Details Scan di Klinik Pakar Wanita Rekha Seremban

Details Scan di Klinik Pakar Wanita Rekha Seremban | Hai semua! Bila mengandung ni perkara pertama yang ibu ibu teruja nak buat mestilah scan bayi yang dikandungkan. Kandungan sebelum ni Mimi hanya scan biasa saja. Tak pernah buat details scan. Untuk kandungan kali kelima ni tiba tiba tergerak hati nak buat details scan. Mimi nak buat  sebab terbaca satu artikel ni mengenai kepentingan details scan pada kandungan untuk kita tahu sama ada kandungan sihat dan normal ataupun tidak. Tambahan pula kandungan kali ni Mimi banyak stress dan emosi tak menentu, takut juga beri kesan pada tumbesaran bayi dalam kandungan.

Jadi, pagi semalam Mimi decide buat details scan di klinik swasta di kawasan Seremban. Berdekatan dengan pejabat. Pagi tu Mimi masuk pejabat dulu. Pukul 8.30 pagi baru keluar pejabat pergi ke klinik. Klinik yang Mimi pilih untuk buat detail scan ialah KLINIK PAKAR WANITA REKHA SEREMBAN. Kawan kawan pun syorkan buat details scan di klinik ni.



Details Scan di Klinik Pakar Wanita Rekha Seremban

Mimi sampai seawal jam 8.55 pagi nak buat DETAILS SCAN DI KLINIK PAKAR WANITA REKHA SEREMBAN. Masa tu klinik tak buka lagi. Bila dah buka macam biasalah daftar dulu di kaunter. Selepas beberapa maklumat penting di ambil, petugas di kaunter minta Mimi menunggu di ruangan menunggu sebab doktor akan sampai pukul 10.00 pagi. pukul 10.24 pagi nama Mimi di panggil masuk ke bilik doktor. Doktor Rekha ambil beberapa maklumat penting berkenaan dengan kandungan. Bila tarikh akhir datang bulan, kandungan ke berapa, tarikh dijangka bersalin dan bilangan anak yang sedia ada. Setelah maklumat penting di ambil, Mimi di minta masuk ke bilik Consultation di sebelah bilik doktor untuk scan.

Sebelum doktor buat details scan, petugas minta Mimi baring ke atas katil yang disediakan. Petugas klinik masukkan beberapa maklumat penting yang Mimi berikan. Segala maklumat yang dimasukkan Mimi boleh tengok sebab ada skrin yang disediakan di hadapan untuk mudah kita lihat apa yang terpapar di skrin.


Sebelum mula detail scan, selfie dulu! 

Lepas dah masukkan beberapa maklumat, petugas beritahu doktor akan masuk sekejap lagi, dia pun terus keluar. Beberapa minit lepas tu, doktor masuk untuk mulakan details scan. Doktor akan scan dari semua sudut tau. Mula mula dia scan menggunakan 2D kemudian bila dia nak bagi Mimi tengok dia akan tukar pada 3D. Jadi, Mimi boleh lihat dengan jelas dan terang keadaaan baby dalam kandungan. Teruja sangat bila tengok baby tau. Doktor puji baby comel, hidung mancung. Mimi jawab baby ikut ayah dia hidung mancung. Bila tengok muka baby sama macam muka kakak Auni dia pula. Tiba tiba rasa tak sabar nak tunggu baby lahir. 

Alhamdulillah fizikal baby sempurna cukup sifat semua. Jantung, saluran tali pusat, tulang, tangan kaki, jari jemari semua alhamdulillah normal. Cuma doktor ada cakap baby Mimi kecil sikit dari sepatutnya. Tapi takpelah asalkan baby normal dan sihat tuh dah cukup. Ikut tarikh dijangka bersalin yang diberikan doktor Klinik Kesihatan ialah 20.02.2020 tapi tarikh dijangka bersalin dari klinik Rekha ialah 22.02.2020. Beza tarikh tak jauh bezakan.

Selesai details scan doktor print out semua maklumat scan pada kertas dan scan muka baby. Rasa teruja tengok muka baby tau. Tak sabar nak tunggu baby lahir dan gomol gomol. 

Bila masa yangs sesuai untuk buat details scan ni? Masa yang sesuai untuk detail scan yang disyorkan ialah semasa kandungan berusia 18 minggu hingga 24 minggu. Tapi masa Mimi buat detail scan kandungan Mimi berusia 25 minggu, doktor kata masih boleh lagi. Kalau dah cecah 28 minggu ke atas agak susah sikit nak buat. Tapi bergantung pada doktor jugalah kan. kalau dia cakap boleh, teruskan sajalah. Tapi seeloknya dibuat semasa kandungan berusia seperti yang Mimi nyatakan tadi. 

Oh ya mungkin ada yang nak tahu berapa bayaran yang dikenakan untuk DETAIL SCAN DI KLINIK PAKAR WANITA REKHA SEREMBAN ni. Bayaran yang dikenakan ialah RM130.00. Kalau nak buat detail scan memang korang kena melabur sedikit duit sebab detail scan memang mahal dari harga scan biasa. Tengok klinik juga. Sekurang kurangnya standby dalam RM200.00. Mimi memang standby RM200.00 untuk details scan tapi bila jumlah yang Mimi bayar hanya RM130.00 kira okeylah kan.

