Wednesday, November 27, 2019

Makan Tengahari di Ashraf Station Sendayan Merchant Square

Makan Tengahari di Ashraf Station Sendayan Merchant Square | Selepas tengok wayang Frozen 2, kitorang singgah NSK beli barang dapur. Balik dari NSk dah pukul 2.15.

Mula mula suami suruh masak je dna makan di rumah. Dia nak makan ikan kerisi masak asam pedas tapi Mimi cakap nak masak boleh tapi lambat lah sebab nak rendam ikan lagi bagi lembut lepas tu nak siang lagi buang sisik bagai. 

Jadi, Mimi decide makan dekat luar saja. Malam nanti baru masak. Mula mula nak makan di kedai makan masakan Melayu di Dataran Centrio S2  tapi tutup pulak. Lepas tu nak makan dekat satu restoran Mamak yang biasa kitorang makan ni pun tutup. Last last suami cakap MAKAN TENGAHARI DI ASHRAF STATION SENDAYAN MERCHANT SQUARE aje. Sebelum pergi Mimi check dulu dekat FB Ashraf Station buka ke tak. Bila check buka, kitorang pun terus ke sana.

Credit : https://www.facebook.com/ashrafstationsendayan/


Ashraf Station ni terletak di Sendayan Merchant Square. Kira berdekatan dengan area kawasan perumahan yang Mimi tinggal. Tak dekat tak jauh sangat. 

Entah berapa kali dah makan dekat Ashraf Station ni. Tak ingat. Banyak kali datang makan kat sini. Setakat ni memang puas hati sebab menu masakan yang disediakan memang kena dengan selera tekak. Cukup rasa dan sedap. Jenis Mimi dan suami kalau sedap kitorang memang akan repeat makan berulang kali. Tapi kalau tak kena dengan selera memang sekali jela pergi. Kalau korang teringin nak makan di restoran masakan Thai sedap datang je makan di Ashraf Station. 


Ada satu sudut bersebelahan kaunter dalam restoran ada jugak jual beg. Harga murah je korang


Sampai je kat Ashraf Station Mimi order Set 2 yang berjumlah RM55. Set 2 untuk 3-4 orang makan. Set 2 ni ada 4 nasi putih, Siakap Masak Pedas, Udang Goreng Tepung, Sayur Kangkung Belacan, Tomyam Campur dan Air Sirap. Mimi tambah side dish iaitu Telur Bungkus.

Sabar menanti makanan yang dipesan sampai. Aina boleh pulak buat muka macam tu
Yeay makanan dah sampai

Setakat ni Mimi dah cuba Set 2 dan Set 3. Kalau ada menu yang korang tak nak tu boleh je tukar. Contoh sebelum ni kitorang order Set 3 ada Sup Tulang. Suami Mimi tak nak sup so dia request Tomyam Campur. Boleh je.

Tomyam Campur

Tambahan menu Telur Bungkus

Kangkung Belacan

Udang Goreng Tepung

Main Menu : Siakap Masak Pedas

Servis dekat Ashraf Station ni okay je tau korang. Taklah lama mana nak tunggu. Kalau orang tak ramai sekejap saja dah sampai. Kalau orang ramai kena tunggu lah sampai turn order kita tapi taklah tunggu sampai sejam dua kan. Servis memang okay. Puas hati. Kedai pun bersih. Yang penting makan kat sini sila sediakan cash ye. Kad debit atau kredit tak diterima. Gitu! 

Kalau korang nak singgah makan di Ashraf Station ni korang guna saja Maps dan taip Restoran Ashraf Station.

Maklumat lanjut korang boleh layari facebook Ashraf Station ni >> https://www.facebook.com/ashrafstationsendayan/

24 comments:

  1. menarik kedainya, luas kawasan makannya terutama yang di luar
    menarik siap ada jual hbeg lagi...
    harga set tu kira murah jugak bagi akak, sebab siap ada ikan siakap besar gitu lagi, dan macam-macam lauk sampingan lain

    ReplyDelete
  2. Menarik ni...boleh la akak bawak mak abah makan kat sini...sesekali tukar selera kan..

    ReplyDelete
  3. wah memang pilihan yg tepat lah bila pilih kedai ni ^_^

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Siakap Masak Pedas. paling best boleh shopping sambil tunggu makanan sampai hehe

    ReplyDelete
  5. Nampak sedp semua makann tu.. Siakap tu menggoda

    ReplyDelete
  6. Siakap masak pedas dia nampak sedap sangat lah mimi.

    ReplyDelete
  7. Udang goreng tepung tu bikin terliur... sedapnya

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap Ikan Siakap masak pedas tu Mimi.. terus rasa lapar pulak nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Tempoh hari, hampir nak terbeli rumah dekat Sendayan... bila baca artikel ini, tengok macam ada banyak je benda menarik dekat Sendayan sekarang nie

    ReplyDelete
  10. Udang tepung tu memang 4 ekor je ye? Tapi besar besar jugak kan? Saya suka deco tempat ni. Nampak kemas dan bersih. Boleh la singgah kalau ke sini.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya...Saya mmg suka lauk2 ala thai ni buat mkn tgh hari!

    ReplyDelete
  12. Siakap masak pedas tu memang mengiurkan Ya Allah.... rasa mengencesss dah dalam mulut ni..

    ReplyDelete
  13. Aduh tak pernah g area sini lagi tapi nanti jika ke sana kelak nak cari lah restoren ni nampak sedap menunya.

    ReplyDelete
  14. adoii. lapar pulak tengok semua makanan dalam gambor tu. dah la semuanya mengena dengan tekak mek yang original kelatey ni haa. thankyou kak untuk suggestion.

    ReplyDelete
  15. Memang best kalau servis tempatnya bagus dan makanannya lazat. Kalau dah tunggu berejam, Rawlins akan bangun dan tinggalkan je tempat makan. Kalau lapar, memang takleh bawa bincang kan haha

    ReplyDelete
  16. Cantik kedainya. Tomyam ni memang favourite Marina. Boleh letak dalam list ni

    ReplyDelete
  17. sgt ok harganya dgn menunya tu, mimi.
    mengenyangkan. if aida pun akan pilih yg tu.
    kedai makan nya, surrounding nyer amat selesa dan bersih, kan :)
    tu la yg pertama akan menambat hati customer utk masuk.
    terbai ashraf station.

    ReplyDelete
  18. terliur tengok tempura tu. sedap jugak menu kedai ashraf ni. bila dah lapar semua jadi berselera kan

    ReplyDelete
  19. Perghhhhh... Siakap masak pedas tu menyelerakan sungguh! Terliur nengoknya. Kedai pun nampak selesa

    ReplyDelete
  20. Owh nice. Harga pun not bad. Macam boleh cuba je makan kat sini ni.

    ReplyDelete
  21. Uish
    Siakap masak pedas myfevret tu. Nanti turun sendayan wajib cuba ni

    ReplyDelete
  22. Nasib jauh je. Hehehe. fav akak menu yang semua mimi order. Al maklumlah suka masakan tom yam. Hehehe. Kalau ke Sendayan bleh cuba. Hari tu baru balik dari X Park. Tak berkesempatan food hunting.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.