Wednesday, November 27, 2019

Frozen 2 Membongkar Rahsia Kuasa Elsa serta Keturunan Elsa dan Anna

Frozen 2 Membongkar Rahsia Kuasa Elsa serta Keturunan Elsa dan Anna | Assalamualaikum dan hai semua! Ahad lepas Mimi sekeluarga tonton wayang movie Frozen 2. Dah janji dengan anak anak kenalah tunaikan.

Mimi book thru online dan ambil twin seat 2. Jumlah kena bayar RM42.00. Satu twin seat RM20 plus booking fee RM2. Macam mana Mimi dapat murah tentulah Mimi book waktu pagi. Waktu tayangan pagi harga tiket memang murah. Mimi book tayangan pukul 11.20 pagi. Kitorang sampai pukul 11.05 pagi.



Sampai je terus order popcorn dan soft drinks. Mimi ambil pakej Family Combo. Dapat dua kotak besar popcorn dan 4 air. Jumlah semua RM34.++. Tak ingat pulak exact amount.

Sebelum masuk hall


Mimi tengok wayang di TGV Aeon S2 je. Kira paling dekat dengan rumah. Nak pergi Palm Mall bercinta sikit. Tapi sayanglah di TGV tak ada pun prop Frozen 2. Kalau ada memang dah bergambar sakan.

Prop tak ada snap poster digital pun boleh

Wefie sebelum tayangan bermula

Wefie dulu sebelum Frozen 2 start


Sinopsis Frozen 2 

Sebelum tengok Frozen 2, Mimi ada juga baca beberapa spoiler mengatakan Frozen 2 tak best. Tak sehebat Frozen 1. Mula mula nak cancel juga tengok Frozen 2 tapi dah janji dengan anak anak, tunaikan juga permintaan diorang. 

Selepas tengok Frozen 2, so far not bad lah jalan cerita Frozen 2. Cuma Mimi akui, Mimi bosan sikit je sebab sekejap sekejap menyanyi. Boleh je ada nyanyi nyanyi dalam movie tapi bukan sekejap sekejap menyanyi kan. Itu je lah yang ganggu sikit konsentrasi Mimi.

So far jalan cerita Frozen 2 memang best. Sebab Frozen 2 ni kesinambungan Frozen 1 di mana Elsa diganggu oleh satu suara misteri memanggilnya. Keinginan Elsa untuk mencari empunya suara tu yang membawa Elsa dan Anna mengembara mencari misteri tersebut. Dari suara misteri tu lah terbongkar rahsia dari mana Elsa dapat kuasa dan asal usul keturunan Elsa dan Anna. 

Nak tahu selanjutnya apa yang akan berlaku seterusnya, korang kenalah tonton Frozen 2. Nanti Mimi kongsi lebih lebih kena marah pula hahaha. Untuk movie Frozen 2 Mimi bagi 8/10. So far okay je jalan cerita Frozen 2 ni. Ada lawak ada sedih. Asalkan anak anak happy dan suka Frozen 2.

9 comments:

  1. seronoklah ank-anak dapat isi masa cuti ni bersama family tonton citer kegemaran mereka pula tu

    ReplyDelete
  2. Best jer citer dia...gambar pun cantik2 kan..hutan misteri tu pun cantik giler..

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya mimi dah tengok. Ana x tau bila nk g wayang ni.

    ReplyDelete
  4. cerita semakin deep. bestnya alahaii

    ReplyDelete
  5. Wah dh tengok.. Nad mungkin tak dpt tgk kat wayang.. Tunggu jela tgk dekat mana2 nnati.. Heehe..

    ReplyDelete
  6. this weekend mcm nak bwk anak2 dan anak2 buah gi tgk.
    best ke tak, nak kena tgk sendiri jugak, kan :)

    ReplyDelete
  7. Akk dh tgk, memang cirit a ni kena dgn jiwa anak perempuan. Terbaik pengarah!!

    ReplyDelete
  8. Kak Sue belum tengok lagi, tak ada geng.. hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.