5 Sebab Kenapa Contact Lens Brand Barbie Eyesland Jadi Pilihan

5 Sebab Kenapa Contact Lens Brand Barbie Eyesland Jadi Pilihan | Hai semua! Mana yang kenal seorang Mimi memang tahulah Mimi memang rabun jauh. Mimi mula pakai cermin mata selepas dah bekerja. Mungkin kerja terlalu mengadap komputer tu yang jadi punca rabun. Mimi dapat detect rabun jauh masa buat full check up untuk masuk kerja kerajaan. Masa tu baru tahu dah rabun jauh tapi waktu tu power rabun tak teruk sangat. Sekarang ni dah 275 kiri kanan.

Bila dah rabun memang kenalah buat cermin mata ye tak. Kalau tak memang orang duk senyum ke apa memang takkan dibalas. Dah banyak kali kena  dicop sombong sebab orang senyum kita tak balas. Hahaha.. Bukan sombong tapi tak nampak. Tapi sejenis Mimi ni kadang rasa rimas tau pakai cermin mata. Nak nak bila pakai mekap, melekat mekap kat bingkai di bahagian hidung tu. Jadi, solutionnya Mimi selesa pakai contact lens. Tapi nak pakai contact lens perlukan disiplin yang tinggi tau. Cukup masa kena tanggalkan contact lens. Kalau dibiarkan boleh rosak mata. 

Selalunya contact lens transparent dan berwarna jadi pilihan Mimi. Kalau yang berwarna Mimi suka pilih warna yang hampir sama dengan warna anak mata Mimi yang dark chocolate. Line bahagian luar anak Mimi warnanya lagi gelap seperti warna hitam. Kalau nak kelainan sikit Mimi pilih warna hitam atau kelabu. Selalu tiga warna ni jadi pilihan utama. Sekarang ni Mimi lebih suka dan selesa pakai CONTACT LENS BARBIE EYESLAND. Nak tahu SEBAB KENAPA CONTACT LENS BARBIE EYESLAND JADI PILIHAN jom baca selanjutnya.



5 SEBAB KENAPA CONTACT LENS BARBIE EYESLAND JADI PILIHAN

Bila nak beli contact lens kita kena tahu apa yang serasi dan tak serasi dengan mata kan. Kadang nak beli contact lens dari luar negara yang murah sangat pun jadi takut. Tapi selalunya sepasang contact lens boleh dapat dengan harga serendah RM25.00. Pernah juga Mimi tengok lagi murah dari RM25.00 tapi tak berani nak beli. Selalunya Mimi akan beli contact lens di kedai cermin mata di mall. Kalau online pula Mimi selesa beli di Barbie Eyesland. Mesti korang nak tahu SEBAB KENAPA  CONTACT LENS BRAND BARBIE EYESLAND JADI PILIHAN Mimi bila nak beli contact lens berwarna.



1) Harga murah dan berpatutan

Sudah tentulah harganya yang murah dan berpatutan. Di Barbie Eyesland harga paling murah ialah RM25.00. Ada juga harga RM30.00 tapi mengikut jenis. Bagi Mimi memang harganya murah dan berpatutan. Kalau beli dua tiga pasang lagi bertambah jimat tau.

2) Sentiasa ada tawaran kod diskaun yang best

Di Barbie Eyesland selalu ada tawaran kod diskaun yang best tau. Dah murah lagi bertambah murah harga yang kita perlu bayar. Macam baru baru ni Mimi beli dua pasang contact lens dengan jumlah RM55.00 tapi selepas masukkan kod diskaun yang ditawarkan Mimi hanya perlu bayar RM40.00 sahaja free postage. Jimat kan?

3) Pelbagai pilihan warna

Di Barbie Eyesland ada pelbagai pilihan warna yang ada. Pilih sahaja warna apa yang kita nak semua ada. Hijau, biru, kelabu, coklat, hitam, pink dan pelbagai lagi. Setiap warna pula ada lagi kategori warna warna yang ada. Ada yang warna gelap dan terang. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati, hah gitu?!

4) Diameter saiz dari 14mm hingga 16.5mm

Diameter CONTACT LENS BRAND BARBIE EYESLAND banyak pilihan tau. Kalau nak anak mata nampak macam anak mata biasa pilih yang saiz 14mm. Kalau nak nampak anak mata besar ala ala mata barbie pilih saiz besar iaitu 16.5mm. Macam Mimi sejenis mata kecil dan sepet Mimi pilih saiz diameter 14mm sebab kalau pakai saiz besar mata putih tak nampak sangat pula.

5) Packaging selamat dan cantik

Contact lens yang korang akan terima nanti dalam kotak keras berwarna coklat tau. Kemudian, contact lens juga diletakkan dalam botol kaca yang kecil dan comek. Botol contact lens juga diseal dengan kemas, rapi dan ketat. Memang terjamin keselamatan dan kualiti contact lens tu sendiri. Korang juga akan terima lens case untuk korang simpan contact lens selepas dibuka nanti. 




WARNA CONTACT LENS BARBIE EYESLAND YANG MIMI PILIH

Baru baru ni Mimi beli dua contact lens berwarna di Barbie Eyesland. WARNA CONTACT LENS BARBIE EYESLAND yang Mimi pilih ialah :

🌸 Gold Tricon Grey 14.2mm

Ikutkan Mimi nak pilih warna yang gelap sikit tapi kebanyakannya saiz dan warna yang Mimi nak habis stok. Kalau ada pun power mata tak sesuai dengan mata Mimi. So Mimi pilih warna Gold Tricon Grey ni. Dah try pakai, okey jugalah warnanya kan. Not bad. 




