CARA DAFTAR JADI AHLI KELAB BATA DAN KELEBIHAN JADI AHLI KELAB BATA | Hai semua! Selamat hujung minggu. Hari ni tiba tiba rasa rajin pula nak up entry. Kali ni Mimi nak kongsi dengan korang CARA DAFTAR JADI AHLI KELAB BATA DAN KELEBIHAN JADI AHLI KELAB BATA memandangkan ramai yang tanya macam mana cara nak jadi ahli rentetan perkongsian Mimi pasal tebus baucer BATA sempena birthday Mimi bulan lepas.
CARA DAFTAR AHLI KELAB BATA
Untuk daftar sebagai ahli Kelab BATA ikut beberapa langkah mudah seperti di bawah :
🌸Lawati mana mana store BATA berhampiran
🌸Belanja minimum RM50 dan ke atas
🌸Berikan nombor telefon dan nama kepada cashier di kaunter pembayaran
🌸Satu SMS akan di hantar ke nombor telefon yang didaftarkan tadi untuk melengkapkan proses pendaftaran
🌸Klik link page yang diberikan pada SMS untuk lengkapkan proses pendaftaran dan korang akan terima RM10 e-baucer pada SMS berikutnya kerana berjaya daftar sebagai ahli kelab
🌸Korang boleh tebus RM10 e-baucer yang diberikan dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit
Untuk makluman korang, nombor telefon yang korang daftarkan dijadikan sebagai "unique identification" korang di mana ia juga digunakan sebagai ID ahli. Sebagai ahli setiap kali korang shopping di BATA, korang hanya bagi saja nombor telefon yang didaftar pada cashier nanti.
Sebarang kemaskini e-baucer dan tawaran yang menarik akan dihantar terus melalui SMS ke nombor telefon yang didaftarkan atau melalui e-mail. Macam Mimi selalu dapat tawaran terkini melalui SMS daripada BATA. Ada sesetengah mesej tawaran dari BATA disertakan dengan "unique secure code". Nak tebus kod tawaran tu korang kena tunjukkan SMS yang ada "unique secure code" kepada cashier.
Setiap kali korang shopping di BATA, korang layak dapat points tau. Setiap RM1 yang dibelanjakan korang akan dapat 1 point. Untuk setiap 150 points, korang akan dapat RM5 e-baucer. Sebagai contoh kalau korang ada 300 points korang dapat RM10 e-baucer, kalau 450 points dapat RM15 e-baucer dan seterusnya sehingga capai had maksimum iaitu 1500 points dapat RM50 e-baucer. Pastikan kalau korang nak tebus minimum kena ada 150 points. Kurang daripada tu tak boleh tebus. Setiap penebusan sah dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit.
Macam Mimi last check points ada 300++ points. Sebelum ni banyak tapi dah tebus masa shopping kasut anak anak. Buat masa ni biar points tu beranak dulu. Kemudian nanti baru fikir nak tebus.
KELEBIHAN DAFTAR SEBAGAI AHLI BATA
Bila dah daftar jadi ahli mesti korang nak tahu apa kelebihan jadi ahli ni kan, betul tak? Sebenarnya banyak tau kelebihan kalau jadi ahli BATA ni. Antara kelebihannya ialah :
🌸 Tiada yuran memperbaharui keahlian
🌸 Layak terima RM10 e-baucer semasa daftar sebagai ahli bersama maklumat peribadi yang lengkap
🌸 Bonus Hari Lahir - RM15 e-baucer akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang didaftar. Penebusan dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit
🌸 Penebusan points - tebus points untuk e-baucer🌸 Jemputan ke majlis eksklusif BATA
🌸 Member's Preview Sale Day
🌸 In Store products pada harga eksklusif untuk ahli
🌸 Tawaran penebusan ke atas kategori/brand yang terpilih
🌸dan pelbagai lagi tawaran menarik yang akan datang dari BATA
Hah banyakkan kelebihan kalau daftar jadi ahli Kelab BATA ni. Korang yang ada tanya Mimi macam mana bak jadi ahli tu, Mimi dah share info dalam entry ni. So, tunggu apa lagi kan! Cepat cepat daftar jadi ahli. Tak rugi pun jadi ahli. Banyak kelebihan yang korang akan dapat dari semasa ke semasa nanti dari BATA.
