Tuesday, April 16, 2019

Cadbury Dairy Milk Bubbly

CADBURY DAIRY MILK BUBBLY| Hai semua! Siapa sula makan coklat, angkat tangan! Siapa je tak suka coklat kan. Mimi memang hantu coklat. Nak nak coklat Choki Choki dan Cadbury Dairy Milk Plain.  Memang favourite Mimi sangat tau.

Cadbury kan dah keluarkan coklat baru iaitu Cadbury Dairy Milk Bubbly. Semalam Mimi belilah coklat tu nak rasa macam mana kan. Sedap ke tak. Kena dengan piawaian tekak ke tak kan. Kalau ada coklat baru nak nak Cadbury haruslah cuba. Wajib!!!



CADBURY DAIRY MILK BUBBLY



Packaging coklat ni memang tebal dari coklat Cadbury yang lain. Harga pun up sikit lah kan. Balik rumah semalam terus rasmi dengan anak anak. Adhwa memang hantu coklat sama macam Ummi dia. Dia orang pertama yang rasmikan Cadbury Dairy Milk Bubbly. Serius cakap Cadbury Dairy Milk Bubbly ni memang masuk carta coklat favourite Mimi lah lepas ni. 


Tengok rupa coklat ni bulat bulat macam ni. Ni luaran saja tau. Kalau isi dalam coklat ni lembut dan dalamnya bubble halus tau korang. Memang sedap sangat tau. Lembut dan cair di mulut. Tapi kan korang Mimi nak ingatkan, kalau korang ada Trypophobia tak digalakkan beli coklat ni ya sebab risau korang fobia pula nanti. 



Hah nampak tak bubble halus coklat tu? Memang sesuailah dengan namanya kan Cadbury Dairy Milk Bubbly. Memang berbubbly bubbly isinya. Sebab tulah siapa yang ada Trypophobia better korang beli jela coklat Cadbury yang lain jela. Bukan nak zalim tapi kesian dekat korang nanti. Adik Mimi yang nombor tiga ada Trypophobia memang beli tak beli coklat ni sebab kalau dia tengok dia akan gatal gatal satu badan. Kesian tau tengok dia. Jangan cakap lepas ni Mimi tak ingatkan pulak. 

Memang sedap dan rasanya lagi lembut dan cair di mulut dari coklat Cadbury yang lain. Melting je rasa. Coklat ni semalam Mimi beli harganya RM8.00+++ tak ingat exact amount, beli kat 7-Eleven. Korang yang belum beli coklat ni hah cepat cepat pergi beli. Confirm tak menyesal beli sebab sedap sangat. 

25 comments:

  1. Kak Sue pun peminat coklat tapi belum rasa lagi yang nie. Nanti lelaju nak beli n try macam sedap ja nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. kami pun hantu cadbury juga..tp yg cadbury dairy milk bubbly ni belum try lagi..wahh lain eh dia punya bentuk tu siap berketul2 and berbubbly ha..mesti sedap ni..nak cuba jugaklah nanti..RM8 ye..hadap je lah dah hantu coklat kan haha

    ReplyDelete
  3. pernah nampak iklan tp ingatkan dlm dia jenis ranggup tp lembut mcm coklat biasa ye...
    pasni blh try lah

    ReplyDelete
  4. wah menarik...nanti boleh cari nie...

    ReplyDelete
  5. Ala...sedapnyaaa....
    apa sahaja namanya coklat mmg nieyl sukaaa

    ReplyDelete
  6. ada ternampak kat pasaray, tapi belum sempat beli..nt nak try beli

    ReplyDelete
  7. OMG geli2 rs tgk bubble tu hahaha details tol dorg ni alamak sy x minat cekelatt wakk wpon sy mok2 HAHHAHA tp klu cekelat ada nuts dlm dia ok lahh bole lyn hehe btw SALAM PERKENALAN dari sy Suzai, jemputlahh ke blog sy www.sizzlingsuzai.com hehe :)

    ReplyDelete
  8. lubang lubang tu buat seram nak makan, hahahah, tapi cadbury semua sedap! Follow blog saya kak, saya kembali aktif dalam blogging

    ReplyDelete
  9. okay, Nampak sedap. nak kena grablah cadburry ni. dah lama jugak sebenarnya tak makan coklat Cadbury ni, sebab busy and nk jaga badan haha.. sebenarnya baru tau jugak cadburry keluarkan coklat baru. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  10. I yet to try this but will try it soon. I pun gemar makan Cadbury chocolates.

    ReplyDelete
  11. Wow menarik! SR pun hantu coklat gak. Hahaha. Akan cuba nanti. Hehe

    ReplyDelete
  12. Tak try lagi yang ni. Haritu masa beli cadbury oreo ade jugak nampak cadbury bubbly tu tapi tak terfikir nak cuba pulak

    ReplyDelete
  13. AM pun peminat coklat gak.. Nak nak yg dr Cadbury nie.. Nnti AM nak ke 7e depan umah nie cari gak la..

    ReplyDelete
  14. wahhh nak testlah....dalam esbok wajib ada coklat cadburry nih, tapi ni dah lama tak beli biasa suka beli yg ada kacang2 atau fruit jer....ni nampak macam yummeh jerrr..nak trylahh

    ReplyDelete
  15. Ohhhh the close up!! Make me wanna jump out of bed and grab one immediately, I love Cadbury chocolates, they are really milky yet and yummy.

    ReplyDelete
  16. ada nmpk tapi tak penah cuba lagi..hah, ni mimi dah promote..boleh la cari nnti..hehe

    ReplyDelete
  17. ada nampak iklan dia, rasa anak beli juga..hehehhee..alamak kesian yanga da trypophobia tu..tapi kalau nak makan, kita makan je, tak perlu tengok tempat tu sanagt ..hehee

    ReplyDelete
  18. Uitttt terlioq tengok ceklat tu..menggoda sungguh, dah lah sis ni hantu coklat. nanti nak cuba le coklat cadbury ni..yum yum

    ReplyDelete
  19. Coklat! Iza ada perasa coklay ni kat kedai tapi tak pernah lagi beli la. Owh, macam ni rupa dalam dia. Sedapnya coklat. Cadbury memang coklat fav Iza.

    ReplyDelete
  20. Rupa dia dh mcm kek sarang semut da..hehehe.. Sedap tak rasa dia.. Mcm nk try je nanti... Comel lak tgk bubbles tu..

    ReplyDelete
  21. Nampk sedap giler coklat ni. Cair di mulit ehh. Dahla kita hantu coklat. Mmg pantang tgk coklat baru di pasaran

    ReplyDelete
  22. Macam violet crumble kan isi dalamannya tu, tapi yang ni cekelat sume dan lembut ya.

    ReplyDelete
  23. Hahaha dah beli lama tp lom makan-makan lagi. Ada simpan dlm peti kat umah hahah baca entri ni terus rasa nak makan

    ReplyDelete
  24. Belum try lagi coklat yang ni. Saya pun hantu coklat jugak. Kat meja office mesti ada bekalan coklat, mudah nak capai bila dah stress atau lapar

    Next nak kena try coklat ni pulak

    ReplyDelete
  25. Come bila nampak benjol2 bulat tu. Dah pernah makan yg ni husband beli kan. . Tapi tak perasan pulak yg lubnag2 kecil tu.. Huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.