Wednesday, September 25, 2019

CVSKL dan Klinik Qualitas Jalin Usahasama Bagi Meningkatkan Tahap Kesihatan Jantung Rakyat Malaysia

Ujian Elektrokardiogram PERCUMA kepada 3,000 orang hingga Disember


Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2019 pada 29 September ini, Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) telah melancarkan Kempen Kesihatan Jantung CVSKL yang menawarkan ujian elektrokardiogram (EKG) percuma kepada orang ramai menerusi kerjasama dengan rangkaian klinik swasta Qualitas Healthcare.

Bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini, rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas boleh terus menjalani ujian tersebut di 10 klinik Qualitas terpilih di sekitar  Lembah Klang. EKG memberi fokus kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular terutama mereka yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, selain disebabkan olen kolesterol tinggi, darah tinggi serta Indeks Jisim Badan (BMI) tidak normal.

Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL, En. Anwar Anis


“Di CVSKL, kami mendapati ramai pesakit pada usia muda datang mendapatkan rawatan penyakit jantung. Kami merujuk mereka yang berusia kurang daripada 58 tahun  yang merupakan purata usia pesakit jantung di Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan kerana usia purata bagi pesakit jantung pada usia muda di negara-negara lain seperti Thailand (65), Singapura (61), manakala Amerika Syarikat (66),” kata Tan Sri Dr. Yahya Awang, Pengerusi CVSKL. 

Kementerian Kesihatan menyenaraikan penyakit jantung sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia  pada 2005 hingga 2017. Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan rawatan jantung utama negara, kami merasakan bahawa purata usia mereka yang menghidap penyakit jantung akan jauh lebih muda biarpun pelbagai inisiatif dijalankan bagi mengesan dan merawat penyakit ini. Ia berpunca daripada gaya hidup tidak sihat rakyat di negara ini.

"Ramai yang mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat, tidak bersukan berikutan jadual kerja yang padat. Ya, kami mengakui ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan termasuklah menjalani pemeriksaan rutin, tetapi masih ramai yang tidak melakukannya sehingga mengakibatkan mereka terdedah dengan penyakit yang tidak dapat dikesan dan tidak mampu dirawat,” tambah Dr. Yahya.

Pengerusi & Pengarah Urusan Qualitas Healthcare, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack


Pengerusi Qualitas Healthcare, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack berkata; dengan menawarkan ECG secara percuma, diharapkan orang ramai akan terdorong untuk mendapatkan pemeriksaan awal  dan mengesan sebarang gejala penyakit yang tidak diketahui.

Klinik-klinik terpilih yang disenaraikan turut dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan yang  baik untuk menjalankan ujian ECG. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 3,000 orang untuk datang ke klinik kami bagi menjalani ujian sepanjang tempoh kempen," kata Dr. Noorul Ameen.

Dari Kiri ke Kanan
  1. En. Prashant Kate, Ketua Wilayah Asia Tenggara, Tricog Private Limited
  2. En. Francis Liew, Pengarah Urusan, Lifetronic
  3. En. Sameer Mathur, Naib Presiden, Bahagian Jualan, Tricog Private Limited
  4. En. Anwar Anis, Ketua Pegawai Eksekutif, CVSKL
  5. Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack, Pengerusi/Pengarah Urusan, Qualitas Health
  6. Dr. Junaidi Ismail, Ketua Pasaran Malaysia, Qualitas Healthcare

Klinik Qualitas yang menyertai Kempen Kesihatan Jantung CVSKL adalah seperti berikut:

>> Klinik Ng dan Lee
Alamat: 462-464, Jln Pudu 55100 KL
Telefon: 03-9222 0751

>> Catterall, Khoo & Raja Malek
Alamat: Suite 3-A, Level 3A, Menara CIMB, Jln Stesen Sentral 2 50470 KL
Telefon: 03-2276 6622

>> Catterall, Khoo & Raja Malek
Alamat: Suite 3B-3-6, Block 3B, Plaza Sentral 50470 KL
Telefon: 03-2273 0244

>> Klinik Sharani
Alamat: No 20 Jalan Bangsar Utama, 1 Bangsar Utama 59000 KL
Telefon: 03-2287 3103
   
>> Kumpulan Medic
Alamat: 42A, Jln Sultan 52/4 46200 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7956 9331

>> Klinik Prime Care
Alamat: Lot 7, Wisma MCIS Annexe, Jalan Barat 46200 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7955 0550

>> Kumpulan Medic
Alamat: 78, Jln SS 21/35, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7728 4955

>> Klinik Rakan Medik
Alamat: 18-B1, Jln SS 6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7803 5688

>> Klinik Kumpulan Medic
Alamat: Evesuite@Ara Damansara, A-1-01, Jln PJU 1/41A Ara Damansara 47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7886 3218
           
>> Klinik Ng dan Lee
Alamat: 31, Jln 19A, Section 19, 40300 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5542 5286

Ini adalah sebahagian daripada program kesedaran jantung secara meluas yang dianjur dan ditawarkan oleh CVSKL sempena Hari Jantung Sedunia 2019, serta di bawah kempen Heart For Malaysia yang berlangsung dari September hingga November 2019.

1 comment:

  1. I really like ones own blog post. If you're looking for the best things to do in the world, Things to do has something for everybody! From adventure to culture, food to history .

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.