Puding Triffle Kek Pisang Menu Jamuan Hari Raya Sekolah Anak

PUDING TRIFFLE KEK PISANG MENU JAMUAN HARI RAYA SEKOLAH ANAK | Selagi syawal tak habis memang macam macam jamuan raya yang ada kan. Kali ni jamuan hari raya dekat sekolah anak anak.

Macam biasa balik dari sekolah Aina dan Auni dah tanya nak masak apa untuk jamuan raya. Sebab malas nak fikir sangat bab masak masak ni Mimi decide buat puding triffle. Tapi nak tahu macam mana boleh jadi PUDING TRIFFLE KEK PISANG MENU JAMUAN HARI RAYA SEKOLAH ANAK hah baca sampai habis.



Malam tadi gigih tau cari beberapa bahan yang tak ada nak buat puding triffle. Last sekali cari kek. Swiss roll cake ni bila time tak nak banyak pula di kedai. Time kita nak, time tuhlah tak ada. Last last decide beli kek pisang. Sebab kek tu yang ada, beli jelah. Nak pergi kedai lain jauh sangat. Amik jela apa yang ada.

Dah beli semua barang, bertungkus lumus lah Mimi kat dapur buat puding triffle sambil dibantu Aina dan Auni. Alhamdulillah selesai buat puding pukul 10.30 malam.

Kalau nak resipi puding Triffle korang boleh tengok resipi di bawah. Resipi ni untuk dua tupperware besar. 



Bahan bahan

Kek pisang
2 tin buah koktail
1 tin susu cair
4 sudu besar tepung kastard
Gula
3 gelas air
10gm agar agar
1200 ml

Cara buat senang je.


1. Potong kek pisang sama besar dan susun dalam bekas. Ketepikan. 
2. Agar - agar : Panaskan 1200ml air dan masukkan 10gm serbuk agar agar. Lepas tu masukkan gula. Dah menggelegak ketepikan. 


3. Kastard : Bancuh tepung kastard dalam 1 gelas air. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan dua gelas air lagi,setengah tin susu cair dan air buah koktail tadi. Last sekali masukkan gula. Rasa dah okey. Kastard pun dah pekat, ketepikan.



4. Kek yang dah disusun tadi dalam tupperware sapu dengan lebihan air buah koktail. Kemudian lapiskan kek tadi dengan kastard dia ats. Kemudian taburkan buah koktail tadi. Selesai susun buah tadi dan agak dah sejuk baru curahkan agar agar tadi.
5. Dah siap boleh simpan dalam fridge.



Senang saja nak sediakan puding triffle ni sebab tu Mimi pilih buat puding triffle. Senang dan jimat masa kan. Tapi sedap jugak guna PUDING TRIFFLE KEK PISANG MENU JAMUAN HARI RAYA SEKOLAH ANAK ni kan. Selalu guna swiss roll cake. Kali ni pakai kek pisang pula. 

Post a Comment

27 Comments

  1. wah senang je ye. nt boleh try

    ReplyDelete
  2. uiks.. nmpak menarik.. x pernah makan lagi ni

    ReplyDelete
  3. Alahai. Sedapnya tengok resepi ni. Tak pernah buat. Macam mudah dan cepat siap je. Ni tak perlu tunggu ada jamuan baru buat. Hujung minggu seisi keluarga pun kejap je boleh ni. Ni pun sebab ada resepi dari blog sini. Kalalu kek cheese sedap tak agak-agak?

    ReplyDelete
  4. Ah senang nk buat laju je. Cuma rasa dia macam mana ye? basah2 tak. Teringin nak tengok versi yang dipotong. Tak pernah tau pasal resepi ni~ first time~

    ReplyDelete
  5. akak tak pernah buat... makan biasa la puding triffle nih heheheh

    ReplyDelete
  6. Selalunya orang letak swiss roll kan bawahnya. Now kalau letak apa2 kek pun mungkin sedap ye?. Sedap makan triffle ni nak nak yang sejuk2 tu. Makan time musim panas ni wallah sangat.

    ReplyDelete
  7. Nampak memang senang, akak pernah cuba buat dan hasilnya haram menjadi..stress tau...

    ReplyDelete
  8. ai pernah buat triffle pakai twiggies dengan cheese kek...tapi triffle ni mmg sedap tambah lagi kalau masa hidang letak whipped cream

    ReplyDelete
  9. Rajinnya buat trifle. Nsmpak sedap

    ReplyDelete
  10. lahai, nnti kite lak lalui semua ni time anak dh sekolah nnti..

    ReplyDelete
  11. Uih kek pisang tu sedap..zaza pun suka.. Kadang leka duk makan sambil tgk tv

    ReplyDelete
  12. Nasib anak dapat mak rajin camni. Kalau I bawa je la kek Pisang Tu. 😄 Resepi ni nampak senang gak boleh la try nanti.

    ReplyDelete
  13. wah lain daripada yang lain ni..akk tak potong nak tengok rupanya macam mne..hehee

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap pulak puding triffle Mimi buat, lama tak makan nih.. Nanti kalau rajin bolehlah buat ikut resepi Mimi kongsikan ni... yummy :)

    ReplyDelete
  15. Wah best juga kan, dulu my mom also cook for my school event macam ni.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya! Tergoda tengok. Macam best je tukar kek kepada kek pisang dah la airah memang suka sangat makan kek pisang. Terpaksa la mencari bahan esok

    ReplyDelete
  17. Uishh first time tau triffle guna kek pisang.hehehe.. Apa rasa agak2 ekk

    ReplyDelete
  18. Woww.. nampak memari dan memyelerakan kejadiannya

    ReplyDelete
  19. Wahhh kemain menu raya sekolh anak ya. Nampak mudah betul nak buat tapi malasnya ya Allah tuhan je yg tahu. Nanti bila rajin nak cuba buat jugaklah. Nampak best je. Bahan pon mudah

    ReplyDelete
  20. wah.. cantik kejadiannya mimie.. terasa lapar pulak TB tengok.. ada resepi tu.. boleh la TB try nanti.. teringin gak nak rasa sedap ke tak.. nyum2

    ReplyDelete
  21. kitapun selalu buat puding ni. sedap dan mudah, paling penting anak2 memang suka. kalau buat dan makan sejuk lagi power rasanya. tengok entri terus rasa nak buat lagi heheh

    ReplyDelete
  22. Dulu adik ada buat. Pestime la kita makan. Tapi mcm xleh masuk kat tekak je. Agk nya kalau guna kek pisang ni sedap kot ye.

    ReplyDelete
  23. x penah try puding triffle ni..rasa macam penah nmpk kat jamuan2 tapi tak amik sbb ingtkan cam agar2 besa..ishhh..lenkali klu nmpk ni, kena cuba gak..

    ReplyDelete
  24. Ohh kira kat bahagian bawah tu ada kek dan atas ada agar-agar lembut lah hurmmm menarik tak pernah terfikir nak cuba juga lah tapi open house kite dah lepas hehehe nest raya Haji nanti cuba thanks...

    ReplyDelete
  25. Rajinnya k.mimi. aina xpernah buat puding ni, nanti boleh try.

    ReplyDelete
  26. serously, aida x pandai buat puding triffle ni.
    adik aida pakar. dia sgt suka bab memuding ni.
    aida tau buat puding koktel simple tu ajer.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com