Friday, November 01, 2019

Luminous Lush Moist Lipcream HAUS Melindungi dan Merawat Bibir


Luminous Lush Moist Lipcream HAUS Melindungi dan Merawat Bibir | Sejenis Mimi ni memang pantang betul kalau dengar ada lipmatte atau lipcream baru yang ada di pasaran. Nak nak jenama baru rasa tak menyabar nak cuba. Bila koleksi dah banyak sangat mulalah buntu nak pakai yang mana satu. Dah nama pun perempuan kan.




Baru baru ni Mimi order Luminous Lush Moist Lipcream HAUS daripada adik kawan. Sebelum beli mestilah kena cuba dulu warna yang ada kan. Nak tengok mana warna yang cantik. Lepas tu nak tahu serasi ke tidak. Bila dah cuba memang cantik dan serasi dengan bibir Mimi. Walaupun banyak minum air suam tapi bibir kering juga. Yelah dah kerja duduk dalam aircond kan faham faham jela. Nak nak cuaca pula tak menentu, memang lagi mudah bibir tu kering. Bila cuba pakai LUMINOUS LUSH MOIST LIPCREAM HAUS ni bibir rasa lembab je tau. Tak terlalu kering tak terlembap. Jom korang baca apa keistimewaan Luminous Lush Moist Lipcream HAUS ni.

LUMINOUS LUSH MOIST LIPCREAM HAUS




Luminous Lush Moist Lipcream HAUS mengandungi 5 bahan terbaik untuk membantu melindungi dan merawat bibir yang ada masalah. Ia juga mampu memberikan fungsi anti-kedut, anti-gelap dan anti-kering serta merawat bibir merekah dan berdarah dengan menggunakan bahan teknologi kosmetik Korea iaitu Hexapeptida-12. 5 bahan terbaik yang terkandung di dalam lipcream HAUS ialah:

  • Palmitoyl Hexapeptida-12
  • Jojoba Esters
  • Minyak Argan
  • Vitamin C
  • Vitamin E


10 PILIHAN WARNA CANTIK DAN MENAWAN

Luminous Lush Moist Lipcream HAUS mempunyai 10 warna yang cantik dan menawan tau korang iaitu :

  •  Sweet Red
  • Peach Red
  • Tawny
  • Purplish Pink
  • Blush
  • Brick
  • Crimson
  • Boss Pink
  • Cute Pink
  • Vogue


Kesemua 10 warna Lipcream HAUS ni memang cantik. Warna yang Mimi beli baru baru ni warna Blush. Lepas ni nak ambil warna Sweet Red pula. Dah siap order. Tambah lagi koleksi lipcream yang ada. Memang terasa lembut je sapuan pada bibir tau. Bibir pun tak kering, merekah dan rasa soft je tau. Memang jatuh cinta terus dengan lipcream HAUS.




Kat mana nak dapatkan Luminous Lush Moist Lipcream HAUS? Macam Mimi, Mimi pesan saja dekat adik kawan. Senang je. Kalau ada kawan kawan korang agen HAUS boleh saja korang pesan teruskan. Tak pun dapatkan daripada agen berhampiran. Penghantaran sama ada melalui pos atau pun COD. Yang belum cuba lagi lipcreamni kena cuba tau. Rugi tak cuba. Tambah koleksi lipstick korang yang ada. Yang penting lipcream HAUS ada banyak pilihan yang cantik dan menawan.

16 comments:

  1. Wanita akan menyukai artikel ini. hehe. Semoga ia memberi manfaat kepada kaum wanita di luar sana.

    ReplyDelete
  2. comel lipmatte dan warna nya tu

    ReplyDelete
  3. So coincidence I'm having crackling lips now. For sure I wanna check this out else I will be not happy with my ugly lips

    ReplyDelete
  4. Liminous ni bukan ke produk blogger jugak? Kalau tak silap mek lah. Tapi texture dan warnanya tu cantik. Paling penting khasiat daripada lip cream untuk bibir kita.

    ReplyDelete
  5. lawa jugak warnanya. Tekstur pun nampak best je pakai!

    ReplyDelete
  6. Nampak lembut dan betul-betul tidak kering. Kebanyakan lip matte nampak kering kan bibir? Pastu buat bibir kering. Ni nampak best lah!

    ReplyDelete
  7. cantiknya warna dia..sesuai sangat dengan awak..
    done follow

    ReplyDelete
  8. Kalau bab lipstik apa brNs pun kak suka try sbb suka lipstik hihi.. ni pun cantik Haus tgk haha...

    ReplyDelete
  9. cantik kaler diaaa. natural2 pink gitu.. first time kite dengar brand ni..

    ReplyDelete
  10. Cantik warna dia. Memang kena sangat dengan warna kulit. Pandai pilih warna.

    ReplyDelete
  11. menarik! first time dengar nama jenama ni. bolehlah saya share dengan kawan2 perempuan saya tentang produk ni.

    ReplyDelete
  12. Ramai kat bagus lipstik Haus ni. Color pun cantik. Boleh lah sis cuba nanti

    ReplyDelete
  13. Orang perempuan ni suka lah bila ada lips macam ni hehehe tambah koleksi mereka lah kat atas meja makeup hehehehe orang laki tolong belikan jer bagi hadiah ok juga ni.. Cantik warnanya..

    ReplyDelete
  14. Warnanya menarik dan menggoda tapi, saya tak pernah try mana-mana brand kecuali maybeline untuk bibir saya coz my lips a bit sensitive.

    ReplyDelete
  15. first time dengar. cantik dipakai tu sis, semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  16. byk vitamin ni. sihat bibir kalau pakai ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.