Karate Grading Day Aina dan Auni

Grading Day Aina dan Auni | Assalamualaikum dan hai semua! Sabtu lepas merupakan Karate Grading Day Aina dan Auni. Pertama kali terlibat dengan Grading Day  jadi  ni merupakan pengalaman pertama bagi Mimi dan anak anak.

Selalu pergi kelas karate pukul 8.15 pagi atau 8.30 pagi baru keluar rumah. Tapi masa Grading Day kitorang keluar awal. 7.40 pagi dah keluar. Nasib baik tempat buat Grading Day tu, Kompleks Sukan S2 dekat dengan rumah.



Masa sampai tu, ramai juga parent dan anak anak yang terlibat sampai. Sampai sampai saja Aina dan Auni kena daftar nama. Selesai daftar nama, ibu bapa dan peserta berpeluang buat ucapan dan tandatangan di bendera Malaysia yang disediakan. Mimi dan Auni pun tak nak lepaskan peluang yang diberikan.




Tunggu dalam beberapa minit baru peserta yang terlibat berkumpul dan beratur mengikut warna belt masing masing. Memandangkan Aina dan Auni baru masuk tahun ni jadi belt diorang warna putih lah.




Acara di mulakan dengan kata aluan oleh pengacara majlis dan seterusnya ucapan daripada Presiden NSKA yang banyak menerangkan tentang sistem permarkahan untuk tukar warna belt. 



Untuk tukar warna white belt ke yellow belt markah terkumpul mesti 55. Untuk green belt markah 56 hingga 86. Markah 87 ke atas pula untuk blue belt dan seterusnya. Kemudian sesi bergambar anak anak bersama tetamu VIP dan ibu bapa. 

Selesai sesi bergambar bermula sesi grading anak anak mengikut warna belt. Untuk permulaan, semua peserta grading buat warming up dulu. Kemudian barulah semua peserta white belt  di ajar step karate yang dikendalikan oleh dua orang pengajar black belt. 




Kemudian, setiap peserta dipanggil keluar berbaris berlima dan tunjuk kemahiran yang mereka pelajari di kelas mengikut arahan yang diberikan.

Alhamdulillah Aina dan Auni memang buat betul betul. Sebelum diorang mula grading tadi Mimi dah bagi kata kata semangat yang diorang boleh. Syukur juga antara ramai peserta white belt, Aina dan Auni antara 7 peserta yang terbaik.

Lebih kurang puku; 11.30 pagi kitorang balik dah. Mass balik ni giliran peserta green belt dan blue belt baru nak mula. Memandangkan white belt dah selesai, kitorang balik dulu sebab keputusan grading akan dimaklum oleh sir yang mengajar di kelass karate nanti. Berdebar pula tunggu warna belt Aina dan Auni nanti. Difahamkan warna belt yang diberikan bergantung kepada jumlah mata yang terkumpul.

Post a Comment

6 Comments

  1. singgah isnin
    sory hr nie bz x dan blogwalking

    ReplyDelete
  2. menarik.... lagi best bila dapat join sekali dua beradik

    ReplyDelete
  3. menarik ye bg pengalaman baru untuk anak2

    ReplyDelete
  4. bestnya...nasib la kakak dania x minat karate ni...kalau tak sure banyak programnya...actually bagus anak- anak gadis ada seni pertahankan diri mcm ni...

    ReplyDelete
  5. seronok kalau pergi grading day ni. anak bujang sisyat pun ada grading day 30.11 nanti.. :-)

    ReplyDelete
  6. tahniah Aina dan Auni wah jgn main2 dgn depa ni

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com