Luminous Lush Moist Lipcream HAUS
Melindungi dan Merawat Bibir | Sejenis Mimi ni memang pantang betul kalau
dengar ada lipmatte atau lipcream baru yang ada di pasaran. Nak nak jenama baru
rasa tak menyabar nak cuba. Bila koleksi dah banyak sangat mulalah buntu nak
pakai yang mana satu. Dah nama pun perempuan kan.
Baru baru ni Mimi order Luminous
Lush Moist Lipcream HAUS daripada adik kawan. Sebelum beli mestilah kena cuba
dulu warna yang ada kan. Nak tengok mana warna yang cantik. Lepas tu nak tahu
serasi ke tidak. Bila dah cuba memang cantik dan serasi dengan bibir Mimi.
Walaupun banyak minum air suam tapi bibir kering juga. Yelah dah kerja duduk
dalam aircond kan faham faham jela. Nak nak cuaca pula tak menentu, memang lagi
mudah bibir tu kering. Bila cuba pakai LUMINOUS LUSH MOIST LIPCREAM HAUS ni
bibir rasa lembab je tau. Tak terlalu kering tak terlembap. Jom korang baca apa
keistimewaan Luminous Lush Moist Lipcream HAUS ni.
Luminous Lush Moist Lipcream HAUS
mengandungi 5 bahan terbaik untuk membantu melindungi dan merawat bibir yang
ada masalah. Ia juga mampu memberikan fungsi anti-kedut, anti-gelap dan
anti-kering serta merawat bibir merekah dan berdarah dengan menggunakan bahan
teknologi kosmetik Korea iaitu Hexapeptida-12. 5 bahan terbaik yang terkandung
di dalam lipcream HAUS ialah:
- Palmitoyl Hexapeptida-12
- Jojoba Esters
- Minyak Argan
- Vitamin C
- Vitamin E
10 PILIHAN WARNA CANTIK DAN MENAWAN
Luminous Lush Moist Lipcream HAUS
mempunyai 10 warna yang cantik dan menawan tau korang iaitu :
- Sweet Red
- Peach Red
- Tawny
- Purplish Pink
- Blush
- Brick
- Crimson
- Boss Pink
- Cute Pink
- Vogue
Kesemua 10 warna Lipcream HAUS ni
memang cantik. Warna yang Mimi beli baru baru ni warna Blush. Lepas ni nak
ambil warna Sweet Red pula. Dah siap order. Tambah lagi koleksi lipcream yang
ada. Memang terasa lembut je sapuan pada bibir tau. Bibir pun tak kering,
merekah dan rasa soft je tau. Memang jatuh cinta terus dengan lipcream HAUS.
Kat mana nak dapatkan Luminous
Lush Moist Lipcream HAUS? Macam Mimi, Mimi pesan saja dekat adik kawan. Senang
je. Kalau ada kawan kawan korang agen HAUS boleh saja korang pesan teruskan.
Tak pun dapatkan daripada agen berhampiran. Penghantaran sama ada melalui pos
atau pun COD. Yang belum cuba lagi lipcreamni kena cuba tau. Rugi tak cuba.
Tambah koleksi lipstick korang yang ada. Yang penting lipcream HAUS ada banyak
pilihan yang cantik dan menawan.
16 Comments
Wanita akan menyukai artikel ini. hehe. Semoga ia memberi manfaat kepada kaum wanita di luar sana.
ReplyDeletecomel lipmatte dan warna nya tu
ReplyDeleteSo coincidence I'm having crackling lips now. For sure I wanna check this out else I will be not happy with my ugly lips
ReplyDeleteLiminous ni bukan ke produk blogger jugak? Kalau tak silap mek lah. Tapi texture dan warnanya tu cantik. Paling penting khasiat daripada lip cream untuk bibir kita.
ReplyDeletelawa jugak warnanya. Tekstur pun nampak best je pakai!
ReplyDeleteNampak lembut dan betul-betul tidak kering. Kebanyakan lip matte nampak kering kan bibir? Pastu buat bibir kering. Ni nampak best lah!
ReplyDeletecantiknya warna dia..sesuai sangat dengan awak..
ReplyDeletedone follow
Kalau bab lipstik apa brNs pun kak suka try sbb suka lipstik hihi.. ni pun cantik Haus tgk haha...
ReplyDeletecantik kaler diaaa. natural2 pink gitu.. first time kite dengar brand ni..
ReplyDeleteCantik warna dia. Memang kena sangat dengan warna kulit. Pandai pilih warna.
ReplyDeletemenarik! first time dengar nama jenama ni. bolehlah saya share dengan kawan2 perempuan saya tentang produk ni.
ReplyDeleteRamai kat bagus lipstik Haus ni. Color pun cantik. Boleh lah sis cuba nanti
ReplyDeleteOrang perempuan ni suka lah bila ada lips macam ni hehehe tambah koleksi mereka lah kat atas meja makeup hehehehe orang laki tolong belikan jer bagi hadiah ok juga ni.. Cantik warnanya..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletefirst time dengar. cantik dipakai tu sis, semoga terus berjaya
ReplyDeletebyk vitamin ni. sihat bibir kalau pakai ni
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com