Cara Buat Putu Mayam atau Idiyappam

Cara Buat Putu Mayam atau Idiyappam | Putu mayam atau Idiyappam?  Di kalangan masyarakat Melayu sendiri lebih dikenali sebagai putu mayam. Siapa suka makan putu mayam mesti kenal macam mana rupa dan tekstur putu mayam tu sendiri. Apa itu putu mayam atau Idiyappam?

PUTU MAYAM atau IDIYAPPAM ialah hidangan mi nasi yang berasal dari India Selatan dan Sri Lanka. Ia terdiri daripada tepung beras yang ditekan ke dalam bentuk mi dan kemudian dikukus. Makanan yang popular di Sri Lanka ini mula tersebar ke Asia Tenggara di mana ia dipanggil putu mayam di Malaysia dan putu mayang dalam bahasa Indonesia. Kadang kala ia juga dipanggil tali hopper dalam bahasa Inggeris. 


Putu Mayam Makanan Kegemaran Sejak Kecil

Kalau imbas semula zaman kanak kanak dulu, putu mayam ni lah jadi makanan pilihan Mimi untuk minum petang. Masa zaman sekolah rendah, setiap petang ada seorang uncle Indian datang naik motor bunyikan hon keliling kawasan perumahan jual putu mayam. Mama Mimi memang akan beli setiap petang sebab jadi favourite kami sekeluarga. 

Sampailah dewasa ni memang jadi favourite Mimi. Kalau dulu dulu kebanyakan yang jual putu mayam ni memang uncle Indian sekarang ni dah ramai peniaga Melayu jual putu mayam. Sekarang lagi mudah nak cari. Ada dijual di pasar malam atau bazar Ramadhan.

Petang semalam balik dari kerja memnag rehat sekejap luruskan pinggang. Maklumlah badan dah macam "panda" ni memang serba serbi sakitnya. Kebetulan suami pun balik juga dari kerja. Anak anak seronok main dekat luar rumah. Sekali tengok sunyi sepi masing masing. Tak tahulah mana suami bawa anak anak. 

Bila diorang balik, anak yang sulung cakap abinya bawa pergi pasar malam di kawasan perumahan Mimi ni. Kita okey jelah kan. Kepala otak pun duk fikir nak masak menu apa untuk dinner nanti. Sekali suami panggil makan putu mayam. Kemain banyak dia beli dua bekas polisterin. Satu warna putih satu warna hijau. Dah semua makan putu mayam tak rugi beli kan. 


Ada juga Mimi google CARA BUAT PUTU MAYAM ATAU IDIYAPPAM ni tapi mood nak buat tu tak ada. Bila teringin nak makan tu yang jenuh nak cari kan. Nak buat malas pula. Ikutkan resipi cara buat putu mayam atau idiyappam ni taklah susah mana pun. 

Cara Buat Putu Mayam atau Idiyappam

1 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil garam

Cara buat putu mayam atau idiyappam ni sennag saja tau korang. Masukkan minyak ke dalam air dan panaskan hingga mendidih. Bila dah mendidih tutup api. Kemudian pada mangkuk berasingan gaulkan tepung beras dan garam sebati. Kemudian masukkan air panas bercampur minyak tadi perlahan lahan ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.

Kalau ada acuan maruku lagi senang korang nak buat putu mayam. Masuk dalam acuan maruku pilih lubang palingbjecil dan putar jadi bentuk bulatan atas daun pisang. Kemudian boleh kukus dalam 2 hingga 3 minit. Dah siap korang boleh angkat putu mayam dan di makan bersama sama dengan kelapa parut dan gula merah atau gula Melaka.

Kalau tak ada acuan Maruku boleh aje guna botol yang di bahagian penutup ada lubang kecil takpun boleh aje DIY sendiri kan. Senang saja nak buat putu mayam ni kan? Tapi tu lah bila mood nak buat tu tak ada memang senang kerja beli sajalah di pasar malam. 

Post a Comment

5 Comments

  1. suka makan putu mayam n putu piring je.. putu bambu tak suka..
    hehe rajin buat sendiri. kaloo CT tak menjadi lew keras bab2 buat kuih ni..

    ReplyDelete
  2. wah..sedap ni..lama xmkn..:)

    ReplyDelete
  3. Suka makan putu mayam tp x pandai la buat sendiri..dapat yg lembut dan delapa yg segar sekali ngan gula dia tu...huiiii....leka makan...akak suka makan panas2..selalu beli kat babu yg bawak motor masuk taman...

    ReplyDelete
  4. Kena tunggu rajin baru boleh buat kan. sedapnya, macam lama dah tak makan putu mayam ni

    ReplyDelete
  5. waa.. akak x penah buat lagi putu mayam sendiri

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com