Friday, May 24, 2019

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DENGAN DETTOL!

May 24, 2019 18 Comments
KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DENGAN DETTOL! | Hai semua! Salam Ramdhan. Beberapa sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal pula akan menjelma. Rasa sedih pulak kan.

Tak kira Ramadhan atau Syawal kita semua sibuk dengan rutin harian dan juga persiapan nak sambut Syawal. Bila dah sibuk ni faham fahamlah kita akan lakukan kerja membersi dan menceriakan rumah. Penting sangat untuk kita jaga kebersihan persekitaran dan juga diri. Mimi sekeluarga memang menggunakan Dettol kerana Dettol merupakan produk yang dipercayai untuk melindungi keluarga Mimi dengan kuman berbahaya.



Sangat penting bagi kita semua menjaga kebersihan persekitaran dan diri serta keluarga. Macam Mimi ada tiga anak yang sedang membesar. Memang banyak cabaran nak ajar anak anak jaga kebersihan diri.

Inisiatif yang Mimi ambil untuk lindungi anak anak dari sebarang kekotoran dan kuman berbahaya ialah dengan memilih produk Dettol. Setiap kali sebelum makan dan selepas makan Mimi akan ingatkan anak anak basuh tangan. Dekat sink memang Mimi dah letak siap siap Dettol Handwash.


Kalau pergi ke mana mana Mimi akan standby Dettol Anti Bacterial Wet Wipes dalam handbag. Ada anak kecil memang kena standby wet wipes ya. Nanti ada saja yang dia makan dan main. Kita bukan nampak kuman yang ada kan. Jadi, memang tugas Mimi kena pastikan anak anak sentiasa bersih dan bebas kuman berbahaya.

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DENGAN DETTOL!

Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. 


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!


Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca 2 yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Dettol Team at Bazaar Jalan Kuching

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan. 

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan :-

  • Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
  • Sanitiser Tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air;
  • Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan


Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk  3 kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!


Team Dettol at Bazaar TTDI


Team Dettol at Bazaar Bandar Tasik Permaisuri

Untuk info lanjut, sila layari :-

Wednesday, May 22, 2019

A'BLOOM PRODUK EKSKLUSIF ALTHEA TERBARU DI PASARAN

May 22, 2019 23 Comments
A'BLOOM PRODUK EKSKLUSIF ALTHEA TERBARU DI PASARAN | Hai semua! Kalau bab bab produk Althea ni memang Mimi suka dan jatuh cinta tau! Bulan lepas Althea telah memperkenalkan produk eksklusif terbaru mereka iaitu A'bloom. 

Apa A'bloom tu mesti korang nak tahu kan? Hah, apa kata baca entry ni sampai habis. Confirm korang akan jatuh hati dengan rangkaian produk A'Bloom eksklusif dari Althea ni. 



A'BLOOM PRODUK EKSKLUSIF ALTHEA TERBARU DI PASARAN


Apa itu A'bloom?  

Althea memperkenalkan 4 produk terbaru mereka iaitu A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Giant Meringue, A'bloom Baby Meringue dan A'bloom Mask Sheet. 

Perghhh memang best best semua rangkaian produk Althea ni. Tak sabar Mimi nak share dengan korang satu persatu mengenai produk A'bloom dari Althea ni. 

A'bloom BHA Blackhead Blaster



A'bloom BHA Blackhead Blaster diperkenalkan bagi mengatasi masalah whitehead dan blackhead. Didatangkan dalam packaging yang menarik iaitu bentuk stick dan mudah digunakan. Hanya pusingkan saja dan boleh terus pakai. Yang lagi best saiznya kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja. 

Ia mengandungi apricot seed powder untuk mengeluarkan sebum berlebihan dan mengandungi tea tree oil untuk menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan serta kemerahan pada kulit muka. 



Cara menggunakan: Basahkan muka dengan air suam. Keringkan muka dengan tuala. Kira muka dalam keadaan lembap gitu sapu pada bahagian yang bermasalah terutama di kawasan hidung untuk beberapa saat. Kemudian bilas dengan air bersih.