25 Comments
good sharing mimi..:)
ReplyDeletewah..ada eh..kalau yng suka beli kat BATA ni memang wajib buat kad dia kan
ReplyDeletewah terasa nak jadi ahli sekarang juga
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWahhh tak tahu pulak info ni. Bata ni tempat beli kasut anak ni. Boleh la nak dapatkan penjimatan. Sape nak bagi kan?. Nanti nak daftar jugak la.
ReplyDeleteSenang jer la nak jadi ahli BATA erk...nanti nak buat macam mimi ajaajar la..bukan apa kasut bata bagus..pakai pun selesa walau agak mahal..kalau jari ahli sure banyak penjimatan kan
ReplyDeleteEh baru tau yg boleh daftr sebagai ahli kelab bata! Boleh la daftar pasni sebab senang je
ReplyDeleteaida adalah sorang ahli bata.
ReplyDeletekumpul points. dah 2-3 kali redeem points.
tapi tu la, skit sgt nilai redemption, rm5 dgn points yg byk.
aida memang minat kasut di bata, selain dari kasut skola la.
meskipun pattern nyer agak outdated, kolot, tapi selesa sgt utk kaki.
oh thanks for sharing this info. I saw it while I bought my girl's school shoes last year. It seems like a nice membership system hehe
ReplyDeletewah first time dgr psal member bata. dulu selalu beli brands ni. nxt time kalau ada lagi nak jadi member la banyak kelebihan dia
ReplyDeleteI have registered to be a member with bata club. Not bad I would say, you will get points, rebates and great deals on your BD. SO yeah do sign up if you spend money in Bata. :)
ReplyDeleteOwhh tak tahu pulak ada keahlian Bata. Bolehlah jadi ahli coz sis pun suka juga beli kasut bata. Ni nak raya ni boleh le gunakan kad keahlian..sure jimat
ReplyDeleteBata ni sempoi je membership dia. bagi no telefon je. Hehehe. Sekarang ni jarang membeli kasut. Tunggu nak dekat raya, design lawa-lawa muncul.
ReplyDeleteKita nmg ahli kelab bata. Sebab selalu produk bata jadi agak berbaloi kakau jadi ahli. Suka kasut bata sebab banyak tang berkualiti
ReplyDeleteWah bata dah buat kelab utk ahli ya. Baguslah. Btw teringat zaman2 kecik dulu. Bata je pilihan yg ok hehe
ReplyDeleteEh serious emi tak tahu bata pun ada membership system jugak. Ingat takde. bagus la, ini cara bata nak hargai pelanggan tetap.
ReplyDeleteWah menarik ni memang ada juga beli kasut bata . Tak tahu plak ada keahlian. Lepas ni kalau beli kasut bata terus nak jadi ahli lah .
ReplyDeleteMouse mommy dah register jadi BATA member! Tengah tunggu SMS ni. Terima kasih.
ReplyDeleteSyok la kan dapat jadi ahli. Senang dah. Nak cari kasut, cari je di Bata. Dulu mersing ni ada 1 kedai Bata.
ReplyDeleteNtah awat la dia g tutup. Mengagau la nak cari kasut bata kat sini.
Zaman sekolah dlu mmg suka beli kasut sekolah kat Bata. Even skrg pun kasut bata still selesa nak pakai and byk choice pulak tu.
ReplyDeleteHuda pun dah jadi ahli bata masa shopping kasut raya satu family 2 tahun lepas.Serius, banyak betul jimat sebab ada voucher kan. Next time nak shopping kasut pun boleh jimat lagi
ReplyDeleteDamn....I need this member card..I could shop till i drop for shoe..and turn my room into a shoe heaven..hahhaha why didn't i know before this about bata membership..dammit..
ReplyDeleteKak Sue pun jadi ahli Bata sebab tiap tahun beli kasut raya kat Bata.. hehehe.. Kalau raya tu lagi sakan la diskaunnya kan.. memang berbaloi..
ReplyDeletensb suami akak dh beberapa tahun jd ahli kelab bata...
ReplyDeleteKinah pun dah jadi ahli kelab BATA hehe. Lepasni nak beli kasut beli kat BATA je la
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com