Monday, April 15, 2019

PENGALAMAN BERTUGAS SEBAGAI KPDP SK MAMBAU PRK RANTAU

PENGALAMAN BERTUGAS SEBAGAI KPDP SK MAMBAU PRK RANTAU | Hai semua! Alhamdulillah tahun ni tahun ketiga Mimi berpeluang bertugas semasa pilihan raya. Semasa PRU 14 dan PRK Port Dickson, Mimi bertugas sebagai Kerani Pengundian. Kali ni di PRK Rantau Mimi bertugas sebagai KPDP iaitu Kerani Penyemak Daftar Pemilih .

Walaupun skop tugas agak berbeza tapi alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Tak ada pun berlaku perkara yang tak diingini. 



PENGALAMAN BERTUGAS SEBAGAI KPDP SK MAMBAU PRK RANTAU

Mimi sampai di SK Mambau seawal pukul 7.00 pagi. Kena prepare apa yang patut. Seawal 7.30 dah ada pengundi yang datang. Kat sini kebanyakan pengundi terdiri daripada warga veteran. Ada yang lahir dari tahun 1919 tau korang. Dan ada antara pengundi veteran ni kategori OKU. Jadi, bila pengundi kategori OKU memang kami kena alert. 

Bertugas sebagai KPDP kena duduk di "Barung". Memang luaslah pengalaman bila duduk di luar. Boleh tengok macam macam gelagat. Mimi dan kawan setugas berpeluang bergambar dengan Ras Adiba Radzi tau. Beliau bertugas sebagai pemerhati pilihan raya, so dia memang akan ronda ronda dalam bilik pengundian lah. Lepas tu masa nak balik tu dia singgah "Barung" nak bergambar dengan kitorang.



Memang beliau peramah sangat sangat tau. Happening sangat kitorang masa tuh. Lepas tu ada satu kejadian yang buat Mimi sedih. Di mana salah seorang pengundi pakcik warga emas yang memang sedang sakit datang dengan ambulans semata mata nak mengundi. Masa tengok tu air mata dah bergenang dah sebab sedih. Yela sedangkan warga emas yang sakit pun sanggup datang dengan ambulans untuk jalankan kewajipannya inikan pula kita yang muda dan sihat walafiat kan. 



Alhamdulillah segala urusan Mimi dan rakan setugas dipermudahkan. Pukul 6.00 petang Mimi dah sampai rumah. Yela tugas sebagai KPDP tak seteruk tugas KP. Walaupun skop tugas tak sama tapi pengalaman bertugas di pilihan raya memang pengalaman yang menyeronokkan. Penat tapi enjoy. Hopefully lepas ni berpeluang bertugas di PRU akan datang. In shaa Allah Amiin. 

32 comments:

  1. Wah Bestnya pernah bertugas utk prk.. Dapat la rasa pengalaman lain dari. Lain kan

    ReplyDelete
  2. Baguslah boleh buat program macam ni. Well done

    ReplyDelete
  3. Seronok namapknya tu.
    Adoii!!! #sentap sihat-sihat muda belila pun malas pergi mengundi huhuhuu...

    ReplyDelete
  4. terbaik la pakcik tu... orang lama memang semangatnya tinggi...

    ReplyDelete
  5. teringin nak terlibat dalam kerja2 pengundian ni..boleh juga tengok pelbagai ragam manusia..janji enjoy dengan tugas yang telah diamanahkan

    ReplyDelete
  6. barung tu maksudnya apa ye mimi? jakun jap akak hehheh

    kak ras adiba tu mmg sgt peramah n tak sombong, akak follow kt ig dia... rajin jgk dia bls komen2 org... suka baca kisah dia...

    ReplyDelete
  7. Wah! Ras Adiba. Lama tak nampak. Mesti macam-macam peristiwa hari mengundi menjadi kenangan dan pengajaran, kan?

    ReplyDelete
  8. Tahniah kerana telah berjasa pada negara. Rawlins yang baca pasal pakcik tua tu pun terasa sedih- alangkan lagi kawan-kawan yang berada di lokasi kejadian kan.

    ReplyDelete
  9. pengalaman yg tak dapat di jual beli. Best akk tgk mimi aktif ke sana sini

    ReplyDelete
  10. bestnya! bukan senang dapat peluang jadi part of sejarah tu. heheeh apatah lagi pilihanraya bukan selalu ada kn? nanti boleh kongsi cerita dkt anak cucu kelak.

