6 SEBAB ELISE EDITION JOVI JADI PILIHAN HATI

6 SEBAB ELISE EDITION JOVI JADI PILIHAN HATI | Sejenis dak Mimi ni kalau beli barang memang sangat pentingkan kualiti tau. Tak kisahlah harga murah ke mahal ke tapi kalau kualiti bagus dan tip top memang dak Mimi suka. Kalau mahal sanggup ku harungi lautan api nak dapatkan apa yang dak Mimi nak. Sebab apa? Of course lah sebab kualiti! Tapi kebanyakannya yang berkualiti itu harga mestilah mahal kan. Ada juga kategori mampu milik.

Antara barang yang Mimi sangat pentingkan kualiti dan tahan lasak ialah wallet. Tak kisahlah harga cecah 3 angka asalkan dak Mimi puas hati! So, puasa hari tu sempatlah cuci mata tengok wallet sebab nak gantikan wallet sedia ada. Masih okay lagi tapi nak ubah angin melaram pakai wallet baru. And yes Sabtu baru ni wallet yang dak Mimi order dah sampai tapi tak sempat nak belek sebab nak beraya. Semalam baru sempat unboxing dan belek. Wallet baru yang Mimi beli ni ialah Elise Edition dari JOVI. Nak tahu 6 sebab kenapa Mimi beli wallet dari JOVI ni? Eh rajinkan diri baca okay! Rajin baca dapat info best malas baca habuk pun tarak!



6 SEBAB ELISE EDITION JOVI JADI PILIHAN HATI



100% Kulit Lembu Tulen - Kulit Halus yang Mewah

Kan dah cakap sejenis dak Mimi sangat penting kualiti sesuatu barang yang dibeli. Thats why Mimi pilih wallet dari JOVI. 100% diperbuat daripada kulit lembu tulen okay! Bukan kulit buaya bukan juga kulit ular. Kulit lembu! Walaupun melibatkan kos yang sangat tinggi dan susah nak cari tapi Mimi salute team JOVI sebab mereka berjaya cari pemilihan kulit lembu yang terbaik okay! Buat apa dorang bersusah payah cari kulit lembu terbaik  kenapa tak pilih je kulit lembu Pak Seman sebelah kampung ye tak? Ishhh mestilah team JOVI mementingkan kualiti  kepuasan pelanggan dan yang penting untuk pastikan ketahanan dan mengekalkan rupa asal wallet itu sendiri. 

Ciri RFID Anti-Kecurian untuk Melindungi Duit dan Kad


Sebelum ni Mimi ada share dengan korang keistimewaan wallet JOVI yang Mimi beli sebelum ni. Korang yang belum baca sila klik tajuk di bawah. Yang ingat ingat lupa sila baca semula untuk refresh balik otak korang apa istimewanya wallet JOVI ni. 


Hah dah baca? Sama macam ciri yang ada pada wallet Mimi sebelum ni, wallet Elise Edition JOVI ni juga ada ciri RFID Anti-Kecurian untuk melindungi duit dan kad yang berkepuk dalam wallet tu. Macam Mimi ciri wallet macam ni memang jadi pilihan sebab sejenis yang banyak kad. Kad bank, kad kredit, kad pengenalan sendiri, my kid anak anak dan macam macam lagi. Sebab tu wallet macam ni sesuai dipakai sebab ia mempunyai ciri  RFID yang menghalang dan membantu melindungi kita daripada sebarang jenis kecurian tertentu terutamanya kegiatan RFID skimming. Hei! Sekarang ni banyak jenis bentuk kecurian dan penipuan okey! Kadang tak terjangkau dek fikiran kan! So, thats why wallet ni jadi pilihan Mimi! 

Dihiasi dengan Perhiasan Metal Emas yang Berkilat


Perasan tak ada logo bulat JOVI yang comel tu. Hah, berkilat tak? Cuba bayangkan wallet korang dari kulit lembu yang halus dan mewah dipasangkan sekali dengan metal emas yang bersinar sinar. Sentuhan warna emas tu yang buat sentuhan logo bulat JOVI yang comel kelihatan cantik dan mewah. Feeling princess gitu! Bila lagi nak melaram wallet baru yang eksklusif ni kan! Sekarang lah! 

