Saturday, November 30, 2019

Koleksi Masakan Lunch dan Dinner Sepanjang Minggu Ini

Koleksi Masakan Lunch dan Dinner Sepanjang Minggu Ini | Assalamualaikum dan hai semua! Siapa kata masak itu mudah? Tak semudah disangka tau. Sebenarnya masak memang mudah yang buat tak mudah tu bila memikirkan nak masak menu apa untuk isi perut suami dan anak anak.

Nak nak dalam keadaan badan yang tak mengizinkan, memang penatlah fikir nak masak menu apa. Tanya suami nanti dijawabnya, "Masaklah apa apa." Kang kita masak ikut taste kita tak makan pulak sebab pedas ya amat hahaha. Sepanjang berkahwin dengan suami, Mimi memang masak ikut tekak dia tau. Kalau dia tanya Mimi masak apa, Mimi jawab sekian sekian dia mesti akan request menu tambahan buat sambal ketuk lah, goreng telur dadar lah.

Kadang kadang kalau dia tengok Mimi letih sangat dia buat sendiri. Tapi jangan tak tahu suami Mimi ni bukan jenis cerewet bab makan. Pernah tau Mimi masakkan telur goreng dua biji, tabur kicap kat atas telur, lepas tu buat sambal ketuk. Itu je menunya dia makan. Senang nak jaga bab makan cuma Mimi kena alert apa yang dia kurang suka dan tak boleh makan langsung. Sebab tu, Mimi lebih suka masak ikut selera dia. Mimi jenis tak kisah. Apa yang Mimi masak, Mimi makan. 

Eh eh panjang lebar pula dak Mimi ni membebel ye. Jom tengok menu yang Mimi masak untuk lunch dan dinner sepanjang minggu ni yang sempat Mimi snap. Ada yang dah lepas makan baru teringat nak snap gambar. Ini sebahagian menu jela. 

Asam Pedas Ikan Kembung Mak Mertua Style

Kacang Buncis Campur Udang 

Ikan Selar Goreng
Ikan Goreng dan Sawi Goreng Campur Fishball dan Fishcake


Kari Telur
Sambal Udang 

Sawi Goreng Campur Fishcake dan Fishball

Sambal Ketuk

Sosej Goreng

Ni antara menu masakan orang malas...hahaha..Kalau mood rajin tu datang lebih dari ni Mimi masak lepas tu meriah segala bahan Mimi masukkan. Ni Mimi masak ala kadar sajalah. Macam asam pedas tu Mimi masak ikut style mak mertua, ikutkan masak itu pun sebenarnya tak letak tomato. Tapi Mimi letak tomato sebab suka. Kalau asam pedas style keluarga Mimi masak kitorang siap letak daun kesum, bendi, tomato, lada hitam tau. Itu yang bikin terangkat.

Tapi macam Mimi bagitahu sebelum ni Mimi masak ikut taste suami. Dia dah dibesarkan dengan cara masakan mak dia, so Mimi cuba masak ikut style mak mertua. Kalau suami tak ada sebab bertugas memang Mimi masak ikut tekak Mimi lah.

Nanti Mimi kongsikan lagi menu masakan yang Mimi masak untuk next week plak. Bye! 

2 comments:

  1. Alahai sedapnya semua.menu Mimi... Lapar plk akak

    ReplyDelete
  2. kari telur.
    aida x pernah terfikir nak buat kari telur, mimi.
    ari ni aida masak ikan tenggiri masak taucu. sambal belacan tempoyak.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.