🌸 Oh My Baby CHOCO 14mm

Warna ni memang Mimi suka sebab seakan akan warna anak mata Mimi. Warnanya pun tak full. Cuma sekeliling luar lens saja. Bila pakai memang tak nampak sangat Mimi pakai contact lens


Selalunya Mimi pakai contact lens bila luar waktu bekerja. Jarang pakai masa bekerja. Bila keadaan mendesak baru pakai. Contoh macam kalau cari cermin mata tak jumpa pilihan akhir memang Mimi pakai contact lens. Selalunya kalau nak pakai pergi kerja Mimi pakai yang transparent. Yang berwarna memang pakai waktu jalan jalan makan angin.

Perlu diingatkan, sekiranya menggunakan contact lens korang perlu pastikan kebersihan terjaga supaya bila korang pakai lens nanti mata korang tak pedih dan merah. Pakai contact lens mengikut masa yang ditetapkan dan simpan dalam lens case yang berisi solution untuk mengelakkan lens daripada keras.

Kalau korang nak tahu maklumat lanjut mengenai CONTACT LENS BRAND BARBIE EYESLAND korang boleh layari web dan sosial media di bawah :



Post a Comment

25 Comments

  1. Lawa, lama akk tak pakai contact lens

    ReplyDelete
  2. cantik lens ni. mata pun macam barbie dah :)

    ReplyDelete
  3. cantik lens mcm barbie heheh..sesuai kak mimi pakai lens tu

    ReplyDelete
  4. Cantik warna dia.. Nampaknlain mata.. Mcm barbie gitu.. Teringin gak nak pakai tapibtakut.. Hahaha

    ReplyDelete
  5. Cantik..teringin sgt nk pakai tapi mata sis ni cepat kering n mudah luka bila pakai contact lens so mampu tgok je org pakai..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi cubba pakai contact lens nie Mimie.. cantik pula Mimie pakai..

    ReplyDelete
  7. Color lens kat sini byk yg cantik2 kan.. Wawa selalu gk beli kat sini.. Murah dan selesa dipakai

    ReplyDelete
  8. Well, that's good to hear you dun need to break the bank for a set of pretty coloured contact lens nowadays with Barbie Eyesland!

    ReplyDelete
  9. Oh. Ada diameter tu senanglah nak masuk dalam mata. Kalau tak jenuh nk kena bulatkan mata. Dari dulu cuba nak pakai contact lens tapi tak berjaya.

    ReplyDelete
  10. cantik dan kena pada mata mimie.. TB pun suka kaler yang nampak natural sikit.. tak suka yang terlalu menonjol.. yang color-color ala2 biru ke hijau ke pun TB tak berapa suka sangat sebab macam fake sangat bila pakai.. tapi kalau teringin nak pakai.. TB try jugak beli.. hahaha.. o.. lens barbie eyesland ni ada sampai 16.5mm ye

    ReplyDelete
  11. Airah takut sangat nak pakai contact lens tapi tengok orang pakai dengan warna cantik-cantik lepastu makeup cantik rasa teringin jugak

    ReplyDelete
  12. Cantik lens ni semua... Memang cantik, wanita yang nak bergaya lebih mungkin beh try.

    Mat Drat tak boleh pakai lense, sebab jenis yang tak berapa nak rajin nak jaga...

    ReplyDelete
  13. Kita dah lama x pakai lens walaupun rabun sbb silau kita tinggi.. Ni speck pun xsuka pakai.. Lepas tu mula la org kata sombong..hahahhw

    ReplyDelete
  14. cantik contact lens ni. kakak saya suka pakai contact lens, bolehlah saya suggest dekat dia. saya pulak tak pernah pakai contact lens dan rasanya tak kan pakai. haha. :)

    ReplyDelete
  15. rasa macm dh komen..tapi takde pulak komen..hahaa..takpe komen semula..cantik tgk warna contact lens ni..suka tengok orang oakai..jadi mcm barbie dh..teringin nak pakai..tapi takut

    ReplyDelete
  16. Saya juga pakai contact lens ni! hehehe ~ saya pun ada buat review untuk brand ni~
    check out my blog too ~
    https://riceball-lovesbaking.blogspot.com/2019/10/barbie-eyes-land-color-contact-lens.html

    ReplyDelete
  17. Alolo nam contact lens ni cute la

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak pakai lens. Syira penah tengok lens jenama ni. Menarik pula warnanya

    ReplyDelete
  19. Cute contact lens! Julia kalau pakai mmg x tak berwarna je hehe. Klau pakai contact lens, ingat tau jaga bersih-bersih.

    ReplyDelete
  20. dah lama gee x pakai contact lens ni.. lawa semua color dia..

    tq join segmen gee ya. gee dah follow dan add dlm bloglist :)

    ReplyDelete
  21. Kite pun ade gk contact lens dari jenama nie..best pkai, selesa..

    ReplyDelete
  22. Cantik juga contact lens macam ni. Terus automatik jadi barbie hee. Mata Yaya sensitif tak boleh pakai c.lens sebarang. Untung siapa yang tiada masalah mata sensitif

    ReplyDelete
  23. cantiknya, baru tahu contact lens ni ada brand berbeza dan ada style tersendiri. semua cantik2 kaler dia

    ReplyDelete
  24. Dah lama x guna contact lens ni. Tapi style dia ok cantik kan..

    ReplyDelete
  25. cantekkk...ayu mmg tak reti pakai contact lens..tapi mmg menyerlah mata lps pakai contact lens ni

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com