Wallet Eksklusif dengan Ukiran Laser Nama Sendiri

Eh eh apa ni apa ni? Wallet boleh ukir laser nama sendiri? Ye ke tak dak Mimi ni kan. Hey, dak Mimi berani cakap sebab wallet i ada ukiran nama MIMIE okay! Eksklusif gitu! Jarang jarang kita beli wallet siap ukir nama kita guna laser okay! For me, this is my first experience! Tak pernah lagi beli wallet siap ukir nama sendiri tapi ELISE EDITION JOVI ada! 

Yang penting ukir laser nama sendiri ni PERCUMA kalau korang beli ELISE EDITION dari JOVI ni ya. 

Pembungkusan Mewah dan Ekslusif


Pernah terfikir nak beri seseorang yang istimewa hadiah tak? Hah wallet Elise Edition ni memang sangat sesuai dijadikan hadiah sebab pembungkusan wallet ni cantik dan eksklusif sangat! Dibalut dengan kain baldu dan disimpan kemas dalam kotak keras yang berkualiti tinggi. Siap reben ikat tepi okay! Hah cantik tak? Tak payah susah payah fikir nak beli pembalut hadiah, kotak sedia ada dah cukup cantik, mewah, ekslusif dan sempurna dah. Memang sesuai sangat korang hadiah buat orang yang tersayang untuk anniversary ke, hari lahir ke atau nak bagi emak insan yang paling disayangi, kan? Nak hadiahkan untuk diri sendiri pun boleh! Hah gitu!

Program Waranti 369 Hari


Hah untuk makluman korang wallet yang Mimi beli ni ada waranti selama 369 hari okay! Kalau ada apa apa kerosakan ke apa jangan risau sebab wallet korang masih dalam waranti lagi. Eh eh macam beli handphone pula ada waranti. Kah! Tapi ini yang buat wallet ni istimewaaaa sangat! Macam yang Mimi share kat atas, wallet ni diperbuat dari pemilihan bahan yang halus dan berkualiti serta dibuat dengan teliti dari hasil mutu kerja yang terbaik! Cuba korang kira dengan jari berapa banyak jenama yang sanggup beri jaminan tambahan macam ni kan. Korang boleh nilai sendiri!

Habis dah Mimi list kan satu persatu 6 Sebab Elise Edition JOVI Jadi Pilihan Hati Mimi. Ingat senang ke nak puaskan hati seorang Mimi. Laki sendiri pun pening kepala layan karenah seorang Mimi yang katanya cerewet nau! Bukan cerewet tapi kita ni pentingkan kualiti okay. Kalau ada cacat cela kurang sana sini memang awal awal ku reject!

CIRI CIRI PENTING YANG ADA PADA ELISE EDITION JOVI

Sila hadam dan semat dalam otak tau ciri ciri yang ada pada wallet Elise Edition JOVI ni.

Bahan/material : 100% Kulit Lembu Asli

Perhiasan : Perhiasan Metal seperti Emas

Dimensi : 20.7cm x 2.8cm x 10.8cm

Berat : 410g

Wallet Elise Edition JOVI ni juga mempunyai 18 slot untuk kad tau. Banyak kan? Hah korang yang sejenis sama dengan dak Mimi yang banyak sangat kad tu eloklah pakai wallet Elise Edition ni. Nak simpan handphone pun boleh. Wallet panjang kan. Mestilah muat.

ELISE Edition ni didatangkan dengan empat warna yang cantik belaka iaitu ELISE Black, ELISE Green, ELISE Maroon dan ELISE Nude. Wallet yang Mimi beli warna Nude. Kalau ada warna Pink confirm warna Nude tolak ketepi dah tapi disebabkan tak ada warnan Pink, Mimi pilih warna Nude. Nice jugak!

BELI WALLET JANGAN LUPA JELING JELING SEKALI DHEA TAG


Hahaha! Kemain dak Mimi mengayatkan. Betullah dah alang alang cuci mata tengok ELISE EDITION why not cuci mata sekali tengok koleksi DHEA TAG. Keychain nampak mewah dan cantik sangat tau. Material keychain ni mestilah dari bahan berkualiti. Kalau ELISE Edition diperbuat daripada 100% kulit lembu yang berkualiti macam tuh jugalah dengan keychain Dhea ni. Memang 100% dari kulit lembu ditambah pula dengan kemasan glittery untuk menambahkan lagi ketahanan Dhea Tag ni.

