Wednesday, April 03, 2019

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE | Hai semua ! Sekarang ni Mimi memang menggunakan skincare dari produk Korea. Sebab apa Mimi lebih suka guna produk Korea ni sebab banyak produk dari Korea ni menggunakan bahan semulajadi. Bila umur semakin meningkat memang perlu menitikberatkan kandungan skincare yang kita nak guna sebab akan beri kesan pada muka juga kalau guna skincare yang mengandungi bahan kimia berbahaya, betul tak?

Sekarang ni kulit muka Mimi mudah sangat tumbuh jerawat tau. Kadang jerawat halus kadang yang besar. Jadi, Mimi pun survey skincare yang sesuai dan bagus untuk atasi masalah jerawat ni. Survey punya survey, Mimi pun pilih ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni sebab kawan kawan ramai yang guna cleanser cakap bagus. Nampak tak kat situ tergoda dengan review kawan kawan. So nak tahu serasi ke tak dengan kulit Mimi, sila baca sampai habis cerita Mimi .


RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE

Actually  kulit muka Mimi ni jenis berminyak. Jerawat memang suka sangat "berkampung" di bahagian dagu dan pipi . Favourite place gitu! Jadi, kenalah guna pencuci yang sesuai dan boleh rawat masalah yang Mimi hadapi sekarang ni.


Mimi pilih untuk cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser kerana produk dari Hansaegee Nature ini diperbuat daripada 10 jenis ekstra tumbuhan semulajadi dan merupakan 100% original made in Korea. Sejenis dak Mimi kalau nak beli sesuatu produk memang akan tengok kandungan produk tu. Yelah sebelum ni tak pernah ambil kisah pun kandungan sesuatu produk sebab nak cantik cepat  Hah, bila stop mulalah timbul macam macam masalah. So, pengajarannya sekarang ni memang Mimi akan ambil tahu tentang kandungan sesuatu produk sebab tak nak pisang berbuah dua kali. Bila tengok kandungan Aloe AC Bubble Cleanser ni diperbuat daripada bahan semulajadi sudah tentulah ia selamat dan beri kesan yang bagus untuk kulit muka kan .

Untuk pengetahuan korang  Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni diperbuat daripada bahan utama Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Kita semua tahu kebaikan Aloe Vera memang sangat bagus pada kulit terutamanya melembapkan kulit, menghilangkan jerawat, mengecilkan liang pori, memudarkan parut jerawat dan sebagainya.

Manakala Tea Tree Leaf Oil pula sangat bagus untuk mencegah jerawat dan mengurangkan parut jerawat. Sebab tu lah Mimi nak sangat sangat guna cleanser ni kerana ia boleh mencegah jerawat di samping melembapkan dan melembutkan kulit muka .

Mesti korang nak tahu apa kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser  ni kan. Antara kebaikannya ialah:

­čĺ«Mengawal sebum/minyak

­čĺ«Menghilangkan kekotoran dan sel kulit mati pada kulit

­čĺ«Merawat masalah jerawat

­čĺ«Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori

­čĺ«Memberi kelembapan kepada kulit 

TEKSTUR DAN PACKAGING ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER


Untuk pengetahuan korang, cleanser ni didatangkan dalam botol di mana ia berbentuk liquid bila di dalam botol. Bila pam ia akan akan keluar dengan bentuk foam 'soft bubble' yang wangi. Packaging cleanser ni sangat praktikal bagi Mimi sebab hanya pam sahaja. Bila packaging macam ni kualiti cleanser lebih terpelihara dan 'hygiene' .

Mimi memang suka bau cleanser ni yang wangi dan menyenangkan. Bila sapu pada muka pun rasa soft saja tau. 


CARA MENGGUNAKAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER




Cara nak gunakan pun tak susah tau korang. Semudah ABC. Sebelum guna cleanser ni  basahkan muka dan tangan korang dengan air. Kemudian pam cleanser pada tapak tangan dan sapu secara urutan membulat pada seluruh muka korang .