    ReplyDelete
  11. wow..bestnya ada pengalaman sbgai kerani mengundi..:)

    ReplyDelete
  12. Rajinnye...tapi bagus juga dapat pengalaman macam ni. I benda camni paling malas hahaha...tak suka sangat bercampur orang.

    ReplyDelete
  13. seronoknya bertugas masa ni.. tentu meriah kan

    ReplyDelete
  14. Sally pun teringin nak cuba sekali tapi macam rasa takut sbb byk sgt pemilih nak kena check kan...hahahaha..tahniah kak dah buat yg terbaik!

    ReplyDelete
  15. Wahh bestnye dpt pengalaman yg baru.. Tak semua org berpeluang tu..

    ReplyDelete
  16. Wah teringin nak bertugas semasa pilihanraya. Macam menarik je ad pengalaman tu. Next pru la yer. Baca story mcm best je. Pengalaman tu penting kan. hehehe

    ReplyDelete
  17. Best la mimi dapat jumpa artis. Sure ramah orangnya. Seronok baca pengalaman mimi. Dan alhamdulillah tiada kejadian yang x di ingini berlaku.

    ReplyDelete
  18. Ena tak penah lagi dapat pengalamn macamni. Mak sedara rajinlah join.hehe.. memang tiap kali pru die wajib ada bertugas. Mesti penat kan kalau pru yg besar. Bestlah mimi ada pengalaman. Dapat tengok pelbagai ragam.

    ReplyDelete
  19. Wahh... Satu pengalaman yang sangat bermakna ni. Beruntung awak

    ReplyDelete
  20. Saya pun pernah jadi petugas masa PRU last year. Memang pengalaman yang baru dan berharga sebab dapat tengok gelagat para pengundi. Paling risau kalau ada yang buat kecoh tapi mujur la tempat saya jaga tu ok. Tapi masa kira undi paling mencabar, banyak kali ulang. Sebab dah penat kot. haha

    ReplyDelete
  21. Bagusla kak kerja macam ni kan. Macam-macam ragam dapat tengok.. Hehehe.. Rasa nak join je.. Hahaha.. Tapi takut banyak situasi

    ReplyDelete
  22. Ras adiba..lama xdengar kabo dia... Bestnya amik pengalaman kat sini.. Atleast tau la kan cmne nk buat...sbb melibatkan org ramai utk PRK kali ni

    ReplyDelete
  23. Pengalaman yang baru tu. Kalau emi pun emi suka nak merasai pengalaman baru macam ni.

    ReplyDelete
  24. Bonde mmg pertugas SPR macam-macam perangai boleh nampak para pengundi yang datang. Pernah jaga saluran 1, 2 & 3...

    Tapi untungla Mimi siap jumpa pengara popular

    ReplyDelete
  25. Menariknya ada pengalaman macam ni. Waktu ni lah macam macam ragam orang yang kite boleh jumpa kan. Ada menarik dan mesti ada yang annoying

    ReplyDelete
  26. satu pengalaman yang sangat berharga sb dpt berbakti dengan cara begini. Mesti jadi kenangan yg tak leh lupa sampai bila2 kan..:)

    ReplyDelete
  27. Wah pengalaman best ni bertugas di prk. Bukan semua orang dpt rasakan.

    ReplyDelete
  28. Wow best kan, this could be once in a lifetime experience. I have not have the chance yet.

    ReplyDelete
  29. I think I wouldn't be able to work already after seeing that old person coming in ambulance. I will probably cry at a corner...but really respect that person for fulfilling his duties.

    ReplyDelete
  30. betul mimi..akak pun dah 2-3x bertugas jadi kerani pengundian saluran satu masa PRU, terharu tengok atuk2, nenek2 yg sanggup dtg untuk mengundi walaupun dalam keadaan dorang tu tak yah dtg pun, tak pe...rasa nak menitik air mata tengok kegigihan dorang untuk laksanakan tugas sebagai rakyat malaysia..tapi lagi sedih bila tgk anak2 muda kita ramai yg tak amik kisah pasal tanggungjawab ni...

    ReplyDelete
  31. Kak dulu pernah bertugas bhg semak nama2 pengundi, mmg best dan bangga sbb satu pengalaman utk kita

    ReplyDelete
  32. Nak cari pengalaman bukan mudah kan bila ada peluang kena ambil

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.