MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR | MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI

MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR |MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI | Hai semua! Bercerita pasal Carrie Junior ni memang takkan habis tau sebab anak anak Mimi memang guna produk Carrie Junior dari dulu lagi. Selain botolnya yang menarik baunya juga wangi .Tarikan teebaru pula ada permainan disertakan di belakang botol. Lagilah anak anak bertambah suka dan seronok .



Anak anak Mimi suka mandi bawa mainan patung watak Carrie Junior tu bila waktu mandi .Yang paling suka bawa Adhwa lah. Bila mandi sama sama dengan kakak dia memang dia seronok .Most of the time Adhwa mandi , Mimi yang mandikan  Yalah masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.



Siapa yang tak kenal dengan produk Carrie Junior  Boleh dikatakan ramai parent yang tahu dan kenal produk Carrie Junior. Rasa pelik kalau tak kenal produk Carrie Junior ni. Selalu kelaur iklan di televisyen kan. Semua tahu produk CARRIE JUNIOR sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak dengan memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.





Bubbly Bar yang Adhwa guna sekarang ni yang warna biru . Anak lelaki memang sinonim dengan warna biru kan .Bubbly bar ni memang wangi tau korang .Suka sangat baunya .Kadang tu kan Mimi geram sebab baunya wangi sangat Mimi pun mandi guna sabun Carrie Junior. Hahaha ... Bukan setakat wangi tapi baunya kekal lama tau. Kalau Adhwa berpeluh pun bau wangi tu still melekat. Lepas tu mulalah sekejap sekejap nak cium Adhwa. 



Kalau sebelum ni Mimi biasa belikan anak anak head to toe syampu kali ni kita cuba bubbly bar plak. Kalau korang nak tahu, CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. 






Bila pakai bubbly bar ni tak perlu risau atau was was sebab CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit. 





Selain daripada itu, bubbly bar ini juga memastikan kulit anak sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan. Sebab tu kalau Adhwa nak mandi lama lama pun Mimi tak kisah sebab dia leka mandi dan main dengan buih buih sabun Carrie Junior ni . 

Korang mesti nak tahu kan bubbly bar ni ada berapa aroma kan? Untuk pengetahuan korang CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu. 

Post a Comment

24 Comments

  1. bau dia best kan.. senang pulak guna .. Harraz pun suka sabun ni.. bau best dan paling TB suka dia tak mengeringkan kulit.. lepas guna kulit rasa lembap je..

    ReplyDelete
  2. Rasanya ada terjumpa sabun ni kat Giant semalam. Selalu beli yang dalam botol pump tu je. Sabun ni nampak macam best, nak juga try. Tapi anak kami ni, mmmm sehari sekali la beli sabun ni. memang suka sangat main sabun, lepastu dia rendam sabun tu, memangla cepat habis, tak tau la kenapa. jadi rasanya buat masa ni jimat lagi guna yang pump tu. hihihihihihihi

    ReplyDelete
  3. Wah dah ada bentuk sabun buku .. suka bau sabun ni, wangi 😊

    ReplyDelete
  4. sabun fav anak2...sabun gajah panggilannya. Hahaha..tapi bau sabun ni super wangi sampai ke luar bilik ari pun boleh bau

    ReplyDelete
  5. Alahai comel betul la sabun tu. Ini membuatkan masa mandi lebih memberi keterujaan buat si anak. Anak kan kadang2 buat hal kalau nak suruh mandi. Ni dah ada sabun comel mesti nak mandi. Silap2 tak nak keluar bilik air. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Ni jenama favourite time kecik ni Carrie Junior. Tengok sabun buku macam kat US selalu pakai. Dia mcm lembut2 gitu ya?

    ReplyDelete
  7. Rawlins pula teringin nak try sebab macam best - Rawlins sejenis yang mudah terpengaruh dengan warna hahaha. Yang penting ianyaa selamat dan baik untuk kulit anak-anak kan.

    ReplyDelete
  8. wangi sabun tu,...ank2 mmg suka la sambil mandi sambil main sabun

    ReplyDelete
  9. Eh same la. Dekat rumah pun ada jugak sabun mandi ni. Wangi sangat. Fadzi pun suka bau dia

    ReplyDelete
  10. Fav Opick ni...dia leh duk dendiam dalam besen baby tiara and mandi dengan sabun ni...bau semerbak mewangi kat porch umah akak...

    ReplyDelete
  11. Wah untunglah budak2 sekarang yer. Ada banyak betul mandian untuk dorang . Carrie junior lia pun suka barang2 dia suka pakai bedak dia .

    ReplyDelete
  12. Yes memng best pakai sabun carrie junior ni.. Fnad pun pilih warna biru. Kulit anak lembut je pakai sabun ni. Bau dahla wangi.. Ada permainan pulak

    ReplyDelete
  13. Kemain muka senyum tu haaa... dulu
    Masa anak kecik pun selalu beli mandian carry junior ni tp no tgk siap sabun ada design kartun.. comeynyaaa

    ReplyDelete
  14. Sukanya dia dapat mandi dengan Carrie Junior bar hehehehe dulu zaman sekolah kita selalu guna sabun macam ni tapi sekarang guna yang liquid jer wakakak rindu mesti wangi dan banyak buih bestnya mandiii...

    ReplyDelete
  15. Wah, Carrie Junior ada sabun pulak sekarang ni. Harga pun murah,boleh la beli untuk anak2 mandi. Beli shower gel cepat sangat habis anak2 suka tekan2 byk2

    ReplyDelete
  16. ala ala comel dia senyum ye.. seronok dapat mandi dgn Carrie Junior bar soap erk? liez pun suka carrie junior untuk anak-anak guna sbb mcm serasi dan baunya best..nnt boleh cubalabar soap ni pulak..

    ReplyDelete
  17. Carrie junior kluarkan produk baru lah.... Kali ni sabun buku lak.. Mesti wangikan bau dy...kita pon guna losyen CJ.. Hihi.. CJ smkin digemari para ibubapa

    ReplyDelete
  18. Balqis kalau nampak sabun Carrie Jr ni mesti dia panggil sabun elephant. hehe. Suka btul dia mntak Sabun elephant kalau nampak kat kedai.

    ReplyDelete
  19. wangi kannnnnnnn...suka dengan bau fruity dia memang mendamaikan...bukan anak jer yang suka mak pun teruja tau menggunakannya...sy dah try yang warna biru tu

    ReplyDelete
  20. Ni kalau anak anak kita dapat ni, rasanya mandi tak sudah sudah ni.
    Seronok gosok sabun tu satu badan.
    Dok suka dengan bau dia.
    Carrie junior kan terkenal dengan bauan yang menggoda. Hehe

    ReplyDelete
  21. Comel sabun mandi dan wangi selepas ank mandi. MR MH suka jugak! :)

    ReplyDelete
  22. kalau dapat kat anak kita ni mesti dia suka.Lagi lamalah dia kat bilik air.

    ReplyDelete
  23. wow menariknya boleh try la nanti

    ReplyDelete
  24. Sukanya dia.....memang guna produk carrie junior ni sebab anak-anak suka.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com