Masa sapu pada muka korang boleh nampak buih buih halus ni bertindak pada muka sebab ia mesra air. 

PENDAPAT MIMI MENGENAI ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER


Masa pertama kali guna Mimi dah jatuh suka dah. Yelah, Mimi ni jenis yang bermekap. Bila apply cleanser ni pada muka yang ada mekap memang bersih lah segala mekap pada muka. 

Bila muka ada jerawat, Mimi guna macam biasa cleanser ni dan Mimi perasan jerawat akan cepat kecut selepas dua atau tiga hari penggunaan. Tu buat Mimi bertambah suka dan jatuh cinta dengan produk dari Hansaegee Nature ni tau. Tu maknanya ia memang serasi dengan kulit muka Mimi.


Nak tahu sebab apa Mimi suka sangat dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Sebab ia berbeza dengan bubble cleanser yang Mimi pernah guna sebelum ni. Teskturnya yang lembut seperti kapas selain daripada baunya yang wangi. Bila pam keluar nampak tau kehalusan bubble yang keluar dari botol.

Selepas cuci muka dengan cleanser dari Hansaegee Nature ni, kulit muka memang akan rasa bersih, tidak mengeringkan kulit muka dan yang paling best kulit muka sentiasa rasa lembap dan lembut tau korang. Tak macam kebanyakan bubble cleanser di luar yang memang berfungsi membersihkan kulit muka tapi kulit terasa kering, tegang dan tidak selesa selepas menggunakannya.  Sebelum ni Mimi memang ada guna juga bubble cleanser dari satu jenama. Lembut dan wangi tapi lepas guna kulit muka Mimi jadi tegang dan pedih. Lepas tu, mulalah kulit mengelupas di sekitar hidung dan pipi. Bila jadi macam tu terus Mimi stop guna. Tak sanggup nak tengok kulit muka mengelupas dan kering.




Tapi Aloe AC Bubble Cleanser ni lain dari yang lain tau, korang boleh tengok sendiri tekstur cleanser ni sangat ‘watery’ dan berbuih lembut di mana ia membersihkan jauh ke dalam kulit. Sebab teksturnya yang sangat lembut dan buih yang halus ia melembapkan kulit bukannya mengeringkan kulit. Jadi, tak perlu risau kalau nak gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab memang best tau korang. 


Kulit muka pun rasa lembap dan lembut selepas menggunakan. Nak nak sekarang ni cuaca panas yang boleh menyebabkan kulit kering tapi dengan adanya cleanser ni tak perlu risau kulit kering . Memang sentiasa rasa lembap. Yang paling best nak apply mekap pada muka pun jadi mudah.

Korang yang ada masalah kulit kering, berminyak dan berjerawat, Mimi highly recommend untuk korang cuba ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni. Memang best sangat sangat. So far, cleanser ni memang serasi dengan kulit Mimi mungkin juga serasi dengan kulit muka korang. Apa kata korang cuba dulu dan tengok sesuai atau tidak dengan kulit muka korang. Yelah, kulit muka kita tak sama kan . Tapi apa yang Mimi nak tekankan cleanser ni memang sangat selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan berbahaya. Jadi, bila nak guna tu memang tak ada rasa was was lah. 

Aloe AC Clean Bubble Cleanser sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit jenis kering, berminyak, sensitif/berjerawat, mempunyai blackhead dan whitehead serta mempunyai kulit mati. Harga sebotol cleanser ini ialah RM65 untuk 150ml. 

Boleh klik link di bawah untuk beli cleanser ni : 


                                   

Untuk sebarang pembelian dan info lanjut  boleh layari : 

­čîŞWebsite: 







24 comments:

  1. Suka BUBBLE..kalau nak cuci muka tu rasa lembut je..

    ReplyDelete
  2. Macam best ja nie Mimie tambah ada Aloe Vera kan..