Harga : RM16. 00

A'bloom Giant Meringue Puff



A'bloom Giant Meringue Puff ni saiznya besar. Ia digunakan untuk meratakan foundation di muka. Giant Meringue Puff ni boleh digunakan dengan dua cara sama ada guna ketika kering ataupun basah. Saiznya yang besar memudahkan untuk sapuan foundation ke seluruh muka. Meringue Puff ni diperbuat daripada High Density Latex Free Foam. Bila picit picit memang lembut sangat puff ni. 

Harga : RM8.00

A'bloom Baby Meringue Puff



Ishh masa mula mula dapat dah rasa geram tau. Dah lah kecil comel pulak tu. Pink pulak tu. Lagi bertambah geram tau. Sama juga macam Giant Meringue Puff, Baby Meringue Puff juga digunakan untuk meratakan foundation dan concealer pada muka dengan mudah di bahagian bawah mata dan hidung. Ia juga diperbuat daripada High Density Latex Free Foam. 

Harga : RM11.00 (3 pieces) 

A'bloom Mask Sheet



A'bloom Mask Sheet ni terdiri daripada 4 jenis mask iaitu:

🌸A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright
🌸 A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me
🌸 A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach
🌸A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long

A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright

Mask ni membantu untuk mencerahkan kulit kerana ia memgandungi Vitamin C dari Lemon dan Lime. Ia juga mengandungi double dose dari ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik gelap. Selain daripada itu, ia juga mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit dan menenangkan kulit. Bahan utamanya terdiri daripada Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis. 

Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.



A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me

Mask ini kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada kerosakan  alam sekitar yang berbahaya serta dan mencegah wrinkles. Kandungannya terdiri daripada ekstrak avocado dan bunga raya ( Hibiscus Sabdariffa ) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.


A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach

Mask anti blemish ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Diadun dengan ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.

Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif

A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long


Mask ini mengandungi esktra tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi ia membantu dalam menyuburkan kulit dan menenangkan kulit.

Lavender pula mempunyai bauan yang indah, memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.



Ini first mask yang Mimi cuba tau. Memang best sangat. Sejuk je muka. Lembap lembap gitu! Memang sesuai sangat untuk kulit berminyak macam Mimi pakai. 

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak. 

Harga : RM 2.00 sekeping

Hah best best kan rangkaian produk eksklusif Althea ni. Kalau    korang nak jugak, boleh terus beli di https://my.althea.kr

Tuesday, May 21, 2019

Redoxon Double Action Vitamin C dan Zink Sepanjang Hari

May 21, 2019 27 Comments
REDOXON DOUBLE ACTION VITAMIN C DAN ZINK BEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI | Hai semua! Bulan puasa ni memang akan rasa letih dan mengantuk. Nak buat kerja pun rasa lesu saja, betul tak? Tapi alhamdulillah sepanjang Ramadhan ni, Mimi rasa bertenaga sejak amalkan Redoxon Double Action Vitamin C dan Zink. Kalau terlupa makan memang rasa letih dan mengantuk sangat. 

Sebelum ni memang Mimi amalkan vitamin C tapi lama sangat stop sebab tak serasi. Bila beli online ni faham sajalah risikonya kan. So, sebelum puasa Mimi decide cari vitamin C di Watsons. Bila umur meningkat ni memang kena consume vitamin C. Jadi, Mimi pilih REDOXON DOUBLE ACTION VITAMIN C DAN ZINK BEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI. 


REDOXON DOUBLE ACTION VITAMIN C DAN ZINK BEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI

Semua tahu akan kepentingan vitamin C dalam tubuh badan kita. Redoxon yang Mimi beli ni jenis chewable dan cara makan hisap saja. Memang terasa orange dan masam masam manis tu. Dalam botol ni mengandungi 60 tablet. Boleh tahan sehingga satu atau dua bulan saja. Redoxon ni makan 1-2 tablet sehari. 



