Wednesday, November 06, 2019

Cara Menangani Stress Dengan Bijak

Cara Menangani Stress Dengan Bijak | Hai korang! Bercakap mengenai stress ni, rasanya semua orang ada stress. Sama ada stress tu di tahap yang terkawal atau tidak. Bohonglah kalau cakap diri tu tak pernah stress kan? Tak banyak, sikit pun akan rasa stress. 

Apa itu stress? Menurut Dr. Hans Selye pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikan sebagai "suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan sesuatu bebanan yang menimpanya." (rujukan : www.drdanial.faithweb.com)


Macam Mimi sendiri pun merasa juga stress. Kebanyakan stress berpunca dari tempat kerja. Setakat ni kerja memang tak ada masalah tapi keadaan sekeliling tu yang menyebabkan Mimi stress. Yelah bila hari hari mengadap beberapa orang yang bersikap negatif, siapa tak stress. Bila stress, mulalah nak makan makan makan. Dah kurang stress mula rasa menyesal sebab makan tak ingat dunia. Hahaha... Sebab tu seboleh boleh Mimi cuba elakkan diri daripada stress. Sebab bila stress Mimi mulalah nak lepaskan marah tu pada orang yang tak sepatutnya. Mimi bukan jenis yang suka marah orang sebab memang tak berapa suka nak marah. Kalau marah tu adalah yang tak kena. Nasib baik suami faham. 

Jadi, cara Mimi menangani stress ialah Mimi cuba sesuatu yang memberi keseronokan dan kegembiraan pada diri sendiri. Sebagai contoh Mimi akan pakai earphone dan mainkan lagu lagu kegemaran. Selalunya dengar lagu hindustan lah. Lantaklah orang nak membawang ke, panggil Mimi memang tak ku hirau sebab tak dengar.

Selain daripada tu, kalau di pejabat Mimi dah stress sangat, Mimi akan merayau dari tingkat 9 pergi ke tingkat 8 cari kawan borak borak kosong. Tak nak layan sangat stress tu. Kadang kadang whatsapp suami atau bff luah perasaan. Sekurang kurangnya rasa lega sikit apa yang kita rasa.

Ada masanya Mimi akan tidur. Bila tidur, lepas bangun tu rasa fresh sangat. Terus lupa apa yang buat Mimi jadi stress. Tu cara Mimi tangani stress. Ada juga cara lain yang lebih baik dan bagus dari cara Mimi ni. 

Buat korang yang stress ada CARA MENANGANI STRESS DENGAN BIJAK tau. Cara bijak menangani stress dengan mengamalkan 10B. Apa 10B tu? 10B yang dimaksudkan seperti berikut : 

🌸 Bersyukur
🌸 Bernafas dengan teratur
🌸 Bicara Diri
🌸 Beribadat
🌸 Berkongsi perasaan
🌸 Berehat dan berurut
🌸 Beriadah
🌸 Bersenam
🌸 Berfikiran positif
🌸 Mendengar muzik

Hah ni cara yang efektif CARA MENANGANI STRESS DENGAN BIJAK seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Harap korang yang stress dapat atasi stress dengan mengamalkan 10B seperti yang dikongsikan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat korang. 

28 comments:

  1. Sama la ngan akak ni ha...stress je manjang...kat opis ok je..stress kat rumah sewa..apapun...kena bijak tangani stress and kalau biarkan takut nanti jadi penyakit...

    ReplyDelete
  2. Good sharing Mimie.. Kak Sue pun kalau stress sama macam Mimie buat juga..

    ReplyDelete
  3. Hati2 dengan stress. Takut membawa ke depression. Huhuhu.

    ReplyDelete
  4. banyak punca stress tu, kita pun kene kenal pasti apa punca-punca nya... jangan dah nampak tanda-tanda tapi buat tak tau, susah nanti

    ReplyDelete
  5. I am completely concurred with this article and i simply need say this article is exceptionally pleasant and extremely instructive article. This is Pictame Online Instagram User Posts and Story web viewer.

    ReplyDelete
  6. stress ni sangat menakutkan. sebab kang dilepaskan kat tempat tak sepatutnya. anak2 ke camtu :(

    ReplyDelete
  7. This is the suitable blog for anybody who needs to seek out out about this topic. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more. ...

    ReplyDelete
  8. Errrr..cara saya x tergolong dlm list tu.stress saya makan.bila knyg,happy!hahaha

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
  9. Rawlins akan pergi gym pastu lari selama 1 jam, join kelas menari dan last sekali masuk sauna. Pastu mandi shower air sejuk lama2. Terasa bahagia.

