Friday, September 20, 2019

Embah Jid Mahu Memberi Nafas Baru di dalam Irama Malaysia Pada Era 2020

LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN

Embah Jid Mahu Memberi Nafas Baru di dalam Irama Malaysia Pada Era 2020 | Hai korang! Siapa kat sini suka dengar lagu Irama Malaysia. Mimi pun suka dengar lagu lagu Irama Malaysia siap susunan lirik dan lagunya lembut dan sedap di dengar. Mimi suka lagu lagu ciptaan komposer bergenre Irama Malaysia iaitu Allahyarham Pak Ngah. Nak nak lagu ciptaan beliau mendapat perhatian penyanyi Noraniza Idris dan Dato' Sri Siti Nurhaliza. 

Lagu yang Mimi ingat dan suka dengar sampai sekarang ni ialah Hati Kama, Dikir Puteri, Cindai, Balqis dan banyak lagi lah. Memang terasa meriah tau dengar lagu lagu Irama Malaysia ni. Kalau ada Anugerah Muzik Muzik yang mempertaruhkan lagu lagu Irama Malaysia memnag Mimi suka tengok sebab meriah dengan tarian yang cantik, susunan lagu yang sedap didengar dan pentas penuh dengan meriahlah. 

Tapi sekarang ni sedih sangat sebab Irama Malaysia dipandang sepi dan tak dapat tempat di hati anak muda masa kini. Mimi pergi mana mana semua sibuk duk menyanyi lagu K-Pop. Kadang apa diorang nyanyi pun Mimi tak faham. Hehehe. Berbezakan dulu dan kini? Kadang terfikir mana silapnya sampai Irama Malaysia dipandang sepi macam tu saja. Macam tak berharga. Risau juga takut anak muda sekarang semakin jauh dengan budaya kita. 

Bagi Mimi lagu Irama Malaysia perlu diperjuangkan agar ia tidak lapuk ditelan zaman. Macam mana kita nak teruskan irama ini hkdup dalam hati? Sama sama kita renungkan. 

Bercakap mengenai Irama Malaysia ni ada seseorang yang ingin memperjuangkan irama ini agar tidak terus dilupai. Siapakah orang yang Mimi maksudkan? Tak lain tak bukan ialah Embah Jid.



SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???



Nama penuh Embah Jid ialah Encik Majid bin Rawino dan beliau merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Beliau meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".

KENAPA EMBAH JID???



**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk. Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .


PROFIL EMBAH JID 



- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -


Embah Jid sangat aktif meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Jadi, oleh kerana minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta".  Tak sabar pula nak dengar single pertama Embah Jid ni. Mesti happening! 

LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA 

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.



Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.

Wah teruja Mimi bila dapat timba ilmu mengenai tarian. Rupanya setiap gerak teri tarian ada maksud yang tertentu. Mimi harap lagu joget Embah Jid bakal memberi impak dalam industri muzik dan menjadi siulan di kalangan belia muda. 

PROFIL EMBAH JID : 


24 comments:

  1. saya suka seni budaya tradisional, memang sekarang dah semakin hilang nila2 tu semua. bagus sangat kalau ada orang yang perjuangkan nilai seni macam embah jid ni. respek...

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat...memang sekarang ni lagu irama memang sangat kurang...harap ramai lagi penyanyi berbakat muncul utk mewarnai industri tanahair kita

    ReplyDelete
  3. Ha ah.. Kebelakangan ni, memang dh kurang sgt la dgr lagu genre irama malaysia. Rindu betul nk dgr..

    Lagu baru semua genre moden. Hmmm..

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
  4. Zapin ni memang sukar untuk saya belajar, keras badan. Huhuhu.
    Semoga perjuangan Embah Jid untuk mempertahankan Irama Malaysia akan berjaya dan menjadi ikutan anak muda kita.

    ReplyDelete
  5. syoknya dapat dengar lagu irama malaysia.. tradisional dance is superb too.. nice one..

