Menginap 1 Malam di Tamarind Suites By Subhome Cyberjaya

Menginap 1 Malam di Tamarind Suites By Subhome Cyberjaya | Hai korang! Sejenis mood malas melanda, memang akan up cerita yang 9 hari dah basi. Nak share dengan korang tempat penginapan yang Mimi sekeluarga inap masa nak tengok Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Putrajaya.



Sejenis suami Mimi ni suka bagitahu last minute nak bawa jalan jalan. So, dia suruh cari hotel dekat Putrajaya untuk bermalam. Bajet dia sekian, sekian Katanya nak bawa anak anak tengok Sambutan Hari Kemerdekaan. So, Mimi gunalah segala jenis aplikaai yang ada cari hotel yang masih available. Sejenis dak Mimi tak suka cari last minute dengan bajet yang ditetapkan sebab tahu memang payah nak cari. Semua hotel dekat Putrajaya dah full booked. Yang ada dekat Cyberjaya.

Cari punya cari, Mimie dapatlah booked hotel Beryll Inn thru Booking.Com.So bila settle booked semua, kitorang terus bertolak. Dalam perjalanan tu suami dapat panggilan daripada pihak Beryll Inn maklumkan bilik di Beryll Inn dah full. Frust jugaklah. Pihak Beryll Inn maklumkan selalunya Booking.Com tak update maklumat terkini. So, agak menyusahkan pelanggan kan. Nasib baik masa booked tu, payment tak buat lagi. Kena bayar thru kaunter. So, dah kena cancelled cari pulak hotel lain.

Misi mencari bermula. Kali ni Mimi guna khidmat Agoda pulak. Finally, dapat jugak. So, atas persetujuan encik suami, Mimi pilih Tamarind Suited by Subhome Cyberjaya. Dah isi maklumat semua terus bayar guna kad kredit. Mimi pilih Premium Suite semalam RM148.17.

PENGINAPAN 1 MALAM DI TAMARIND SUITED BY SUBHOME CYBERJAYA



Untuk pengetahuan korang Tamarind Suites by Subhome ni terletak kira kira 3.7km dari Dataran Putrajaya. So, tak jauh manalah. Tamarind Suites terletak di Tamarind Square, Persiaran Multimedia. Pintu masuk nak ke Tamarind Suites terletak di bahagian belakang Tamarind Square. Bahagian depan memang banyak kedai, kena pusing ke bahagian tepi belakang baru jumpa pintu masuk.

Tamarind Suites ni memang banyak disediakan parking. Free parking. Tapi tak ada kaunter pertanyaan. Just parking kereta dan contact person in charge yang uruskan booking bilik. No person in charge tuh ada tertera di booking form confirmation yang di hantar melalui email yang didaftarkan masa urusan booking.

Call person in charge, dia suruh naik lif pergi tingkat 4. Dah jumpa person in charge dan isi form (sorry lupa pula nama person in charge tu) dia bawa kitorang ke tingkat 10 dan tunjuk bilik penginapan. Kitorang diberi dua kad akses iaitu stau kad akses lif dan satu lagi kad akses bilik. Alhamdulillah, puas hati tengok keadaan bilik yang kemas, bersih dan kelengkapan yang diperlukan semua ada.

Pandangan dari pintu masuk
Dua katil saiz queen
Meja makan yang terletak di sudut sebelah kanan

Kitchen yang terletak berhadapan dengan meja makan

TV di hadapan katil

Tempat penyangkut baju dan iron board

Iron dan pengering rambut juga disediakan


Dah tengok bilik, kitorang keluar makan dan terus pergi Dataran Putrajaya. Konon nak tengok pertunjukan bunga api, tunggu punya tunggu nan hado. So, balik jela. Pukul 12.30 malam dah sampai bilik. 

Anak anak seronok jangan cakap. Siap melompat lompat atas katil. Pastu nak mandi. Mandilah korang sepuas hati dalam tandas tu kan. Walaupun kitorang just bermalam untuk semalam saja tapi puas hatilah. Esoknya pagi dalam pukul 6.05 kitorang dah check out. Kunci bilik just tinggalkan dalam bilik saja.

Pandangan dari pintu tandas

Towel dan tong sampah disediakan

Syampu dan sabun mandian ada disediakan

Shower


Kalau korang yang berjalan di Cyberjaya tu, bolehlah try bermalam di Tamarind Suites by Subhome. Confirm puas hati! Book saja thru aplikasi Agoda. Lagi mudah dan cepat! 


Post a Comment

10 Comments

  1. wow...jp sy xde aplikasi aplikasi sebegitu..ehhehee..nice2...tq info

    ReplyDelete
  2. ravia rasa macam nak pergiii tidur kat sini jee...tak puas lagi nak berholidayy

    ReplyDelete
  3. perabut moden la dia guna. cantik gila

    #followed here 1770

    ReplyDelete
  4. Luas dan bersih bilik dia mimi. Nampak selesa utk mimi sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Kita setakat ni walk in je. Tak pernah booked hotel guna apps. Haha
    Main terjah je kan. Sbb kdng tgk gmbr kemain besar bilik. Sekali sampai tgk alahai.. Tp kalau ke belah kl ke, mmng kena booked guna apps la kan nk mudah.

    ReplyDelete
  6. Booking.com memang selalu macam tu...kadang dah sampai hotel terus xde bilik..ok la bilik ni dengan harga yang reasonable

    ReplyDelete
  7. Nampak sdelesa je bilik untuk tidur dan ruang makan serta bilik air dia..

    ReplyDelete
  8. wah bestnya boleh masuk list ni

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com