Macam Mimi sendiri amalkan Redoxon ni ikut mood. Kadang makan satu tablet kadang dua tablet. Ikut keadaan. 



Redoxon Double Action memgandungi 500mg Vitamin C dan 5mg Zink. 

Vitamin C dan Zink memainkan peranan yang penting dalam proses metabolisma. Sebagai contoh vitamin C sangat penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi serta pembentukan badan secara umum.

Zink merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik. 




Redoxon Double Action ni didatangkan dalam bentuk tablet untuk chewable. Ada juga yang jenis rendam dalam air. Ikut mana yang korang suka. Mimi suka yang chewable ni. Harga untuk sebotol Redoxon yang Mimi beli ni RM20. 00++ tak ingat pulak exact amount. Kalau korang nak try Redoxon ni boleh cari di Watsons berhampira . 

Saturday, May 18, 2019

RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA

May 18, 2019 30 Comments
RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA  | Hai semua! Dah beli kasut raya dan beg raya ke? Kasut raya anak anak dan suami dah siap beli lagi dua hari nak puasa. Mimi tak beli kasut raya pun beli kasut untuk pakai pergi kerja saja. Dan semestinya kasut raya yang family Mimi beli dari Bata Malaysia. Kasut dari Bata memang jadi pilihan sebab ada pelbagai design dan tahan lama. Tahun ni memang family Mimi Raya Sakan dengan Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin gitu! 

Memandangkan tahun ni Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin,  ia menawarkan pelbagai design dan corak yang menarik di samping promosi yang best dan buat korang nak beli dan beli lagi. Hah gitu!



RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA

Mimi tak beli pun kasut raya tahun ni sebab kasut raya tahun lepas masih elok dan nampak baru lagi tau! Dah semestinya kasut tu Mimi beli di Bata masa bulan puasa tahun lepas. 


Jadi, raya tahun ni Mimi nak beli beg raya pula. Dah bertahun tak beli beg baru kali ni kita shopping beg!

Nak tahu beg mana jadi pilihan hati Mimi baca sampai habis ya. Jom cuci mata dulu tengok koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama!

KOLEKSI RAYA SAKAN DENGAN BATA RAYA BERGAYA

Masuk Bata memang hati kena kental. Kalau tak, rasa nak borong semua tau! Semua koleksi nampak cantik dan elok saja di mata. Yelah jenama Bata kot! Jenama paling mendapat tempat di hati pelanggan! Selesa, harga murah dan mampu milik gitu! Mohon bertabahlah baca entry Mimi ni ya. Agak mana yang berkenan terjah cepat cepat kedai Bata yang berhampiran! 

Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Beg Wanita






Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Kasut Wanita








Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Kasut Lelaki dan Kanak Kanak






Ini baru sikit tau korang. Ada pelbagai lagi koleksi design dan corak kasut serta beg yang cantik cantik! Yang penting kualitinya terjamin dan harga mampu milik. 

APA MIMI BELI DI BATA SEMPENA PROMOSI BATA BERGAYA BERSAMA

Nak dijadikan cerita, masuk saja outlet Bata, Mimi jadi rambang mata tengok koleksi baru yang ada. Baik kasut mahu pun beg. Memandangkan misi utama Mimi nak beli beg jadi koleksi terbaru beg yang ada di Bata terus Mimi terjah. Dah nama pun perempuan kan, bab membeli memang ambil masa berjam lamanya. Yelah bukan senang nak puaskan hati. Nak nak suami pula pengaruh kuat! Ambil ni cantik yang ni tahan lasak... Ishhhh buat hati berbelah bahagi sungguh!




Kalau membeli memang Mimi suka belek dan check sesuatu barang tu sebab nak bagi puas hati. Dari segi jahitan, kekemasan, keselesaan dan fungsi semua tu memang Mimi ambil berat. Tapi koleksi di Bata Malaysia tak pernah mengecewakan okey! Mesti korang tertanya tanya antara koleksi terbaru beg raya Bata Bergaya Bersama yang ada mana satu jadi pilihan Mimi. 