    ReplyDelete
  6. wahhh.. baru TB tahu yang tarian Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Baru tahu juga nama zapin lenga ni.. hemm sangat unik baca penerangan tentang tarian zapin lenga ni..

    ReplyDelete
  7. Sedihkan mimi.. skrg ni orang asyik nyanyi lagu kpop jer.. irama malaysia dah susah nak dengar kat radio.. dilah suka sangat tengok orang menari zapin.. boleh leka bila tengok diorg berjoget tau.. haha

    ReplyDelete
  8. Pak Ngah ada release lagu dengan Wani Hasrita, Syafiq dengan Baby Shima tapi sayang tak best macam zaman Siti dengan Kak Ani dulu. Kalau best, mungkin dapat buka peluang untuk irama etnik. All the best to Embah Jid

    ReplyDelete
  9. Bagus ada yang perjuang irama Malaysia macam nie kan.. tahniah Embah Jid..

    ReplyDelete
  10. Sekarang mmg tak ramai peminat lagu irama malaysia. Lagi2 budak yang tahun 2010 keatas.. kebanyakkannya tak suka

    ReplyDelete
  11. Wah. Teruskan perjuangan muzik irama malaysia ni. Tak berapa kenal embah jid sebenarnya. Lepas baca baru kenal. Moga dpt lahirkn lapisan anak muda yg sentiasa cintakan muzik tradisional

    ReplyDelete
  12. Irama Malaysia ni memang sedap menjadi halua telinga. Tak pernah bosan mendengar. Teringat zaman kegemilangannya satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  13. oh ada bace posting mengenai embah jid ni dan mek memang menyokong jika embah jid nak naikkan semula irama malaysia. sebab itu salah satu warisan. kalau tkde yang menyambung, irama malaysia akan terhenti di situ sahaja.

    ReplyDelete
  14. Menarik article ni, first time dengar cerita camni..hihi..bagus ada perjuangan camni supaya warisan tradisional ni tak dilupakan oleh golongan muda.

    ReplyDelete
  15. kita mmg minat zapin...seni tarian zapin ni unik...and biasanya org yg memang terror menari zapin ni berasal dari johor. pergerakan tarian ni memang sangat lincah dan bertenaga..dan ni firsttme dengar nama embah jid...moga beliau terus sukses

    ReplyDelete
  16. Teringat dulu masa sekolah join team zapin. Huhu terbaik embah jid. Suka maksud nama tu. Tak ada yg lama, tak ada lah yg baru.

    ReplyDelete
  17. Bagus masih ada orang yang berminat nak terus memperjuangkan dan meneruskan budaya irama malaysia ni. Ramai yang dah tak minat, so takut ia hilang ditelan zaman.

    ReplyDelete
  18. Teringat masa kecik kecik mak masukkan Kelab Seni Budaya KL sbb mmg minat kat tarian irama malaysia. Cuma lepas zaman u benti sbb dah segan huhu

    ReplyDelete
  19. Kita tak pernah dengar lagi nama Embah Jid harap perjuangan sepertimana Arwah Pakngah dapat diteruskan biar lah penuh perit duka kerana irama tradisi ini kita sahaja yang boleh pelihara siapa lagi betul tak biar seimbang bagus sokong niat murni tuan ini...

    ReplyDelete
  20. Salah satu usaha terbaik dalam kembalikan kegemilangan irama malaysiia terutamanya zapin. Teringat pulakk belajar subjek traditional music dulu hehe

    ReplyDelete
  21. Dulu memang ena suka lagu2 dato ct. Badarsila n nirmala pon best. Pengaruh dato ct kuat. Hope lepasni byk lg lagu melayu asli dimainkan. Tak sabar nak layan lagu embahjid

    ReplyDelete
  22. Seni budaya irama Malaysia patut ada kan pertandingan supaya ramai nak pertahankan irama Malaysia

    ReplyDelete
  23. Kalau boleh irama malaysia dimainkan semula atau diaktifkan semula. semoga tak hilang irama malaysia di kalangan generasi muda.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.