebab mudah dan jimat masa nak sediakan. Campak campak gitu, sap sap soi siap. Nak nak guna saja apa yang ada di dapur. Janji jadi. Jom tengok MRNU RINGKAS MAKAN TENGAHARI yang Mimi masak semalam dan hari ini.

Udang Masak Lemak Cili Api

Telur Dadar

Kangkung Goreng Pedas

Ikan Kembung Masak Pindang

Telur Masak Kicap

Ringkas je kan MENU MAKAN TENGAHARI DINHUJUNG MINGGU yang Mimi masak ni. Minggu lepas, Mimi masak nasi lemak, sambal sardin, ikan goreng, kicap cili dan telur dadar. Tapi tak snap gambar pun. Minggu ni je sempat snap. Minggu depan tak tahu lagi nak masak apa. Tapi masa menaip entry ni dah terfikir dah nak makan apa. Tiba tiba teringin nak makan sup ayam lepad tu ada sambal kicap kaw.. Perghhh confirm terangkat. Korang pula masak apa hujung minggu? 

Post a Comment

17 Comments

  1. Eeee sedapnya udang tu. Dah lama tak makan hehe :)

    ReplyDelete
  2. menu yang paling saya suka ialah telur..

    sedap sungguh rupaynya

    ReplyDelete
  3. sedapnya semua menu tu, comei sangat tengok udang masak lemak tu...

    ReplyDelete
  4. Menu ringkas tapi sngat menyelerakan. Lauk mcm ni le buatkan makan bertambah tambah tau

    ReplyDelete
  5. Banyaknya menu kak..semua sedap2.. Kalau tambah dgn ulam dan budu fuhh lagi bertambah2 zaza kalau makan

    ReplyDelete
  6. Ringkas pun dah banyak lauk nie.. terbaik..

    ReplyDelete
  7. uitt sedap nya menu tu, mau bertamabah nasi

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaa...masak simple2 macam ni pun dah sedap dah kan....teringin nak makan kangkung goreng belacan...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  9. Yang ringkas mcm ni la yang sedap.. Memng tabah nasi ni.. Lagi telur mask kicap tu

    ReplyDelete
  10. Ringkas pun sedap. Senang kerja masak. Janji perut terisi :)

    ReplyDelete
  11. masak pindang tu cm sedap sgt..

    ReplyDelete
  12. Wah sedapnya.. Kak Sue dah berapa hari tak masak. Dok uruskan hal niaga, nie uruskan hal anak-anak nak exam pula. Baru nak pi top up barang dapur nanti..

    ReplyDelete
  13. lauk-lauk ni memang fav bonde tau! undang lemak cili api, kangkong goreng, ikan masak pindang dan telur kicap hu hu hu buat Bonde terliur jer

    ReplyDelete
  14. Udang masak lemak tu sedapnya. Kalau weekend suka buat asam pedas.

    ReplyDelete
  15. berkeriuk perut dak mimie oii haha

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com