PASTIKAN WASIAT ANDA KEKAL SELAMAT DENGAN WILLKEY™ DAN DAPATKAN MATA GANJARAN TAMBAHAN DARI SUNWAY PALS

Kerjasama antara WillKey™ dan SUNWAY PALS menguntungkan lebih 670,000 ahli

WillKey™, pendaftar wasiat dan khidmat pencarian serta simpanan wasiat berpusat yang pertama di Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Sunway Pals Loyalty Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Sunway yang menjalankan program kesetiaan pelanggan. Kerjasama terbaru ini membolehkan ahli Sunway Pals mengutip 20 kali ganda Pals Points apabila mereka mendaftar sebagai pelanggan menerusi perkhidmatan pendaftaran wasiat WillKey™ dan tambahan 5,000 Pals Points jika mereka memilih untuk menjadi pelanggan simpanan wasiat. Mata ganjaran berkenaan akan dikira berdasarkan kadar standard 1 Pals Point bagi setiap RM1 yang dibelanjakan.

Sunway Pals ialah program kesetiaan pelanggan yang memberikan ganjaran kepada ahli mereka atas setiap pembelian barangan atau perkhidmatan di lebih 1,000 kedai yang mengambil bahagian di Pusat Membeli-belah Sunway, Taman Tema Sunway, Pusat Perubatan Sunway, Pusat Pengajian Sunway, Hartanah Sunway serta Unit Perniagaan Sunway yang lain.



Kerjasama ini merupakan kerjasama strategik pertama WillKey™ sejak ia dilancarkan pada Ogos 2018. Sebagai penyedia perkhidmatan pendaftaran wasiat dan penyimpanan wasiat khusus yang pertama di Malaysia, WillKey™ bertindak sebagai sebuah pusat pendaftaran di mana pewasiat boleh mendaftarkan maklumat mengenai lokasi wasiat mereka, atau menyimpan wasiat mereka dengan selamat. Orang ramai sentiasa mencari jalan penyelesaian yang lebih mudah serta efisien, dengan WillKey™ urusan mendaftar atau mencari wasiat dapat dilakukan dengan mudah bagi mempercepatkan pelaksanaan sesuatu wasiat dan pengagihan aset kepada pewaris yang tepat.

“Kerjasama dengan Sunway Pals membolehkan kami menjangkau pasaran yang lebih meluas dalam kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan tahap pendapatan. Ramai orang terutamanya golongan muda suka menangguhkan urusan berkaitan wasiat. Walau bagaimanapun, mentaliti berkenaan sedang berubah dan orang ramai kini mulai sedar tentang pentingnya memiliki wasiat dan menjaga aset demi kepentingan para pewaris mereka. Tidak kira sama ada ibu bapa, pasangan atau anak-anak mereka,” kata Marina Suwendy, Pengurus Besar MWD Wills Depository Sdn Bhd.



Tambah Marina lagi, “Kami berharap agar kerjasama dengan SUNWAY PALS ini dapat membantu meningkatkan lagi kesedaran dan lebih ramai orang akan menyedari bahawa sebaik sahaja mereka memiliki akaun bank, kereta atau apa-apa hartanah di bawah nama sendiri, mereka harus bertanggungjawab dan perlu menyediakan wasiat. Selepas menyediakan wasiat, urusan untuk mendaftar dan menyimpannya dengan selamat tidaklah semahal tanggapan ramai dan ia dapat mengelakkan tekanan tambahan apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.”

Ketua Perniagaan Sunway Pals, Kevin Wong berkata, “Kami amat menghargai peluang kerjasama yang ada dan kami yakin bahawa kerjasama baru dengan WillKey™ bakal mewujudkan satu lagi cara baik yang membolehkan kami memperluaskan ganjaran kepada lebih daripada 670,000 Ahli Pals. Kami percaya bahawa menerusi kerjasama dengan rakan usahasama baru dari pelbagai bidang, kami dapat sentiasa menemui, membangun dan menyampaikan nilai yang terbaik kepada Ahli Pals.”

Bermula dari 1 Disember 2018 hingga 30 April 2019, Ahli Pals akan menikmati ganjaran istimewa apabila mereka mendaftar dengan WillKey™.
Ahli yang mendaftar untuk perkhidmatan pendaftaran wasiat WillKey™ pada harga RM133.33 akan mendapat 20 kali ganda Pals Points di sepanjang tempoh promosi.
Ahli yang mendaftar untuk perkhidmatan Simpanan Sepanjang Hayat Premium WillKey™ pada harga RM833.33 akan mendapat 20 kali ganda Pals Points serta tambahan 5,000 Pals Points di sepanjang tempoh promosi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerjasama ini, sila layari https://mywillkey.com/sunwaypals/ atau https://sunwaypals.com.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang program kesetiaan pelanggan Sunway Pals.


Mengenai MWD Wills Depository Sdn Bhd

MWD Wills Depository telah ditubuhkan oleh sepasukan peguam yang aktif setelah mereka mendapati ada keperluan untuk mewujudkan perkhidmatan pendaftaran wasiat secara berpusat di Malaysia. Ditubuhkan pada 2017, MWD Wills Depository Sdn Bhd memiliki WillKey™, penyedia perkhidmatan pendaftaran wasiat berpusat yang pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan untuk mendaftar, menyimpan dan mencari wasiat. Menerusi WillKey™, MWD Wills Depository Sdn Bhd komited untuk menguruskan dengan cekap proses penyimpanan wasiat, dan memastikan para pewaris dapat mengakses wasiat terakhir si pewasiat dengan selicin yang mungkin. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi https://mywillkey.com/

Mengenai SUNWAY PALS

Sunway Pals ialah program kesetiaan pelanggan yang ditubuhkan pada 2014. Ia diwujudkan dengan tujuan untuk memberi ganjaran ke atas kesetiaan dan memberikan keistimewaan yang berterusan kepada ahli kami. Dengan lebih 1,000 perniagaan yang mengambil bahagian dan terus bertambah setiap hari di Pusat Membeli-belah Sunway, Hotel Sunway, Taman Tema Sunway, Pusat Perubatan Sunway, Pusat Pengajian Sunway, Hartanah Sunway serta banyak lagi perniagaan Sunway, ahli-ahli boleh menggunakan Sunway Pals untuk mendapatkan lebih nilai secara serta merta. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sunway Pals, sila kunjungi https://sunwaypals.com.my/.

Post a Comment

9 Comments

  1. belum pernah buat lgi...tpi mcm ada kad sunway...nnti nak kena check...

    ReplyDelete
  2. at least wasiat kita dijamin selamat kan...bagus jugak ada servis macam ni..nanti takdelah bila dah takde...banyak urusan yang nak dibuat oleh waris kita

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing :) :)

    ReplyDelete
  4. Bagus letak wasiat ni.. memudahkan ahli keluarga bila kita dah tak ada nnt

    ReplyDelete
  5. Dah tiba masa buat wasiat kan...umur dah makin meningkat ni...tapi apa jer harta yang ada..

    ReplyDelete
  6. Willkey sangat membantu untuk kita menyediakan dokumen berkaitan wasiat.. dan memudahkan ahli keluarga dimasa hadapan

    ReplyDelete
  7. wah bestnya siap boleh collect point tu

    ReplyDelete
  8. wasiat penting.
    bakal memudahkan proses pengagihan / faraid.
    tak la lama harta arwah hanging.
    waris pun mudah.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
đź’śIn shaa Allah kunjungan anda akan dibalasđź’ś

Lots of đź’–
www.mimiazirah.com