Perhiasan pada Dhea Tag juga terdiri dari perkakasan metal emas yang berkilat yang mewah dengan sentuhan logo JOVI gitu. Keychain Dhea ni pun ada jaminan waranti juga iaitu selama 99 hari. Keychain ni juga korang boleh ukir laser nama sendiri ya. Boleh tengok gambar Dhea Tag yang Mimi beli. Cantik kan? Ciri ciri yang ada pada keychain ni sama seperti ELISE Edition cuma beza dari segi saiz dan berat.

Bahan/material : 100% Kulit Lembu Asli

Perhiasan : Perhiasan Metal seperti Emas

Dimensi : 15cm x 2cm x 2cm

Berat : 80g

Sama juga seperti ELISE Edition, packaging untuk Dhea Tag juga didatangkan dengan kotak keras yang cantik, eksklusif dan tahan lasak.  Terdiri daripada empat warna yang menarik iaitu hitam, hijau, maroon dan nude. Harga Dhea Tag ni ialah RM89. Tapi kalau korang beli wallet ELISE Edition, korang akan dapat potongan harga untuk Dhea Tag sehingga RM50. Dari RM89 korang hanya bayar RM39 saja. Hah murahkan? Kira murahlah dengan kualiti barang yang bagus macam ni. Mana nak dapat barang yang berkualiti tinggi tapi murah! Perlu diingatkan yang tawaran ni terhad sangat sangat okay!


Korang dah tahu harga Dhea Tag kan! Mesti korang nak tahu harga wallet ELISE Edition pula, betul tak? Okay harga untuk wallet ELISE Edition ni ialah RM229! Tapi memandangkan ELISE Edition ni merupakan keluaran terbaru produk JOVI, jadi korang boleh dapatkan dengan harga RM149. Hah jimat RM80 dekat situ! Tawaran ni terhad untuk 1000 unit sahaja. Siapa yang tak nak lepaskan peluang memiliki wallet ELISE Edition dari JOVI ni hah cepat cepatlah beli ya. Klik link ni https://jovileather.com/elise-edition/   untuk terus dapatkan ELISE EDITION. Siapa cepat dia dapat tawaran harga yang murah ni. Kos penghantaran adalah PERCUMA! Cara pembayaran korang boleh bayar guna kad kredit ataupun melalui Internet banking.


Nak tahu lebih lanjut mengenai wallet ELISE EDITION atau produk JOVI yang lain korang boleh layari :

Web : 

Facebook : 

Instagram :

Post a Comment

31 Comments

  1. Menarik ni...akak pun sebenarnya tengah mencari handbag dan wallet nak tukar baru..cantik wallet mimi..dan dah tentu2 dan dah agak sure kaler pink...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Cantik lah wallet Elise edition ni mimi. Kemasan dan butiran dia cun sangat.

    ReplyDelete
  3. uih...cantiknya..ni yang rasa gatal tangan nak checkout jugak ni..siap ada tag nama tu yng comel

    ReplyDelete
  4. bestnya siap ada tag nama sendiri.. nak intai jugak la.. harap ada la rezeki.

    ReplyDelete
  5. sis selama ni x de wallet..ada dulu..tp dah lama x pakai..sbb sis tak suka bawa wallet..dlm wallet tu puyalah berat mcm2 ada..ntah apa2..tu sbb mana2 pergi just bawa satu wallet kecik..letak duit..lesen ic n kad2 yg sllu pakai..tp wallet ni cantiklah..berkenan lah pulak..ish boleh jdi nak beli seketul ni haha

    ReplyDelete
  6. cantik tapi tu la...nieyl ada je lagi wallet CR tu..tak pakai sbb malas nak bawa wallet besar² dlm handbeg hehehe

    ReplyDelete
  7. This wallet looks so elegant and exclusive. I love leather too

    ReplyDelete
  8. wow!! bagus jugak purse ni, ada ciri-ciri RFID tuh yang rasa kemain hebat tuh. ingatkan mahal tapi harganyer berpatutannyer. ini yang rasa-rasa nak dapatkan je ni lah. by the way, cantik jugak tag bag tuh ekk

    ReplyDelete
  9. Aaaaa nak jugakkk, cantik sangat laa wallet dia

    ReplyDelete
  10. Lawa kak color wallet ni.. Smooth je.. Sesuai la dgn wanita. Design dia pun nice

