MURAD HYDRO-DYNAMIC ULTIMATE MOISTURE MENGURANGKAN GARIS HALUS DAN KEDUTAN PADA WAJAH

MURAD HYDRO-DYNAMIC ULTIMATE MOISTURE MENGURANGKAN GARIS HALUS DAN KEDUTAN PADA WAJAH | Hai semua ! Semalam meningkat lagi setahun usia Mimi. Semakin lama umur meningkat semakin tua Mimi rasa tau. Nak nak bila melibatkan kulit wajah. Bila umur meningkat memang segala garis halus dan kedutan mula menampakkan diri masing masing. Stress gitu kan !

So, apa yang Mimi buat untuk atasi masalah garis halus dan kedutan pada wajah ni. Of course lah Mimi rawat masalah ni dengan Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture. Hah pernah dengar ke tak pasal produk ni ?Apa istimewanya Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni sampai Mimi sanggup habiskan duit beli krim secoet ni. Secoet bukan sebarang secoet okey. Bak kata orang kecil kecil cili api .



Walaupun kecil berbaloi sangat gunakan tau. Mimi sendiri dah guna hampir sebulan still ada lagi. Nak sapu pada muka tu janganlah banyak sangat. Agak agaklah kan. Barulah tak cepat habis. Jom baca kesitimewaan produk Murad ni .

Keistimewaan Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture:

1) mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah

Jangan tak percaya tau korang, testimoni daripada 92% pengguna mengatakan garis halus dan kedutan pada wajah diorang hilang dalam masa seminggu penggunaan. Hah precaya ke tak? Kalau dah testimoni daripada pengguna takkan nak tipu betul tak? Mimi sendiri pun setelah hampir sebulan guna pun berpuas hati sebab garis garus halus pada muka dan kedutan di kawasan sekitar mata terutamanya makin kurang .Yang paling best kulit iols rasa tegang muda remaja gitu. Umur dah meningkat ni banyak benda kena jaga tau .



2) meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan keseimbangan air serta kelembapan pada kulit

Pakai Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni memang Mimi akui kulit muka sentiasa rasa lembut dan lembap saja. Walaupun sejenis kulit oily tapi bila pakai muka tak oily pun. Bila apply mekap kan rasa smooth dan cantik saja mekap tu kekal pada wajah. Tak bercapuk. Nak nak sekarang cuaca agak panas so, Mimi akan pastikan kulit sentiasa lembap. 

3) penghidratan 24 jam dan tahan lama

Bila pakai kulit sentiasa terhidrat dan tahan lama pada mukit wajah. Korang tahukan betapa pentingnya untuk pastikan kulit sentiasa terhidrat.



4) sesuai untuk light travel

Hah kan Mimi dah cakap walaupun secoet tapi sangat mudahkan korang bawa ia ke mana saja . Tak kisah lah korang travel ke mana pun bawa saja secoet ni masuk dalam handbag. Penting okey apply krim ni pada muka. Rugi kalau korang tinggalkan. Sebab bentuknya yang kecil, ringan dan mudah dibawa memang tak membebankan kalau korang pergi travel .

Ermmm dah tahu keistimewaan mesti korang nak tahu bahan yang terkandung dalam Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni kan. Korang jangan risau dan ragu sebab kandungan bahan yang digunakan terdiri daripada bahan semulajadi di mana ia dirumus tanpa paraben, sulfat, phthalates dan gluten. 



Kandungannya terdiri daripada :

Teknologi asid hyaluronik maju -
Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh di dalam permukaan untuk penghidratan dan tahan lama

Ekstrak kelapa  - menyediakan pengekalan kelembapan yang lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan memberi kulit tekstur licin dan muda. 

Mentega Shea, Alpukat ,Bunga Matahari dan Minyak Buah Zaitun - membantu memulihkan kelembutan dan menyokong halangan kulit yang sihat

Mesti korang nak tahu siapa yang sesuai menggunakan Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni. Hah  korang yang mempunyai kulit jenis kering, kombinasi, normal dan sensitif sangat sesuai menggunakan krim ni. 



Cara nak gunakan pun senang saja korang. Sapu dan buat urutan secara rata ke muka  leher dan dada. Lepas sapu diikuti pula dengan pelindung matahari Murad pada siang hari. Krim ni boleh digunakan pada waktu pagi dan malam ya. Macam Mimi sendiri wajib guna pada pagi dan malam sebelum tidur. Esok bangun muka rasa moist moist gitu .

Harga Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni ialah RM88 (15ml). Walaupun kecil tapi sangat sangat jimat tau bila guna. Walaupun harga tu mungkin ada yang cakap mahal tapi bagi Mimi ia berbaloi untuk korang pakai sebab kesan dan hasil penggunaan secara konsisten memang amat memberangsangkan. 

Kalau korang nak maklumat lanjut mengenai produk Murad ni layari: 

Web : https://www.murad.com.my/dew-a-little    

atau

Post a Comment

38 Comments

  1. nak travel wajib bawa ni! tambah sekarsng musim panas kan

    ReplyDelete
  2. Murad ni tahan lama. Screen uv protection akk dekat 2 thn dah pakai

    ReplyDelete
  3. Bagi saya kalau produk Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni memberi kesan yang sangat positive, harga tu dikatakan sangat berbaloi la. sebab ada produk yang lebih mahal dari ni tapi tak berkesan pun.