Bila up status di facebook kebanyakan teka Mimi akan ambil beg yang kanan sekali tu, warna pink belacan! Yelah peminat pink tegar katakan mestilah orang akan teka warna pink belacan. Sebenarnya Mimi tak pilih warna pink belacan tau! Tapi warna lain! Nak tahu warna dan design apa Mimi pilih tengok sajalah gambar di bawah.

.



..



...



....


.....

Tada!!!!!!! 


Beg warna blue black jadi pilihan Mimi. Sebelum ni beg dah ada warna pink belacan takkan nak beli warna yang sama lagi betul tak? Tahun ni pilih beg warna lain. Dah lama tau aim backpack macam ni. Akhirnya berjaya juga beli beg idaman! Yeayyyy!!

Mesti korang tertanya tanya kenapa Mimi pilih beg warna blue black ni kan? Firstly, of courselah design begnya yang cantik dan lain dari beg yang ada. Sebab apa Mimi cakap lain? Kalau korang nak tahu beg yang Mimi beli ni boleh digayakan dengan dua gaya. Satu boleh dipakai  sebagai backpack lagi satu pakai macam handbag. Hah gitu? Sebab kedua Mimi pilih sudah tentulah warnanya yang cantik. Lagipun Mimi belum ada lagi beg warna ni, so Mimi grab terus. Last but not least of course lah bila pakai beg ni nampak lebih bergaya dan muda remaja gitu! Hahaha....


Korang yang belum shopping beli kasut raya ataupun beg raya cepat cepat singgah Bata Malaysia berhampiran dengan korang tau! 



Sekarang ni Bata  Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin menawarkan promosi yang best buat korang! Dengan setiap pembelian RM149 ke atas dalam satu resit korang akan dapat jam tangan dan bracelet Marie Claire secara PERCUMA dan juga dapat baucer bernilai RM25 di mana korang boleh tebus baucer tersebut untuk pembelian yang seterusnya. 

Kalau korang berbelanja RM99 ke atas pula korang akan akan dapat baucer bernilai RM25. Hah! Berbaloi ke tak shopping sakan di Bata? Berbaloi sangat kan!



Kalau korang tak berkesempatan nak terjah mana mana outlet Bata Malaysia berhampiran, korang juga boleh beli layari web Bata Malaysia untuk lihat koleksi terbaru dan terkini dari Bata !

Domino’s ‘Unite’ dengan Mobile Legends dalam 515 Quest

May 18, 2019 7 Comments
Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza RM5 & Regular Pizza RM15

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati sajian yang sungguh istimewa apabila Domino’s Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends untuk melancarkan kempen ‘United We Win’. Dalam kempen ini, pelanggan boleh merebut tawaran hebat dan menarik bersama Domino’s dan juga berpeluang untuk bertarung bersama-sama rakyat Malaysia lain, menyelamatkan dunia dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang!



Ditubuhkan oleh Moonton, permainan popular Mobile Legends: Bang Bang telah dipilih sebagai acara pingat di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 yang dijadualkan berlangsung pada bulan November di Filipina. Malaysia adalah antara beberapa negara yang akan melancarkan kempen global Mobile Legends ‘515 Unite Day’ yang bakal menghimpunkan para pemain dan individu lain untuk menyelamatkan dunia. Kempen ‘United We Win’ anjuran Domino’s akan menyokong ‘515 Unite Day’ dengan matlamat menarik penyertaan baharu dalam permainan. Di samping itu, di dalam kempen ini, mod permainan baharu akan dilancarkan sambil peserta berusaha mematahkan serangan kuasa gelap yang bakal menjelma. 