    ReplyDelete
  11. alamak, i pun tergoda...cantik siap boleh custom nama

    ReplyDelete
  12. cantik. bolehlah saya beli dkt girlfriend saya yang belum wujud lagi. haha :) kalau tgok drpd gambar yg ada mmg berkualiti. thanks share :)

    ReplyDelete
  13. Cantiknya wallet ni! Kaler pulak pink, tambah memikat hati hehe.. Siap ada warranty 369 hari, berbaloi sangat ni. Slot kad pun banyak. Design macam ni boleh dapat harga mampu milik, ni yg rasa macam nak beli jugak lah :p

    ReplyDelete
  14. ini buat wanita rambang mata melihat ini. hehe. Mesti mereka akan mencari lepas ini

    ReplyDelete
  15. I like it because its all zip-up so that the kad or money wong fall-out. Plus the personalized tag is so awesome.

    ReplyDelete
  16. Menarik menarik. Takut pula bila baca pasal kalau kad atam kena godam tu. Adoi nak kena carilah wallet mcm ni. Zaman sekarang kalau nak mencuri mcm2 lah caranya. Bawak kad pun dah tak selamat. Huhu. Harga promosi nampak standard mcm harga pasaran. nak beli!

    ReplyDelete
  17. wahhhh cantinya wallet Jovi. rambang mata tengok design tu semua. Dah lah bagus untuk yang kumpul kad macam mak xul ni. Buat hadiah birthday pun cantik ni

    ReplyDelete
  18. wah cantik dan nampak eksklusif sangat purse dari Jovi, sangat berkenan sebab ada ciri-ciri keselamatan tu. nampak eksklusif bila ada nama sendiri kan. nak tempah satu jugak la, lagipun dah 2 tahun pakai purse sama, mungkin dah tiba masa nak beli purse baru

    ReplyDelete
  19. Wahh wallet pun ade safety mcm2.. Tp mmg lawa gila design wallet jovi ni kak.. Nampak mewah gitu.. Warna dia pun lawa sangat..

    ReplyDelete
  20. Bestnya wallet ni siap ada keychain nama owner lagi. Dia punya leather tu nampak halus je sesuai dengan kak mimi yang feminin! Warranty dia pun lama so tak risau kalau zip rosak ke tercalar sebab anak2 ke. Nice one!

    ReplyDelete
  21. Wahh selalu tengok bag anti curi aje. Sekarang ada wallet. Bagus juga. bleh la beli satu nanti. hehe

    ReplyDelete
  22. cantiknya beg dia ..suka tengok ...tapi kalau saya yang pakai sekejap jer hilang sebab letak merata...tapi serius lawa , dan boleh customade nama sendiri kat tag yang disediakan ...besttt

    ReplyDelete
  23. Cantik pula tengok jovi ni. Dia simole tapi menarik. Just nice. Harga pon berbaloi dengan kualiti. Boleh try belilah lepas ni. Terberkenan pula heheh

    ReplyDelete
  24. Cantek wallet dia ni. Sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun hantaran. Suka dengan perincian rekaan nampak kemas dan esklusif

    ReplyDelete
  25. cantiknya beg dia..design tu lain sikit..siap ada nama tu..wah bestnya..nak ushala..boleh bagi dekat mak..kita dah ada beg dompet..

    ReplyDelete
  26. such a lovely and nice wallet.. i believe everyone would like to own one... great design to put more money.. hopefully hv more money to put in after own it.. hahaha

    ReplyDelete
  27. Cantik mimi..nasib akak baru dpt purse baru hritu..klu tak, boleh gak usya2 kat Jovi ni hah...dah la siap ada keychain boleh buh nama sendiri..ai like...

    ReplyDelete
  28. Boleh terasa kelembutannya bilabtgk gambar.. bestnya leh ukir nama sendiri kak tu

    ReplyDelete
  29. cantiknye, bestlah wallet Jovi boleh letak nama dah macam brand sendiri pula...

    ReplyDelete
  30. Wui, cantiknya! Colour cantik and packaging pun nampak exclusive <33 Nad sekarang pakai coin purse je senang semua benda sumbat dalam tu hahahah. Tapi teringin juga nak tukar purse yang proper sikit kan..

    ReplyDelete
  31. Cantik lah k.mimi. Banyak poket pulak tu.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
đź’śIn shaa Allah kunjungan anda akan dibalasđź’ś

Lots of đź’–
www.mimiazirah.com