    ReplyDelete
  4. tak silap brand murad ni famous jugak kalu bab penjagaan muka. selalu nampak billboard iklan murad tepi highway kl ni. siapa ada masalah kedutan kulit memang sesuai pakai produk murad

    ReplyDelete
  5. memang pun, kak lily dah cuba ternyata sesuai dengan kulit muka kak lily. sekarang ni krim ni standby dalam handbag je, kalau ada cuci-cuci muka, terus je tepek krim muka Dr Murad ni tau

    ReplyDelete
  6. Wah! Banyak juga cx baca pasal review Murad ni. Nampak kecil tapi kuasa dia ,kalah boboiboy kuasa7. Hehee Boleh cuba ni. Produk keluaran bumiputera kan? Makin dikenali juga Murad ni. Sana sini orang review psl dia. 😊

    ReplyDelete
  7. Wahhhh...makin berseri Min tengok Mimi la sekarang... Patutlahhh..hehe

    ReplyDelete
  8. I never heard of this brand. Is this new in the market? This product looks very good. I like to keep my skin hydrated all the time.

    ReplyDelete
  9. Product Murad the best so far walau harganya agak nauzubillah kan..tap worth it..Murad memang sangat terkenal dengan product skincare dia yang terbaik...

    ReplyDelete
  10. Rasa mcm pernah dengar je sebelum sebelum ni nama produk Murad ni. Tapi kita belum pernah cuba lagi la.
    Walaupun mahal, tapi berkualiti, berbaloi beli kan.

    ReplyDelete
  11. Murad ni diasaskan oleh Dr. Murad kan?. Boleh dipercayai jugak la kan sebab pengasasnya berpendidikan. Tak pernah guna lagi produk ni tapi memang tahu jenama ni.

    ReplyDelete
  12. Ia, cuaca kita yang semakin panas terik ini memang wajib untuk pakai moisturiser kan? Tidur pun harus pakai supaya kulit lebih gebu dan lembut. :)

    ReplyDelete
  13. Sis pun baru je pakai produk ni..nampaknya sesuai jugak dengan wajah sis ni..dulu kulit sis ni mudah mengeluas tapi bila pakai produk ni..alhamdulillah tak nampak lagi kulit2 kering kat muka sis

    ReplyDelete
  14. Murad ni well known brand kan.. Kwan saya ada masalah kulit muka yg serius pakai ni pun jadi ok.. Gila kagum

    ReplyDelete
  15. My aunty pengguna tegar jenama nie. Nanti nak kena kabo kat dia pasal nie - entah-entah dia dah awal2 beli hehe

    ReplyDelete
  16. Murad? unik dan comel nama produk ni. Dgn cuaca panas, wajib kena ada sorg satu la kan

    ReplyDelete
  17. eh i think i know this Murad brand, i heard before but never use it. i always thought it is expensive brand, is it? haha anyway good to know that you are loving, would love to try it one day too

    ReplyDelete
  18. Review nya krim dari Murad ni boleh lawan Clinique punya bestseller Moisture Surge :D. Kalau ada hyaluronic ni memang sesuai untuk yang kulit kering dan mature skin

    ReplyDelete
  19. tu la..kecik molek je bekas dia..ingat besar..hehe..senang dibawa ke mana sahajaa. Kita ni semakin berusia memang makin nampak kedutan dan garis halus..jadi pakaila murad ni ye..heehe

    ReplyDelete
  20. perghhhhhh harga dia boleh tahan jugak mahal ye. Tapi Dr.Murad memang agak well known kot. Bukan produk biasa-biasa ni :D

    ReplyDelete
  21. Murad, jenama gah yang dipercayai ramai. gerenti hasil penggunaanya sangat berkesan

    ReplyDelete
  22. nak try jugaklah produk ni..kulit kami dah semakin mereput..i need something to floles back haha..lgpun pack kecil senang nak bw g travel

    ReplyDelete
  23. Wow vy effective in reducing wrinkle...and very hydrating..i love murad product always good..

    ReplyDelete
  24. Tak pernah dengar pasal produk ni..Local produk ke?

    ReplyDelete
  25. hyaluronic acid skrg dh byk kt skincare kan.. fungsi dia pon bagus utk kulit...murad mmg mhl tp sgt berbaloi.. suka sgt

    ReplyDelete
  26. Actually I quite like Murad skincare also, I yet to try their facial.

    ReplyDelete
  27. Patut la kulit cantik, baca feedback lain pon mcm ramai suka dng produk murad ni. Hehe sesuai untuk siapa yang ada masalah kulit

    ReplyDelete
  28. This look like a good product. Price also reasonable. I believe this product is worth for it's value

    ReplyDelete
  29. Ramai cakap murad ni best kan.. Nad pun baru pakai.. Kecik molek je saiz dia.. Mas auntuk hilangkan kedutan di wajah.. Hehehw.. Nak swntiasa awet muda walaupun usia dah maningkat ni

    ReplyDelete
  30. Baru baca post ni kat blog sebelah, nampaknya sy kena cuba produk ni spy wajah kekal muda haha

    ReplyDelete
  31. ramai yang kata produk ni bagus kan..memang patut kena cuba ni

    ReplyDelete
  32. Patutlah kulit makin cantik ni rahsianya rupanya.. Nampak mudalah

    ReplyDelete
  33. comel jer berkas nya...bolehlah nak try nanti..

    ReplyDelete
  34. patut Mimi makin cantik yea, Nampak best guna krim murad ni... teringin nak cuba juga :)

    ReplyDelete
  35. wah bestnya terasa nak try pula bila baca ni

    ReplyDelete
  36. Jenama ni dh lama kan.. Ramai yang bercerita tentang keberkesanannya. Pas ni dak mimi kulit nampak muda je lah. heheheheh

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com