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, kami tetap berpegang teguh pada janji kami ‘It’s All About You’. Kerjasama kami dengan Mobile Legends bagi kempen ‘United We Win’ mencerminkan janji Domino’s untuk membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi piza dan gaming. Kempen ini juga menekankan sokongan berterusan Domino’s kepada industri esports yang kian berkembang. Domino’s mengiktiraf potensi besar esports dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami berusaha menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka dengan membuka pelbagai peluang keemasan. Justeru, Mobile Legends ialah platform yang sesuai untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan esports kegemaran mereka, dan kami gembira untuk menganjurkan satu-satunya permainan persahabatan seperti ini demi hiburan masyarakat. Rakyat Malaysia sudah pasti akan menikmati tawaran ‘515’ kami yang luar biasa dan juga bersuka ria bersama rakan-rakan dan orang yang tersayang dalam kempen ini.”


Mobile Legends: Bang Bang ‘515 Unite Day’ berlangsung dari 20 April hingga 8 Jun 2019. Sempena dengan ‘515 Unite Day’, kempen Domino’s x Mobile Legends ‘United We Win’ yang diadakan dari 29 April hingga 23 Jun 2019 akan menyaksikan pelbagai promosi hebat bawa pulang ‘515’ Domino’s termasuk Personal Pizza daripada harga RM5, yang memberikan penjimatan RM7.90 dan Regular Pizza darpada harga RM15, untuk penjimatan RM14.90. Personal Pizza serendah RM5 ialah tawaran nilai luar biasa Domino’s, sejajar dengan matlamat jenama untuk membawakan tawaran Ohsem Hari-Hari kepada rakyat Malaysia. Ditawarkan setiap hari sepanjang minggu, rakyat Malaysia mempunyai 13 perisa untuk dipilih menerusi Ohsem Hari-Hari.


Untuk lebih banyak lagi penjimatan, pelanggan boleh membeli United We Win Combo, yang menawarkan 1 Regular Pizza,  1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM24.90, untuk penjimatan RM15.90 atau 2 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM21.85. United We Win Combo disediakan dengan penghantaran percuma, dengan jaminan penghantaran 30 minit. Tambahan lagi, pelanggan boleh menyertai peraduan ‘United We Win’ Domino’s dengan setiap pembelian Personal Pizza RM5, Regular Pizza RM15 atau United We Win Combo. Pelanggan berpeluang untuk memenangi patung kecil Miya Edisi Terhad, Set Parti Domino’s, Grafik Kagura Soryu Maiden (Epic), dan banyak lagi.


Nelson Woon, Pengurus Pemasaran Serantau (Asia Tenggara) Moonton berkata, “Kami benar-benar teruja untuk berkolaborasi bersama Domino’s Pizza dalam kempen ‘515 Unite Day’! Esports kini semakin menarik perhatian orang ramai di Malaysia dan Majlis Olimpik Asia telah menyedari nilai tontonan dan kandungan bagi esports kini mengatasi sukan tradisional. Sebagai acara esports pertama yang disahkan masuk Sukan SEA 2019, rakyat Malaysia pasti tidak sabar untuk mencuba permainan ini bersama rakan dan keluarga, sambil menikmati piza lazat daripada Domino’s. Kami berharap kerjasama seperti ini akan terus menambat hati dan selera rakyat Malaysia.”

Mencerminkan cogan kata esports Domino’s, “Gaming is Pizza Party Time!’, ‘United We Win’ telah menyaksikan persaingan hebat antara tokoh-tokoh permain popular sambil mereka berganding bahu dengan rakan sepasukan untuk menumbangkan “Enemy Crystal”. Ini adalah kali pertama Domino’s Pizza Malaysia menganjurkan sesi permainan secara langsung di cawangannya, menawarkan piza lazat dan hidangan sampingan kepada penonton yang menyaksikan paparan secara langsung dan ulasan mengenai pertempuran yang berlaku daripada pengulas permainan.


Pasukan yang bersaing untuk menjulang kejuaraan termasuk Sterk Production, eGG Network, Sultan Army, Todak, Ai Gaming dan Team Bosskurr Pusher. Dalam Pertandingan Akhir, pasukan pilihan Bosskurr Pusher telah bersaing menentang Todak dalam perlawanan sengit yang mendebarkan para penonton. Akhirnya, Todak berjaya memusnahkan “Enemy’s Crystal” dan dinobatkan sebagai juara, sekaligus membawa pulang Hadiah Utama berupa wang tunai RM2,000.

