RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA | Hai semua! Dah beli kasut raya dan beg raya ke? Kasut raya anak anak dan suami dah siap beli lagi dua hari nak puasa. Mimi tak beli kasut raya pun beli kasut untuk pakai pergi kerja saja. Dan semestinya kasut raya yang family Mimi beli dari Bata Malaysia. Kasut dari Bata memang jadi pilihan sebab ada pelbagai design dan tahan lama. Tahun ni memang family Mimi Raya Sakan dengan Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin gitu!
Memandangkan tahun ni Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin, ia menawarkan pelbagai design dan corak yang menarik di samping promosi yang best dan buat korang nak beli dan beli lagi. Hah gitu!
RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA
Mimi tak beli pun kasut raya tahun ni sebab kasut raya tahun lepas masih elok dan nampak baru lagi tau! Dah semestinya kasut tu Mimi beli di Bata masa bulan puasa tahun lepas.
Jadi, raya tahun ni Mimi nak beli beg raya pula. Dah bertahun tak beli beg baru kali ni kita shopping beg!
Nak tahu beg mana jadi pilihan hati Mimi baca sampai habis ya. Jom cuci mata dulu tengok koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama!
KOLEKSI RAYA SAKAN DENGAN BATA RAYA BERGAYA
Masuk Bata memang hati kena kental. Kalau tak, rasa nak borong semua tau! Semua koleksi nampak cantik dan elok saja di mata. Yelah jenama Bata kot! Jenama paling mendapat tempat di hati pelanggan! Selesa, harga murah dan mampu milik gitu! Mohon bertabahlah baca entry Mimi ni ya. Agak mana yang berkenan terjah cepat cepat kedai Bata yang berhampiran!
Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Beg Wanita
Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Kasut Wanita
Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Kasut Lelaki dan Kanak Kanak
Ini baru sikit tau korang. Ada pelbagai lagi koleksi design dan corak kasut serta beg yang cantik cantik! Yang penting kualitinya terjamin dan harga mampu milik.
APA MIMI BELI DI BATA SEMPENA PROMOSI BATA BERGAYA BERSAMA
Nak dijadikan cerita, masuk saja outlet Bata, Mimi jadi rambang mata tengok koleksi baru yang ada. Baik kasut mahu pun beg. Memandangkan misi utama Mimi nak beli beg jadi koleksi terbaru beg yang ada di Bata terus Mimi terjah. Dah nama pun perempuan kan, bab membeli memang ambil masa berjam lamanya. Yelah bukan senang nak puaskan hati. Nak nak suami pula pengaruh kuat! Ambil ni cantik yang ni tahan lasak... Ishhhh buat hati berbelah bahagi sungguh!
Kalau membeli memang Mimi suka belek dan check sesuatu barang tu sebab nak bagi puas hati. Dari segi jahitan, kekemasan, keselesaan dan fungsi semua tu memang Mimi ambil berat. Tapi koleksi di Bata Malaysia tak pernah mengecewakan okey! Mesti korang tertanya tanya antara koleksi terbaru beg raya Bata Bergaya Bersama yang ada mana satu jadi pilihan Mimi.
Bila up status di facebook kebanyakan teka Mimi akan ambil beg yang kanan sekali tu, warna pink belacan! Yelah peminat pink tegar katakan mestilah orang akan teka warna pink belacan. Sebenarnya Mimi tak pilih warna pink belacan tau! Tapi warna lain! Nak tahu warna dan design apa Mimi pilih tengok sajalah gambar di bawah.
.
..
...
....
.....
Tada!!!!!!!
Beg warna blue black jadi pilihan Mimi. Sebelum ni beg dah ada warna pink belacan takkan nak beli warna yang sama lagi betul tak? Tahun ni pilih beg warna lain. Dah lama tau aim backpack macam ni. Akhirnya berjaya juga beli beg idaman! Yeayyyy!!
Mesti korang tertanya tanya kenapa Mimi pilih beg warna blue black ni kan? Firstly, of courselah design begnya yang cantik dan lain dari beg yang ada. Sebab apa Mimi cakap lain? Kalau korang nak tahu beg yang Mimi beli ni boleh digayakan dengan dua gaya. Satu boleh dipakai sebagai backpack lagi satu pakai macam handbag. Hah gitu? Sebab kedua Mimi pilih sudah tentulah warnanya yang cantik. Lagipun Mimi belum ada lagi beg warna ni, so Mimi grab terus. Last but not least of course lah bila pakai beg ni nampak lebih bergaya dan muda remaja gitu! Hahaha....
Mesti korang tertanya tanya kenapa Mimi pilih beg warna blue black ni kan? Firstly, of courselah design begnya yang cantik dan lain dari beg yang ada. Sebab apa Mimi cakap lain? Kalau korang nak tahu beg yang Mimi beli ni boleh digayakan dengan dua gaya. Satu boleh dipakai sebagai backpack lagi satu pakai macam handbag. Hah gitu? Sebab kedua Mimi pilih sudah tentulah warnanya yang cantik. Lagipun Mimi belum ada lagi beg warna ni, so Mimi grab terus. Last but not least of course lah bila pakai beg ni nampak lebih bergaya dan muda remaja gitu! Hahaha....
Korang yang belum shopping beli kasut raya ataupun beg raya cepat cepat singgah Bata Malaysia berhampiran dengan korang tau!
Sekarang ni Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin menawarkan promosi yang best buat korang! Dengan setiap pembelian RM149 ke atas dalam satu resit korang akan dapat jam tangan dan bracelet Marie Claire secara PERCUMA dan juga dapat baucer bernilai RM25 di mana korang boleh tebus baucer tersebut untuk pembelian yang seterusnya.
