Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Rahang

Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Rahang | Assalamualaikum dan hai semua! Hari ni sekolah Aina dan Auni mengadakan majlis Hari Anugerah Cemerlang. Hari Isnin baru ni sekolah diorang adakan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar Kelas Agama Petang. Alhamdulillah, Aina dan Auni menerima hadiah untuk Kelas Agama Petang kerana peperiksaan akhir tahun untuk kelas agama mereka mendapat tempat antara nombor 1 hingga kelima. 



Untuk Hari Anugerah Cemerlang hanya kakak Aina saja yang menerima anugerah. Aina tercalon sebagai pelajar kategori matapelajaran terbaik Pendidikan Agama Islam. 

Mimi sampai awal juga. Hantar diorang pergi sekolah terus stay walaupun pendaftaran bermula pukul 8.00 pagi. Lebih kurang pukul 7.45 pagi Mimi daftar kehadiran. Lepas tu pergi kantin terus sarapan dua keping sandwich dan sebiji karipap. 

Majlis Hari Anugerah Cemerlang bermula seawal 8.45 pagi selepas kehadiran YB Mary Josephine Prittam Singh Adun Rahang. Majlis dimulakan dengan kata aluan pengacara majlis, guru besar dan juga YB Adun Rahang. Kemudian, YB menyerahkan sumbangan kepada sekolah. Seterusnya pembukaan majlis dimulakan dengan persembahan tarian oleh prasekolah dan ikuti oleh persembahan lain yang memang menarik. 

Ucapan daripada Guru Besar SK Rahang

Perasmian oleh YB Mary Josephine Prittam Singh


Selesai persembahan pelajar barulah acara penyampaian anugerah bagi pelajar pelajar terbaik dalam kelas bagi tahap 1. Kemudian sambung persembahan pelajar dan penyampaian anugerah pelajar pelajar tahap 2. Jom tengok gambar yang sempat Mimi snap sepanjang majlis.

Persembahan tarian daripada Pra Sekolah. Comel sangat diorang ni menari! 

Kakak Aina terima sijil dan plak bagi matapelajaran terbaik Pendidikan Islam darjah 3

Persembahan nasiyid pelajar tahap 2

Persembahan kumpulan rekoder. Mereka mempersembahkan lagu Tualang Tiga, Bukan Cinta Biasa dan Anta Permana

Anugerah Tokoh Bestari

Guru Kelas kakak Aina terima anugerah pencapaian 100% UPSR bagi matapelajaran apa Mimi tak ingat pula

Majlis selesai pukul 11.30 pagi. Tapi pukul 11.00 Mimi dah bawa Aina dan Auni balik sebab kesihatan Mimi yang tak mengizinkan. Petang pula nak pergi klinik.

Alhamdulillah tahun ni ada rezeki kakak Aina naik pentas lagi. Dari darjah 1 hingga sekarang dia masih kekalkan prestasi. Harap akan akan datang dia masih kekalkan prestasinya. Dan Mimi harap Auni pun akan jadikan kakaknya contoh untuk sama sama berjaya dalam pelajaran. Walaupun Auni tidak kurang bijaknya cuma belum rezeki dia naik pentas terima anugerah.

Alhamdulillah ada rezeki dia naik pentas terima anugerah pada majlis Kelas Agama Petang. Itu pun dah cukup buat Mimi bangga dengan pencapaian anak anak. Setiap anak berbeza kemahiran dan kelebihan mereka. Jadi sebagai ibu bapa Mimi dan suami kena mainkan peranan untuk pastikan mereka terus berjaya. 

Post a Comment

3 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com