    Kalau tak, akan layan movie kat cinema sengsorang.

    ReplyDelete
  10. Tips yang sangat bagus dan bertepatan untuk menangani stress. Biasalah kita pun manusia biasa. Kita tak boleh ubah benda lain tapi kita boleh kawal diri kita kan?

    ReplyDelete
  11. Good sharing Mimi, thank you :) Cara saya hilangkan stress pulak, mesti nak kena sibukkan diri baru la tak fikir sangat pasal hal yang menyebabkan stress tu hehe. Btw, stress memang tak bagus untuk kesihatan kan.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih.. Masyarakat sekarang tidak terlepas daripada stress di pelbagai lapangan kerja. Dengan Agama kita akan selamat daripada stress.

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya 9B1M haha sebab nom 10 tu start dgn abjad M bukan B huhu.. apa pun jgn stress fkkir ya hihi...

    ReplyDelete
  14. This year banyak kali I kena stress yang berat. Sometimes macam nak skip kerja and stay at home. Jadi grumpy for the whole day. Selalunya stress drag energy sampai tak menentu. Ada masanya I feel annoyed dengan many things. But most of time kita yang nak deal dgn diri sendiri. That’s why dari stress ni, I got to learn how to balance between the important dan yang tak necessary.

    ReplyDelete
  15. Wahhh terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni. Iyalah dengan tekanan ekonomi yang menekan, stres memang banyak terjadi apatah lagi di tempat kerja kan. Apapun kalau saya stres, saya suka cari distraction supaya boleh lupakan sekejap stres tu. Contohnya, tonton movie atau travel! Woohoo!

    ReplyDelete
  16. Terima kasih dah berkongsi tips ni.boleh la saya amalkan dari sekarang sebab saya selalu stress lagi-lagi bila duduk sorang kat rumah.tak ada kawan berbual.

    ReplyDelete
  17. baguslah tips yang mimi kongsikan, buat masa nih masih boleh kawal stress nih, esok lusa tak tahulah macam mana.. moga jiwa kita sentiasa tenang InsyaAllah

    ReplyDelete
  18. Memang kena alert lebih bila stress ni sebab kalau diri sendiri tak dapat kawal risau macam-macam benda boleh jadi

    ReplyDelete
  19. Stress ni memang tak dapat dielakkan..yang duduk rumah ni pun ada stress dia..hehee..nad pun macm mimi..bila stress dgr lagu atau tidur..kita kene buat sesuatu supaya stress ni tak jadi teruk

    ReplyDelete
  20. Thank you untuk tips ni. I memang lately asyik stress je, kadang2 sampai malas nak fikir terus makan. I jenis suka makan kalau stress, lepas tu complain badan tak kurus-kurus. Bolehlah lepas ni I amalakan tips yang you share ni.

    ReplyDelete
  21. Wah bagus la entry ni. Lately ni ada jugak stress sikit. Boleh la try tips ni.

    ReplyDelete
  22. Take care mimi.. Jangan stress2 Sgt mimi.. Lagi2 tgh pregnant ni kan.. Kami masa kerja dlu pun reja stress ja kt tmpt reja sampai burn out...

    ReplyDelete
  23. Sama la kita kak... Sometimes bila stress tu orang xtau apa kita rasa... Kadang orang anggap kita ni overthinking sgt. Atleast jd pendengar dh memadai. Kdg2 kita pun cuba gembirakan hati & diri ni dr pk mslh tersebut..

    ReplyDelete
  24. stress ni mmg kita kena pandai tangani kalau nanti makan diri kan

    ReplyDelete
  25. Tips yang bagus. Saya kalau stress suka dengar lagu, bersyukur n bicara diri

    ReplyDelete
  26. Bagus Mimi mampu urus stress. Dan tips yang di share juga sangat bermanfaat. Akak pula kalau stress suka menulis. Tulis cite seram. Haa... watak yang cari pasal ngan akak, akak akan letak sebagai hantu. Hahaha... Lain orang lain caranya. Tapi buatlah sesuatu untuk kurangkan stress yang di alami.

    ReplyDelete
  27. thanks for sharing. biasanya kalau mek stress mek akan kenal pasti dulu apa puncanya. kalau boleh lupa so lupa. kalau tak boleh mek akan ignore. tapi kalau meletup ada gak kadang terlepas. huhu.

    ReplyDelete
  28. terima kasih atas perkongsian. sememangnya sekarang nipun saya selalu jugak stress. apa yang saya buat adalah dengan menonton video kucing haha. terus hilang stress. satu lagi saya selalu bila stress , terus tido. tapi bila bangun stress tu dtg balik.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.