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya buih dia nampak halus sangat kan....teringin nak cuba sebab banyak dah baca pasal produk hansaegee dari korea ni bagus

    ReplyDelete
  4. skin care is important for us, we need to care for our skin. NOw this brand 1st time to know it, shall visit the web for more info. I like the bubble and pump bottle looks easy to use too.

    ReplyDelete
  5. First time tengok facial cleanser dalam bentuk buih. Nampak mcm satu produk yg bagus. Boleh kawal minyak dan merawat jerawat pulak. Bagus betul nie. No wonder ramai yg reccomend produk nie

    ReplyDelete
  6. oh another product from HANSAEGEE NATURE. Their ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER looks like working well on your skin. I like bubble cleanser because it's so convenient to use

    ReplyDelete
  7. Pada masa itu ia akan memberi kesan pada wajah kerana saya menghadapi banyak masalah. Saya dijangkiti oleh cacar air supaya saya ingin membersihkan wajah saya. Adakah ia tersedia di hermo kerana hemro memberikan diskaun produk seperti yang anda gunakan hermo promo code pada produk yang dipilih

    ReplyDelete
  8. Memang best cleanser ni..bau pon harum..yang paling saya suka lepas cuci muka,kulit muka akan rasa lembab & bersih sepanjang hari..

    ReplyDelete
  9. Amboi dalam bilik air pun pakai tudung hehehehe wakakak jangan marah... Tapi tengok macam best jer lebut kat muka dan kulit wajah ok juga ni...

    ReplyDelete
  10. memang best pencuci muka ni...ayu pernah guna satu masa dulu...memang muka jadi lebih bersih...sebab dia mencuci lebih dalam...

    ReplyDelete
  11. Betul..produk korea mmg bagus, sis pun guna produk korea skrg ni..cuma yg ni belum cuba lagi. Kena try gak ni sb ramai kata bagus

    ReplyDelete
  12. Saya pun pakai yg ni sekarang. Memang best sangat. Lepas cuci je muka rasa beraih betul

    ReplyDelete
  13. so many bubbles.. looks like it's a great cleanser... nice to cure acne problem... great one..

    ReplyDelete
  14. waa bestnya hansagee ni byk betul kebaikannya

    ReplyDelete
  15. Serious la memang berkesan ke? Kalau berkesan nak suggest dekat kakak emi. Dia duk risau pasal masalah jerawat tapi tak tahu nak pakai produk apa.

    ReplyDelete
  16. Ramai pakao cleanser ni erk.. Nampak best.. Buih diabtu menarik. .Bubble2 gitu

    ReplyDelete
  17. I too like to use Korean products mostly. And seeing that the light foam can easily remove makeup too, I am already loving it.

    ReplyDelete
  18. Saya memang suka produk yang ada aloe vera. Aloe vera sangat baik untuk kulit.

    ReplyDelete
  19. Rasa nak try nanti lah bubble cleanser ni.. sebab macam rasa ok je kalau cuba yang ni.. tengok ramai bagi feedback ok.. hope boleh la tengok sesuai ke tak..

    ReplyDelete
  20. Saya muka sunburned sekarang ni. Hari-hari tepek facemask dan aloe vera, Doakan dapat kulit berseri kembali ye kak. Hehehe. Lepas tu bleh guna produk Aloe AC pula. hehehe

    ReplyDelete
  21. sama la kita mimi..dulu2 tak kisah sgt guna skincare dari ingredient apa pun..sejak dah berumur ni, lebih suka yg gunakan bahan semulajadi...Aloe AC ni k.fiezz pun guna jugak..mmg best...lembut..lepas cuci, kulit rasa moist je...

    ReplyDelete
  22. Haaaa...syok cuci muka berbuble npk mcm bagus produk dia

    ReplyDelete
  23. Wah macam best ja produk ni k.mimi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.