Saturday, November 09, 2019

Beli Buku Koleksi Kuiz Minda Bestari dan The Little Mermaid

Beli Buku Koleksi Kuiz Minda Bestari dan The Little Mermaid | Hai semua! Semalam balik dari kerja, ajak Aina dan Auni teman pergi Aeon S2 nak beli novel. Dulu selalu beli novel sekarang ni jarang beli. Bila beli tak tahu bila nak bacanya. Mood membaca tu tak sampai. Tapi rasanya novel novel yang belum baca lagi tu memang Mimi baca masa pantang nanti.

Mula mula memang niat nak beli novel lepas tu Aina dan Auni pun cakap nak buku juga. So, beli jela buku yang diorang nak.



Mimi memang beri anak anak kebebasan nak beli buku yang diorang suka. Pilih punya pilih, diorang decide NAK BELI BUKU KOLEKSI KUIZ MINDA BESTARI DAN THE LITTLE MERMAID.

Buku Koleksi Kuiz Minda Bestari buku pilihan Aina manakala The Little Mermaid buku pilihan Auni. Aina ni kalau setiap kali beli buku memang dia suka pilih buki yang ada teka silang kata, cari kata dan sudoku. Katanya uji otak dia supaya rajin berfikir. 



Auni pula suka buku cerita tapi kadang kadang dia join sekali dengan kakak dia cari kata dan buat teka silang kata. 



Alhamdulillah anak anak suka dengan buku. Mimi memang tak pernah paksa. Diorang sendiri yang suka. Tak perlu pening kepala nak paksa diorang baca buku ke apa sebab minat tu datang sendiri. Mungkin menurun daripada Mimi juga sebab dari kecil Mimi memang ulat buku. Ni apa yang family Mimi berithau lah. 

Bertambah lagi koleksi buku diorang. Nampak gaya kena beli rak buku untuk diorang sebab rak buku ummi dah penuh dengan novel dan buku bacaan yang lain.

2 comments:

  1. Aina dan auni nak dapat adik ye. Semoga dipermudahkan urusan ye kak

    ReplyDelete
  2. Seksi sangat little mermaid kan 😅

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.