Friday, April 12, 2019

Sedondon di Majlis Sambutan Hari Polis ke 212

SEDONDON DI MAJLIS SAMBUTAN HARI POLIS KE 212 | Hai semua ! Setiap tahun pada 25 Mac memang menjadi acara wajib Sambutan Hari Polis diadakan bagi memperingati penubuhan pasukan keselamatan ini serta jasa dan pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan negara kita.

Setiap kali Hari Polis Mimi akan teringat kisah Bukit Kepong. Sedih bila mengenangkan polis dan ahli keluarga mereka yang terkorban. Tapi Mimi tengok sekali dua jela memang takkan repeat banyak kali sebab sedih .



SEDONDON DI MAJLIS SAMBUTAN HARI POLIS KE 212

Sempena Hari Polis yang lepas Mimi dan kawan kawan sepejabat yang lain sepakat nak pakai baju sedondon tapi yang perempuan sahaja. Lelaki tak join sebab diorang jenis cerewet dan agak memilih bab bab corak dan warna baju.



Kain ni kitorang order dengan ex officemate thru whatsapp je tau. Mimi siap tubuhkan group khas untuk pilih corak dan baju mana kitorang nak. Bayangkan lebih kurang sebulan saja nak majlis tapi baru nak pilih baju. Tu belum lagi tempah. Tawakal je kitorang ni kalau ada orang nak ambil tempahan baju lagi. Yelah dah nak puasa memang tempahan baju tutup awal kan.

Alhamdulillah mujur masih ada lagi yang ambil tempahan baju lagi. Tukang jahit baju semua orang lain lain so korang akan nampak perbezaan pada baju tu. 

Masa sambutan tu memang nampaklah kitorang pegawai awam wanita dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard ni sedondon. Sampai ada yang tegur ni group marhaban ke? Hahaha... hampeh betul.



Seawal 7.30 pagi dah terpacak masuk baris di padang kawad. Jangan fikir kitorang awam ni tak kena kawad tau. Kena juga tapi taklah beria sangat macam polis kan. Lama tak lama lah kitorang terpacak kat padang kawad. Pukul 8.20 macam tu dah habis. Nasib baik cuaca pun sedang elok.



Selepas berkawad ada jamuan makan. Sebelum makan memang masing masing sibuk bergambar lah kan. Sempat juga bergambar dengan anggota Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard yang bakal bersara tak lama lagi iaitu Sjn Amin dan Sjn Ismail. Dua dua dapat surat penghargaan sempena Hari Polis ke 212. Selesai bergambar kitorang pergi makan isi perut yang dah berkeroncong.



Alhamdulillah sambutan Hari Polis ke 212 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan berjalan dengan lancar. Semoga pasukan Polis Diraja Malaysia terus berusaha dan berusaha untuk meningkatkan integriti dan maju dalam membentuk pasukan yang disegani masyarakat .

'POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA'

25 comments:

  1. seronoknya dapat join majlis2 macam ni..meriah siap plan nak pakai sedondon tu hihi..yg perli mcm marhaban tu kelakar..larikkkk

    ReplyDelete
  2. Nampak elegan bebenor pakaian sedondon cenggitu.. Tambah menarik bila dapat pakai secara berjemaah dgn opis mate.. Meriah abis kan..

    ReplyDelete
  3. cantik pilihan corak n color baju sedondon ni tau...
    nsb ada yg nk amik tempahan dlm masa cepat je...

    ReplyDelete
  4. Wahhhh bestnya kalau dapat group yang nak pakai sedondon. Selamat hari polis ye untuk polis yang disana tu.

    ReplyDelete
  5. mimi, cantik baju..akak suka design gitu...

    ReplyDelete
  6. Staff Rawlins pun suka sedondon kalau ada acara universiti - seronok bila dah sedondon beramai-ramai kan. Meriah suasana blla dah reramai sesama kan. Selamat Hari Polis

    ReplyDelete
  7. Akak buat saya rindu keje gomen la kak. Saya suka bila musim perayaan dapat kain untuk bertugas. Hehehe. Semua warna sama dan cantik. Macam hari raya gitu. Hehehe

    ReplyDelete
  8. wah meriahnya! dulu pernah juga join sambutan hari polis dekat kedah kalau tak silap sambutan ke 200 kot. hahaha tahniah Polis dan terima kasih kerana banyak berbakti pada negara

    ReplyDelete
  9. Alaa comey je sedondon-sedondon ni. Macam budak sekolah asrama dah semua. hehe. Kita sedondon dgn anak-anak je la.

    ReplyDelete
  10. wah.. selamat hari polis seduania ye.. lawa pulak mimie dan rakan-rakan pakai sedondon tu.. sempena sambutan hari polis yea..

    ReplyDelete
  11. cantiknya baju kurung tu, sedondon nampak semangat yang jitu pula dalam persahabatan akak, have a nice day ahead.

    ReplyDelete
  12. Rajinya pakai sedondon macam ni. Teringat time zaman belajar dulu. Duduk kuartes camni best jugak eh. Ada geng yang boleh join.

    ReplyDelete
  13. Wahhh.. seronok kan.. Suami sambut hari polis Kat ipd muar. Keluarga 5org polis. Hehe..meriah sekali nak ucapkan hari polis sbb ramai..

    ReplyDelete
  14. Sekali sekala pakai sedondon apa salahnya kan hehe. Nampak cantik ape.. rasa lagi semangat pulak ada geng pakai sama kan hehehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Alahai.... Sukanya kita tengok! Segak hensem abam polis bila beruniform. Cantik manis mimi dan kengkawan sedondon warna pink! Selamat Hari Polis

    ReplyDelete
  16. Wow Selamat Hari Polis yang ke 212 cantik seragam mimi pakai nampak pink gitue

    ReplyDelete
  17. Wahhhh cantik je semua pakai sedondon. Selalu nampak time raya je. Baguslah semua sepakat nak pakai pakaian yg sama. Bisany org2 xnak pakai pakaian yg sama. Nampak manis semuanya pakai berbaju kurung. Selamat hari polis 🤗

    ReplyDelete
  18. Amboii, sedondon semuanya ye. Dah macam zaman sekolah dulu pulak, geng nasyid pakai sedondon. Heheh

    ReplyDelete
  19. Wah sweet ja baju sedondon. Pink lagi. Hehehe pakai ramai2 bila tangkap gambar nampak lawa dan seragam ja.

    ReplyDelete
  20. Suka bila pakai sedondon macam ni. Cantek jer bila pakai ramai2 hehehhe. Ni kalau pakai dalam acara tertentu mesti best

    ReplyDelete
  21. Wow how did you get invited to such an event? Looks like you've enjoyed yourself so much during the event!

    ReplyDelete
  22. Cantik je bila sedondon dgn satu geng erk.. liez tahun ni tak join hari polis.. anak-anak tak sihat .. klau tak mmg seronok bawak anak-anak tgk polis berkawat dgn persembahan motor dan perarakan bdn beruniform

    ReplyDelete
  23. Terbaiklah kak . Siap tubuhkan group lagi. Hebat! Nasib baik masih ada tailor yg sudi nak ambik tempahan. Kalau tak? Achaner ler gamaknamya ya! Eheheeh. Tp baju cantik. Selamat hari polis!

    ReplyDelete
  24. Wah boleh kawad juga ya, dulu time sekolah i pernah kawad for a few year from my rumah pasukan, i think know might forgot already.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.