Sebagai sebahagian daripada matlamat kempen untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyertai perjuangan menyelamatkan dunia, ‘515 Unite Day’ telah dilancarkan di Pulau Pinang dan Kedah. Untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, kempen ini akan singgah di AEON Station 18, Ipoh pada 1 Mei, Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei, Domino’s Pizza Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada 11 Mei, sebelum menutup tirai di Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada 18 Mei. Rakyat Malaysia berpeluang untuk menemui selebriti, menyaksikan pasukan profesional bersaing sengit dan juga menyertai pertandingan tarian dan cabutan bertuah menarik. Domino’s Pizza juga akan menawarkan piza percuma dan tawaran nilai luar biasa di setiap persinggahan tersebut. 


Berkongsilah saat-saat menarik Mobile Legends anda bersama Domino’s di media sosial dan tag kami dengan @DominosMy, #DominosMy, #515Unite dan #MLBB. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘515 Unite Day’ bersama Domino’s Pizza dan Mobile Legends, sila klik pautan berikut:

Tuesday, May 14, 2019

Kek Viral RM10 Isma Bakery Port Dickson

May 14, 2019 48 Comments
KEK  VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON| Hai semua! Selamat berpuasa bagi kaum Muslimin dan Muslimat . Kat sini siapa suka makan kek angkat tangan! Hah Mimi nak share dengan korang pasal KEK VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON! Memang murah dan sedap . 

Sebelum ni mana nak dapat kek yang sedap dan murah. Susah nak dapat. Sekarang ni dah ada kek dijual murah dan sedap. Tak percaya? Hah sebelum puasa, Mimi ada beli kek viral RM10 Isma Bakery Port Dickson tau. Serius memang sedap keknya. Dahlah lembut murah pulak tu! 

KEK  VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON



Mula mula Mimi tak tahu juga pasal kek viral RM10 ni. Biasa beli dekat kedai bakery lain harga standard cecah RM28 dan keatas walaupun kek tu saiz kecil dan 1/2kg. Mimi tahu kewujudan kek viral RM10 ni pun daripada adik sepupu. Dia beli kek untuk sambut hari lahir staf di tempat kerja dia. Bukan satu tapi dia beli lebih dari 5 biji. Tak ingat exact amount kek yang dia beli masa tu. Tapi memang banyak. Macam macam flavour ada dijual. Siap share dekat group whatsapp family lagi. 

Dia siap promote cakap kek sedap dan murah. Bila dia beritahu harga Mimi cakap dia membongak. Mana tanya aje gila kek macam tu harga murah. Tak puas hati Mimi usha FB pula. Bila tengok memang betul murah kek yang dijual. Hah apa lagi dah alang alang pejabat nak buat majlis bacaan yassin dan tahlil sempena sambut Ramadhan dan nak sambut hari lahir staf, Mimi pun order kek di Isma Bakery.

Mimi order 4 biji kesemuanya. Setiap kek berat 1/2kg ya. Harga setiap kek RM10 tapi memandangkan Mimi beli waktu promosi 2 BIJI KEK 1/2 KG RM15 so total yang Mimi bayar 4 biji kek RM30. Hah murah tak? 



Kek yang Mimi order ialah kek Tiramisu untuk birthday Januari, kek Pandan Gula Melaka untuk birthday Februari, kek Red Velvet untuk birthday March dan kek Blueberry Cheese untuk birthday April. Majlis 03 Mei so Mimi pick up 02 Mei petang selepas balik kerja. Gigih dari Seremban ke Port Dickson nak ambil kek.


Tiramisu
Coklat Vanila




Red Velvet
Blueberry Cheese




Masa sampai Isma Bakery tu jangan cakaplah memang penuh orang tau. Ada yang datang nak ambil kek yang ditenpah, ada yang datang nak tuntut kek percuma dan ada yang walk in nak beli kek terus.