Buat korang ibu ibu yang sedang mengandung, digalakkan buat details scan ni untuk mengetahui keadaan bayi dalam kandungan sama ada bayi normal atau tidak. Mana tahu kandungan bermasalah sekurang kurangnya ia membantu kita sebagai ibu bapa membuat persediaan awal dan juga tindakan sewajarnya yang perlu diambil untuk kesihatan bayi. Bila kandungan bermasalah korang akan dirujuk pada pakar untuk tindakan selanjutnya. Sebelum nak buat details scan memang kita akan rasa risau dan tak senang duduk tapi demi kebaikan bayi kena jugalah buat. Tapi terpulang pada masing masing sama ada nak buat atau tidak.

Korang doakan semoga urusan bersalin Mimi dipermudahkan nanti ya. Mimi doakan kawan kawan blogger yang mengandung juga dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti.

Post a Comment

24 Comments

  1. Seronoknya kakak2 nak dapat adik ni...adhwa plak acaner..teruja tak? almaklum la dia kan agak maja ngan umi dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi bertambah manja kak.. Bertambah tambah sangat.. Mengada ngada... Tapi kalau tengok dia, dia memang suka baby

      Delete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan bersalin, berpantang, menyusukan dan seterusnya :D
    aamiin aamiin aamiin

    ReplyDelete
  3. Jadi apa laginibu ibu yang mengandung di kawasan ni boleh lah ke klinikini ya. Harga pun mampu bayar.

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan!! bagus details scan ni, apa-apa bole detact dari awal.

    ReplyDelete
  5. Tahniah puan. Tak pernah lagi detail scan. Boleh tahan jugak harganya ya. Jaga diri Baik2. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diperkenankan segala yang dipinta. Amin

    ReplyDelete
  6. Mmg penting scan. Akk semua anak buat details scan sehingga ke 5d utk Daim

    ReplyDelete
  7. Tahniah sis. Take care of your health. Semoga dipermudahkan segala urusan ya.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah semoga semuanya dimudahkan ye mimie

    ReplyDelete
  9. Hee syioknya nak Dapat baby baru.. Tahniah mimi.. Take care ya...

    ReplyDelete
  10. Klinik Pakar Rekha ni memang femes sejak dulu lagi. Rmai juga kawan-kawan yg suggest Pakar Klinik ni untuk masalah Puan

    ReplyDelete
  11. Wahh due kite dekat je. Ena 26/2/2020 hehe. Tp tak harap sgt ikut due ni sbb dlu ank first 17/9 sekali beranak 30/8. Hehe. Kena standby je dri awl. Scan details aritu baby sorok la. Nak main surprise kot 😂😂

    ReplyDelete
  12. Semoga selamat semuanya. Cantik tarikh due tu. Seronoknya nak dapat baby.

    ReplyDelete
  13. Wahhh kandungan kelima dah yer. Semoga kandungan akak terus sihat dan selamat sampailah ke hari kelahiran. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  14. tahniah mimi , saya doakan semoga kendungan bearda dalam keadaaan yang baik dan semoga selamat melahirkan juga ...tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  15. Wahhh seronoknya. Nora pun pernah buat scan dekat klinik rekha. Pernah juga checkup lain2 di sini. Pape pun tahniah mimi

    ReplyDelete
  16. Tahniah, muga dipermudahkan segalanya hingga baby selamat dilahirkan. Jaga diri dan juga kandungan ya.

    ReplyDelete
  17. moga semuanya dipermudahkan..take care...mesti excited kan nak dapat ahli baru ..mmg nampak keterujaan di situ

    ReplyDelete
  18. Wah cantik EDD tu mimi..geng bulan 2 lah nampaknya baby tu nanti..semoga dipermudahkan segala urusan mimi.amin.

    ReplyDelete
  19. Emi awal bulan depan buat detail scan, hihi. Tak sabar pulak rasanya. Emi edd bulan 4, sehari sebelum puasa. Semoga dipermudahkan proses bersalin nanti ye.

    ReplyDelete
  20. Tahniah sis Mimi Azirah... semoga dipermudahkan ya untuk kandungan kali kelima ini... take cara of yourself and the baby ya... bagusnya bukak 24 hours kliniknya... tak payah nak risau nak kena amik cuti la, kerja takde sape nak cover la kan... nevertheless, may you have a great moment within this pregnancy journey ya...

    ReplyDelete
  21. Salam puan, boleh sy tanya..berapa kos bersalin dkt klinik rekha ni ye? Normal atau czer. Terimakasih sudi jawap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya baru perasan komen ni. Harga bersalin di klinik rekha sy tak pasti lah puan. Better petgi ke klinik Rekha dan tanya sendiri pada mereka 😊

      Delete
  22. Salam puan, boleh sy tanya..berapa kos bersalin dkt klinik rekha ni ye? Normal atau czer. Terimakasih sudi jawap..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com