Kalau korang berbelanja RM99 ke atas pula korang akan akan dapat baucer bernilai RM25. Hah! Berbaloi ke tak shopping sakan di Bata? Berbaloi sangat kan!
Kalau korang tak berkesempatan nak terjah mana mana outlet Bata Malaysia berhampiran, korang juga boleh beli layari web Bata Malaysia untuk lihat koleksi terbaru dan terkini dari Bata !
Layari www.bata.com.my
30 Comments
Cantiknya kasut dan bag tu
ReplyDeleteComelnya kasut tu
ReplyDeleteperghhhh shopping sakan ni
ReplyDeleteAda nampak kasut raya akk di situ hehe. Eh.. Cantik beg mimi. Akk suka
ReplyDeleteKak Sue dah pi semalam tapi ada yang dah habis size.. nanti nak repeat lagi lah.. hehehe..
ReplyDeleteKasut dia cantik, tahan lama pula tuh
ReplyDeleteBeg dan kasut design dia semua cantik2....fuh kena p ni BATA
ReplyDeleteI love Bata's floral design! It's no longer the simple Bata years ago
ReplyDeleteLawa betul design bag dan kasut Bata ni kan. Kasut raya tak ada lagi. Bolehla pergi Bata lepas ni.
ReplyDeleteCantiknya kasut dan bag di sini. Saya yang tak sambut raya nak pergi shopping raya juga la macam ini.
ReplyDeleteLawa lawa lah koleksi kasut dan beg tu. I suka beli kasut Bata, harga tak mahal tapi berkualiti.
ReplyDeletebanyaknya pilihan..rambang mata pulka..belum tengok depan-depan lagi..ehhee..cantik semuanya..nak cari kasut dekat bata ni..
ReplyDeleteYa Allah jatuh hati tengok backpack hehe
ReplyDeleteSaya follow sini.
Jemput blogwalking blog saya :)
Cantiknya handbag dan kasut bata ni.raya ni nak pergi beli handbag raya dan kasut ray dekat sini la
ReplyDeleteKita pengguna BATA sejak kecik lagi tau. Kiranya mak abh kalau belikan kasut anak anak mesti nak cari kat bata. Sudahnya, kita sekarang ni pun belikan untuk anak anak pun kat BATA. Lepas baca entri akk pasal boleh jadi ahli tu, kita terus register tau. Haha
ReplyDeletePastu masa besday dapat voucher, belikan kasut untuk zara.
Baru ni ke Aeon Tebrau nak singgah bata. Penuhnya orang. Tak dapat nak survey handbag. Tahun ni tak beli lagi handbg pakai raya. Hukhukhuk
Rawlins dah makin tertarik dengan produk Bata nie - kualiti makin hebat dan design makin international.
ReplyDeletePaling Rawlins tertarik adalah sebab harganya sangat mampu milik kan.
Eh. Ada diskaun lagi?
Memang kena beli la boots yang Rawlins berkenan aritu.
secara jujurnya, saya merasakan harga di kasut bata agak sedikit mahal berbanding di tempat lain. namun kualiti kasut bata memang sangat terbaik dan tahan lama. sampai sekarang sy masih boleh guna kasut yang sy belid i bata 3 tahun lepas
ReplyDeletePromo beli RM149 dan dapat jam tu sampai bila ye? Menarik je promo tu. Boleh la bawak mak pergi beli kasut raya kat sini nanti. Design Bata sekarang pun dah banyak cantik cantik
ReplyDeleteMemang best kasut and beg kat sana, design stylish, pilihan banyak and harga juga berpatutan kan.
ReplyDeleteTak shopping raya lagi , nanti nak singgah bata jgk , tahun lepas beli kasut rayyan kat sini elok lagi haaa kualiti terjamin
ReplyDeleteBag bata pun dah cantik² skrg... nice..
ReplyDeleteHaa baru je terpikir nak beli kasut raya tetiba ternampak post ni. Boleh lah nak ke Bata nanti cari kasut raya yang sesuai. Dulu jarang beli produk Bata tapi kebelakangan ni banyak design2 Bata yang moden dan up-to-date. Harga pun berpatutan
ReplyDeleteBanyak design kasut n hand bag yg cantik2.. Berkenan AM.. Bata nie mmg produk yg diyakini n AM dah gunakan sejak dr zaman sekolah rendah lagi..
ReplyDeletecantik weh yg akak pilih tuuu...Sally akan pastikan Sally shopping kat BATA jugak nnt..hehehe
ReplyDeleteBaru terfikir nak shopping kat Bata. Last year pun sis pakai kasut raya dari bata, sampai this year kasut tu nampak baru je. Memang sis suka jenama bata ni dari dulu, selesa dan tahan lama, now design pun dah cantik2
ReplyDeletewahhhhh! Onie memang penggemar kasut dari Bata Malaysia juga! Memang kasut dia selesa semuanya. Lelagi part tapak kasut tu. Tu yang membuatkan onie suka nak beli dekat Bata Malaysia ni.
ReplyDeleteBata kasut dia mmg bagus dan thn lama, Kak pun mmg suka kasut bata
ReplyDeleteCantik kasut-kasut ni. Harga promosi memang berbaloi untuk beli nak raya ni. Boleh tukar-tukar kasut dan padankan dengan baju raya. Beg dia pun cantik juga. Nak bawa mak ayah shopping kat sini lah
ReplyDeleteComelmla koleksi kasut budak tu. Geram pulak I tengok. Nak nak yang design hello kitty tu.
ReplyDeleteBest!!!! my family and i pun suka Bata macam macam design and harga pun berpatutan juga.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com