Tapi masa nak ambil kek yang ditempah Mimi kecewa sikitlah, sikit je sebab kek Pandan Gula Melaka yang Mimi tempah tak ada. Sebenarnya memang staf dah asingkan tapi tak tahu mana silapnya kek tu tak ada. Mimi pun tak pastilah apa yang jadi. 

Kecewa memang ada TAPIIII kekecewaan Mimi terubat bila staf offer gantikan dengan kek lain. So kek Pandan Gula Melaka digantikan dengan kek Chocolate Vanila. Mimi pun tak suka nak bising bising yelah sebab benda kecilkan. Mungkin ada yang cakap "Eh dah bayar mana boleh macam tu, kenalah tuntut juga." Ya, memang dah bayar tapi benda yang berlaku kecil je, benda boleh settle buat apa nak gaduh, betul tak? Hah gitu!


Credit gambar : Is Ma

Di Isma Bakery bukan kek saja ada dijual tau, ada juga dijual aiskrim, biskut, kerepek dan pelbagai lagi. Semua harga yang dijual memang berpatutan. Kek birthday yang korang nak tempah ikut tema macam tema Frozen ke, Minion ke, Unicorn ke semua Isma Bakery boleh buat. Harga kek yang ditempah ikut tema ni harganya bukan RM10 tau tapi harga lain tapi still murah. Sebab apa? Sebab Isma Bakery buat kek bertema ni ikut bajet yang korang mampu.


                               Credit gambar : Is Ma


Credit gambar : Is Ma

Selain daripada beli kek viral RM10, Mimi ada juga beli cheese kek leleh di Isma Bakery. Harganya RM15. Memang sedap dan lembut tau korang. Berbaloi sangat beli. Kira rasa kek tu berbaloi dengan harga yang dijual.



APA ISTIMEWANYA ISMA BAKERY PORT DICKSON?

Hey banyak istimewanya ISMA BAKERY ni tau. Antaranya ialah : 

1) stafnya sopan dan ramah

2) aneka kek sedap dan murah


Credit gambar: Is Ma


Memang murah nau nau. Sedap tak payah cakap. Dahlah sedap, lembut pulak tu.

3) promosi yang tak masuk akal

Sekarang ni ada promosi 2 biji kek 1/2kg harga RM15. Hah murah tak? Tak masuk akal promosi kek ni. Hahaha... 

4) kek percuma hari lahir

Sepanjang 2019 ni ada tawaran kek percuma hari lahir. Sekarang bulan Mei. Yang mana hari lahir dah lepas jangan gatal gatal nak tuntut. Dak Mimi luku kang. Yang hari lahir akan datang ni korang boleh tuntut di Isma Bakery. Contoh birthday korang 15 Mei ni korang boleh tuntut kek free di Isma Bakery dengan syarat korang bawa ic original atau fotostat untuk tujuan pengesahan ya. Tapi sekiranya masa tarikh hari lahir korang nak tuntut kek tu bakery tutup korang boleh je datang keesokkan hari untuk tuntut. Faham?

5) buat giveaway

Isma Bakery ni suka buat giveaway bagi kek free atau kek harga RM0.10 untuk followers di Facebook. Belum pernah lagi Mimi tengok bakery lain buat macam ni. Ni first bakery yang Mimi tengok buat macam ni tau.

Isma Bakery ni bukan untuk orang Port Dickson atau Seremban sahaja ya. Yang duduk di luar kawasan pun boleh datang beli atau tempah kek kat sini. Nak tuntut kek free pun boleh (sila rujuk point no 4 di atas)

Kalau korang masih tak percaya atau was was hah pergi terjah FB Isma Bakery follow rapat rapat    atau korang guna je waze atau maps taip "Kedai Kek Isma Bakery" memang korang akan sampai betul betul depan bakery. Oh ya lupa nak beritahu korang, Isma Bakery ni terletak di kawasan perumahan tau. Isma Bakery ni betul betul di corner lot.

Info lanjut mengenai KEK VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON layari :

Facebook: Is Ma